Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

SERINGGIT & LIMA PULUH RINGGIT

Isnin, 12 Disember 2011



Singgit      : Assalamualaikum lima ploh. Apa khabar? Lama tak jumpa.

Lima ploh : Hai singgit. Aku sihat ja. Biasa la, sibuk sikit kebelakangan ini.

Singgit      : Ya ka. Apa yang disibukkan sangat kau ni lima ploh?

Lima ploh : Biasa la aku ni singgit. Semalam aku kat hotel 5 bintang. Ada dinner dengan klien. Tu pun baru 
                  jer balik dari England dua hari lepas, ada bisnes sikit dekat sana.

Singgit      : Sibuknya kau lima ploh.

Lima ploh : Tu baru sikit tu. Tiap-tiap hari merata aku pergi. Selalunya kat pub, kelab malam, disco. Kat 
                  restoran mahal-mahal, shopping complex jangan cakap lah. Tempat main aku saja tu.

Singgit      : Fuh, gile la kau lima ploh, merata kau pergi.

Lima ploh : Well, you know me. Yang kau duk tanya-tanya aku ni, kau pulak ape cite bro?

Singgit      : Segan lah aku nak bagitau.

Lima ploh : Laa, apa yang nak disegannya dengan aku ni singgit?

Singgit      : Ha la, aku ni tak la selalu sangat outstation macam kau lima ploh.

Lima ploh : Ala, setakat outstation tu, apa la sangat. Ha, kau duk busy apa sekarang ni singgit?

Singgit      : Hmm, aku? Aku dengan singgit-singgit lain, nak ke mana lagi, macam biasalah. Dalam tabung   
                  masjid dengan surau saja la.

Lima ploh : Oh, tapi bukan dari zaman badang lagi ke sana saja kau pergi ke?

Singgit      : A’a, betul juga cakap kau tu, tak perasan juga aku.

Dari Asma' binti Abu Bakar r.a., bahawasanya dia datang kepada Nabi s.a.w. Lalu beliau bersabda: "Janganlah kamu kikir, maka Allah kikir kepadamu. Berilah sesuatu menurut kemampuanmu."

(Hadith riwayat Bukhari)


Read More...
banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita