Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Tapak Kasut

Rabu, 27 Januari 2010

"Uih, banyak nya kasut kau!"

"Sikit la ni. Kau tengok budak bilik sebelah aku, penuh depan pintu."

"Haha, aku rasa bila dah keje nanti, boleh wat koleksi. Macam cerita Papadom, penuh bilik kasut sekolah anak dia."

"Ish, tu kau tak tengok bilik perempuan lagi. Aku rasa lagi banyak. Macam-macam warna ada. Warna yang tak pernah tengok pun ada. Dalam kereta pun penuh. Boleh tau kereta lelaki atau perempuan."

"Biasa la tu. Apa yang banyak sangat kasut kau ni?"

"Tengok la. Satu kasut pergi kelas, kasut sukan, kasut bola, kasut main takraw. Apa lagi. Hmm, sandal, selipar, kasut pergi jalan-jalan. Ha, tu tak masuk lagi kasut kawad, spike. Mau tak banyak."
"Yang kat luar tu pulak, yang dah tak boleh pakai. Terkoyak la, tapak kasut tercabut la."

"Hmm, kau rasa-rasa la kan, sepanjang kita hidup ni, berapa banyak kasut yang kita ada?"

"Ntah, kalau aku sekarang ni saja pun dah dekat 10, tu tak campur yang dekat rumah lagi tu. Kalau nak kira dari baby sampai sekarang, mau penuh gak bilik ni."
"Nape nye kau tanya?"

"Tak la, aku terfikir kan, kalau lah nak dikira dari dulu sampai sekarang, sampai lah akan datang, punya la banyak kasut yang bertukar. Tapi kan, dari dulu sampai sekarang, tak pernah pulak kita bertukar kaki."

"Ha'ah, tak pernak pulak aku terfikir."

"Daripada baby, kaki yang sama jer kita guna, kulit yang sama tak terkoyak, terbakar. Tapak kaki lagi la. Kalau tapak kasut, dah lama dah tanggal. Kalau kasut mahal, kena pergi jahit balik."
"Yang koyak boleh tumbuh balik, bertukar kulit dan sebagainya."
"Hebat nya tapak kaki kita yang Allah cipta, lagi hebat daripada nanoteknologi!"


"MasydJJI ;-)"

Read More...
banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita