Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

BH - Mar 17, 2011 - Anak muda jamin masa depan gemilang

Jumaat, 18 Mac 2011


Read More...

Cerita disebalik referendum...(Part 1)

Isnin, 14 Mac 2011
Sebelum Presidential Council...

Rasa ramai yang maklum 24 Januari 2011 lepas SRC 2009/2010 dah diadakan AGM. Pada masa yang sama SRC telah serahkan satu referendum kepada Rector IIUM melalui Deputy Rector (Student Affairs), DRSA dan satu memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi melalui Timbalam Menteri Pengajian Tinggi, TM KPT. Bagi sesiapa yang belum lagi tahu isi dalam referendum dan memorendum tersebut, boleh la rujuk ke http://src-iium.blogspot.com.

Tapi berapa ramai yang tahu cerita sebelum dan selepas penyerahan referendum dan memorandum tersebut? Nukilan kali ini akan menfokuskan lebih kepada referendum. Apa bezanya referendum dengan memorandum? Cari jer laman web Dewan  Bahasa & Pustaka.

(réferéndum) pemungutan suara rakyat berhubung dgn sesuatu dasar politik, dsb yg penting, pungutan suara: dgn ~ ini, semua rakyat ditanyai buah fikiran mereka berkenaan sesuatu masalah yg besar;

manakala memorandum bermaksud catatan atau peringatan utk masa yg akan datang dan beberapa maksud yang lain. 

Kenapa yang diserahkan kepada Rector dinamakan referendum bukannya memorandum? Inilah cerita sebelum penyerahan referendum tersebut. Sebabnya memorandum yang dihantar hanyalah atas nama SRC IIUM 2009/2010.

17 Januari 2011 iaitu lebih kurang satu minggu sebelum AGM SRC, kami telah menjemput former dan current presidents dari KBS, MRC dan juga CENSERVE.

1) Kenapa former juga dijemput sedangkan semuanya tenureship dah tamat?

Former yang tahu permasalahan selama satu tahun yang lepas. Jadi former president boleh menjadikan pengalaman mereka sebagai president untuk berkongsi masalah sepanjang menjadi president dan mahasiswa UIAM. Lagipun rata-rata former president adalah final year. Jadi, sudah hampir 4 tahun di UIA, sudah 'masak' rasanya asam garam kehidupan di sini.

2) Kenapa pula current president?

Referendum yang dihantar bukan atas niat 'saja-saja'. Mahasiswa mahukan yang dibincang dan ditulis dalam referendum tersebut diambil tindakan dengan serius. Kami mantan hanyalah mampu meluahkan segala perasaan terpendam selama ini tapi sudah tidak mampu untuk bertindak atas kapasiti sebagai president. Moga atas perkongsian pengalaman, current president mampu bersedia kerenah-kerenah yang bakal mereka hadapi. Lagipun, mantan memerlukan mereka untuk meneruskan legasi yang sedia ada, moga mereka dapat memastikan tuntutan dalam referendum diambil serius.

3) Kenapa 17 Januari 2011, bukannya lebih awal daripada itu?

Referendum adalah langkah akhir yang mampu kami usahakan selepas usaha selama satu tahun dipandang enteng. Kalau saya admin, yang menerima referendum pada awal ataupun tengah tenure, saya akan cakap; "Kenapa kamu tak jumpa kami elok-elok bincang?", so kalau kami dapat dialog tersebut selepas hantar referendum, kami dah ada argument "Dah setahun dah kami jumpa, buat surat complain, meeting, tak ada apa pun jadi". Masa awal tenure, semua masih menjadi rentak dan mengumpul semua masalah yang ada untuk dibawa keperingkat atasan manakala masa selebihnya untuk memberi masa diambil tindakan dan follow up.

4) Kenapa pula CENSERVE?

Hajat kami bukan sahaja nak jemput CENSERVE tapi semua clubs, society dan associations kat UIA ni tapi apakan daya, SRC bukanlah payung bagi semua club seperti universiti lain (saya pun tak rasa club mahu dipayungi oleh SRC) dan biarlah semua dibawah department dan division yang sedia ada. Lagipun SRC tak ada semua contact number club (SRC tiada privilege untuk dapatkan database), cuma dapat contact number CENSERVE. Maaf la yang berminat untuk join tidak dihubungi.

5) Kenapa perlu untuk jemput semua clubs, societies dan associations kat UIA?

Saya pasti, they become leader @ president not just because they perform well in their previous post but because they have their own follower dan ada influent masing-masing. Bagi membincangkan isu-isu besar di UIA dan menetapkan balik hala tuju UIA, saya pasti perbincangan akan jadi lebih matang. 17 Januari 2011 telah melakar sejarah mahasiswa UIAM yang bersama-sama membincangkan masalah dan isu-isu mahasiswa di 'Taman Ilmu dan Budi' ini. Diwakili president seperti diwakili seluruh perwakilan clubs, societies dan associations di UIA menjadikan referendum lebih kuat. Mahasiswa UIA saya pasti banyak terlibat dalam melakar sejah di UIA dan tanah air, tapi malangnya, tidak dibukukan dan tiada dalam buku sejarah sudah pasti.

SRC walaupun teorinya mewakili seluruh mahasiswa UIAM, tapi 16 exco di Gombak tidak sama kekuatannya dengan 16,000 mahasiswa UIAM. Sebenarnya, semua isu-isu yang dibentangkan didalam referendum telah pun kami maklum dan ada diantaranya kami tahu jawapan (atau alasan?) daripada pihak berwajib, tapi biarlah mereka bangkitkan sekali supaya pihak berwajib tahu, perbincangan kami sebelum ini bukanlah omongan kosong dan hanya cerita dan masalah rekaan. 

Selepas Presidential Council, sebelum AGM...

Semua yang hadir telah dimaklumkan kami akan email semula referendum tersebut untuk disemak. Memandangkan ada 4 kumpulan membincangkan tentang Facilities, Security, Academic & Finance dan Biah Solehah, bukan semua buat proper sentence dan perlu disaring terlebih dahulu mana yang terbaik. Referendum juga perlu didraf dan mendapatkan khidmat bakal peguam untuk memastikan ayat dan perkataan yang terbaik digunakan. Complicated gak kan? Itu yang ramai tak tahu. Perlu diingatkan disini, referendum tersebut, SRC chair the discussion tapi main ideas semua daripada tetamu jemputan. Jadi semua yang didalam referendum tersebut mainly hasil perbincangan president dan wakil yang hadir. Semuanya kami raikan untuk rasa kebersamaan menyesaikan masalah dan isu bersama.

Dah selesai draf, kami emailkan balik ke semua president dan wakil yang hadir (telah kami kumpul semua email dan nombor telefon masa pendaftaran Presidential Council). Kami juga dah maklumkan awal sila semak email untuk periksa jika terdapat sebarang bantahan @ pindaan dalam email. Selepas email, kami mesej untuk makluman. Kami tidak dapat sebarang respon @ reply dari sesiapa berkenaan referendum tersebut. Jadi samaada;

1) Semua bersetuju tanpa sebarang pindaan, atau,

2) Email tersebut tak dapat, mungkin sending fail, atau

3) Dapat tapi tak sempat nak cek email.

4) Mungkin ingat SRC just inform (tapi dah tulis minta respon kan, hmm)

5) Ataupun malas nak layan???

Selepas merujuk bakal lawyer yang ada, respon mereka kalau no reply meaning, no respond. In law, later on if we inquire on that issue, semua boleh cakap semua tak promise apa-apa. So, sort of not bind kat semua yang terlibat untuk perform apa yang terlibat dalam referendum tersebut. 

Tapi memandangkan semua telah dibincangkan dan tiada bantahan dalam perbincangan, kami assume semua bersetuju kerana selepas perbincangan kumpulan, tiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan untuk dinilai sebarang pindaan atau tambahan daripada kumpulan yang lain. Kenapa perkara ini turut dinukilkan? Kisahnya selepas referendum tersebut dihantar.

Sepatutnya, prosedur yang terbaik, semua hendaklah respon samaada setuju ataupun tidak supaya menyenangkan semua pihak dan menguatkan persetujuan bersama. Selepas semua bersetuju, baru akan tandatangan. Kami meminta semua yang hadir dan terlibat dalam perbincangan menurunkan tandatangan awal tanda bersama membincangkan dan bersetuju perkara tersebut dibawa ke pihak atasan. 

Teori, tidak semudah praktikal. Katakan, selepas siap referendum dan semua telah pun semak, kami terpaksa jumpa setiap seorang @ pun jumpa di suatu tempat untuk dapatkan tandatangan. Rasanya kami boleh dapatkan semua tak? Kecuali lah semua akan bagi argument sama dengan admin, "Tak try, mana tahu lagi." Hmm, no comment...

Sebelum AGM...

Petang sebelum AGM, kami minta untuk semua hadir di Main Audi untuk taklimat berkaitan penyerahan referendum. Tak ramai yang hadir, mungkin ramai yang kelas. Kami cuba untuk tunjukkan mahasiswa bersama dalam penyerahan referendum tersebut dan kehadiran tiap president mewakili mahasiswa yang ramai. Alhamdulillah, malamnya, ramai yang hadir. Terima kasih sudi meluangkan masa bersama. 

Sebenarnya, sebelum berjumpa untuk sesi taklimat sebelum itu, saya jumpa dulu dengan DRSA untuk membincangkan beberapa perkara. Perkara pertama, kena tegur dulu kenapa jemput TM KPT tak melalui UIA? Senang jer jawabnya, kalau saya jemput pun, bukan UIA bagi. So, dia kata la kalau orang kat pejabat bawah tak bagi, tulis surat through dia, dia akan bagi. Jadi, buat semua mahasiswa, kalau try pegawai tak bagi, through DRSA terus jer senang. Kisah sebenarnya, saya bagi tau jer pun kat UIA, ke dua orang pegawai. Pegawai mesej balik, kenapa jemput dia? Kalau dapat mesej macam tu,  faham la kan, kalau nak jemput through officer, jawabnya tak lepas la. Kalau dah kat dia tak lepas, try pula DRSA, dia akan cakap, "Kan haritu tak bagi, kenapa pergi kat DRSA lagi?". Sebab sudah pasti DRSA akan maklumkan pegawai dibawah bidang kuasanya. Director S-DEV pula mula-mula tak reply jadi sent la kali kedua,dia cakap ok jer. Sebab masa hari kejadian, DRSA tanya pegawai, pegawai tersebut cakap tak tahu, haish. Dia siap reply lagi kot tanya kenapa jemput, boleh pula lupa. 

Kenapa perlu dijemput KPT? Antara Menteri dan TM, personally TM lagi senang diaproach. Less bureaucracy (siapa yang datang AGM malam itu boleh faham). Saya mesej jer pun sebenarnya jemput dia. Bila dah KPT tengok kita serah referendum tersebut yang disokong oleh president-president yang ada di UIA ni, maka harapnya UIA akan ambil tindakan yang lebih serius.

bersambung...


"Joining Hands for the Betterment of IIUM"

Mohd Faiz, President of EMSS 2010/2011 representing  all KBS, MRC and clubs handed over the referendum to the President of SRC IIUM 2009/2010.
Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, DRSA on behalf of the Honourable Rector IIUM received the referendum from SRC, KBS, MRC and clubs.
Dato' Saifuddin Abdullah, Deputy Minister received the memorandum on behalf of Ministry of Higher Education.

 IIUM students' leaders 'joining hands' in handling over the referendum. 
Thanks for your support throughout our tenureship.

"Ramai yang pandai mengkritik, tapi tak pandai menerima kritikan. 
Ramai yang pandai bercakap tapi diri sendiri tidak pernah bertindak. 
Ibarat air besar sampan tak hanyut" 

Read More...

HM - Mar 7, 2011 - Pilihan raya kampus didik mahasiswa jadi warga terpelajar

Isnin, 7 Mac 2011


Read More...
banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita