Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Hulu Selangor - 22 April 2010

Selasa, 27 April 2010

Dalam kesibukan berpraktikal sekarang ini, sempat juga saya untuk ke Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu. Tapi kejap, bukan untuk berkempen, tetapi ke site, Klinik Pergigian Kuala Kubu Bharu. Adalah ambik beberapa video dengan kamera telefon kawan yang baru.

video


video

video

video

video

video

video

video


video

Siapakah yang lebih mempelopori kempen? Rakyat memilih kerana calon @ parti?

Read More...

Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad SIRI 5/5

Rabu, 21 April 2010
Hari kelima – 30 Mac 2010

Hari terakhir Program Bicara Negarawan bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selepas sarapan, kami semua bersiap-siap untuk ke KLCC. Mulanya kami menjangkakan akan ke tingkat 84 KLCC melihat pejabat Tun.

Tetapi, kami hanya ke tingkat 42, di jejantas. Sebenarnya itu pun sudah cukup baik. Para pelawat hanya dibenarkan untuk ke jejantas di tingkat 41. Baru aku tahu sebenarnya jejantas itu 2 tingkat. Tingkat 42 adalah untuk pekerja-pekerja di KLCC dan juga pelawat-pelawat istimewa. Tun juga sempat untuk melapangkan masa bersama kami dan beliau juga menerangkan tentang pembinaan KLCC. Selepas lawatan ke KLCC, maka berakhirlah Program Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Read More...

Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad SIRI 4/5

Isnin, 19 April 2010
Hari keempat – 29 Mac 2010

Seperti yang dikatakan, paginya aku ada periksa EAP (English for Academic Purposes). Tetapi bagi sahabat-sahabat yang lain, paginya mereka ada Lawatan berpandu ke Kompleks Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya dan Majlis Taklimat peranan Yayasan Kepimpinan Perdana bertempat di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana. Aku hanya sempat sampai ke sesi pengumuman pemenang. Mereka adalah Jared (UTP), Vincent (USM Pulau Pinang), Bala (UPSI), Hazman (UTM Skudai) dan Farhan (UIAM) dengan Farhan sebagai peserta terbaik. UTP memenangi kategori universiti terbaik dan Aimi mendapat anugerah khas. Aku kurang pasti dengan anugerah universiti terbaik dan anugerah khas. Ramai menjangkakan yang universiti terbaik adalah untuk peserta-peserta satu universiti yang aktif dalam program. Sekiranya pemenang dikira berdasarkan jumlah peserta terbanyak, maka UTP telah menang pada hari pertama mereka menjejakkan kaki ke Awana Genting Highland kerana 6 orang peserta daripada UTP telah terpilih dan aku merasakan, kuantiti sepatutnya bukan menjadi faktor utama dalam pemilihan universiti terbaik (boleh rujuk buku karangan Dr. Yusuf al-Qadhrawi, Fiqh Awlawiyyat – Fiqh Keutamaan bab ‘Keutamaan Kuantiti ke atas Kuantiti’). Tetapi aku tahu, mahasiswa UTP semestinya adalah mahasiswa yang terpilih. Bukan semua sewenang-wenangnya nak masuk UTP. Begitu juga bagi kategori anugerah khas. Ramai yang terkejut apabila penganjur dengan tiba-tiba mengumumkan anugerah tersebut. Aku merasakan sama seperti anugerah universiti terbaik. Pemenang merupakan ahli Kelab Karisma di bawah JASA. Sekiranya ini mainan politik JASA, maka salah seorang daripada mereka telah menang pada hari pertama mereka menjejakkan kaki di program. Aku sebenarnya tertanya-tanya ‘Karisma’ yang mana satu pulak ni? Samakah Karisma di bawah JIM dan UIA? Mereka tidak sama. Sebab itulah Karisma di bawah UIA telah ditukarkan nama kepada INSPIRE kerana banyak sangat Karisma. Karisma JASA seperti anak angkat JASA (mungkin protégé-protégé penyokong dasar-dasar kerajaan) di bawah Ustaz Adenan, Pengerusi Bina Insan (yang juga bekas mahasiswa UIAM). Walau bagaimanapun, Ustaz Adenan menyatakan UIAM ahli yang paling sedikit di universiti di Malaysia yang lebih kurang 60 orang.

Selain IPTA dan IPTA, Karisma JASA turut dijemput? Bagaikan sebuah universiti di Malaysia. Majlis penutup turut dihadiri oleh universiti-universiti yang telah ditubuhkan Kelab Karisma JASA termasuk UIAM. Komen pemenang? Untuk memilih 5 peserta terbaik dan seorang yang paling terbaik dalam masa 3? Faktor mana yang akan dinilai? Memang penganjur ada menyatakan dari segi disiplin, keterampilan, dalaman dan sebagainya. Tetapi realiti hidup manusia, yang paling menonjol, pasti mempunyai peluang yang lebih cerah. Pandai bercakap !!! Aku merasakan, untuk melahirkan individu yang lebih baik daripada Tun, banyak aspek perlu dinilai. Siapakah yang terbaik ?? Pasti cerita Sultan Muhammad al-Fatih yang sepatutnya dijadikan teladan, pemuda yang berjaya menawan Kota Konstantinapol pada umur 19 tahun. Pada sebelah petangnya, kami pergi melawat ke kilang Proton tapi sayangnya kami sampai lewat dan tak sempat nak tengok bagaimana operasi di Proton.
Read More...

Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad SIRI 3/5

Jumaat, 16 April 2010
Hari ketiga – 28 Mac 2010
Seperti hari sebelumnya, selepas solat ‘Subuh berjemaah’ dan senam robik, sesi 3 bermula dengan “Bengkel visi Gagasan 1 Malaysia & pencapaian Wawasan 2020 dari perspektif politik, ekonomi, agama & kaum” dikelolakan oleh Dr. Fazley Yaakob. Peserta dibahagikan 5 kumpulan untuk membentangkan aspek-aspek tersebut. Tentunya persembahan terbaik hasil kerja bengkel oleh kumpulan aku dengan bentuk sketsa daripada idea Bakri, UTP manakala kumpulan-kumpulan lain seperti biasa menggunakan kertas mahjong. Sempatlah aku berlakon sebagai pak cik tua yang ditanyakan soalan apa yang pak cik tahu tentang 1 Malaysia. Aku pun selaku orang tua pun jawab la “Yang pak cik tahu kat dunia ni Malaysia ada satu jer. Ke ada dua?”. Boleh la kan nak berlakon sikit-sikit ;-)Selepas pembentangan, kami semua bersiap-siap untuk check-out dan bertolak ke Hotel Impiana, KLCC. Pada sebelah malamnya, Dr. Fazley menjalankan sesi ilmu “Karisma dan ciri-ciri kepimpinan seorang pemimpin agung Tun Dr. Mahathir Mohamad”. Sebenarnya sesi ilmu yang dikatakan ini adalah mock Suara Siswa. Kami diberikan peluang menjadi moderator, panel dan tetamu jemputan dalam Suara Siswa. Panel jemputan dijemput ayah Dr. Fazley, Dato’ Yaakob yang juga mantan Duta Malaysia ke Indonesia. Semestinya para peserta dapat menjalankan sesi tersebut dengan baik sekali, dengan ramai yang boleh bercakap, wakil-wakil MPP, persatuan dan kelab yang aktif dan tidak lupa juga, pendebat-pendebat universiti. “Inilah kali pertama abang tengok panel-panel yang memang boleh bercakap daripada 2 musim Suara Siswa sebelum ini”, kata penerbit Suara Siswa, abang Shahzil. Kemungkinan juga, peserta ini yang akan dijemput untuk Suara Siswa musim baru ini bagi menggantikan MPP. Ini bermakna, MPP-MPP sebelum ini kebanyakan tak pandai bercakap la kan. Bagi aku, itu bukan satu masalah. Adakah ‘pandai’ bercakap menjadi kriteria utama untuk menjadi MPP atau pemimpin mana-mana organisasi? Jangan jadi seperti orang politik yang terlampau pandai bercakap sehingga tidak tahu fakta dan auta (dalam HOT fm ;-)), retorik sedangkan kebajikan kawasan sendiri terabai. Kami bekerja dengan massa dan masyarakat universiti dan cuba sedaya upaya untuk mengaplikasikan ilmu kepada amal. Selepas sesi tersebut, Tuan Syed mengadakan semacam sesi soal jawab. Pada awalnya, aku sudah nampak siapakah yang bakal menjadi 5 yang terbaik apabila soalan ditujukan kepada mereka yang agak menonjol dalam program kali ini. Tetapi, mungkin sudah terlampau ramai yang ditanya sehingga semua 52 orang peserta ditanya. Aku tak dapat lama kerana kena balik ke UIA dengan Dalila kerana ada peperiksaan (EAP) pada pagi Isnin. Komen aku pada hari ketiga, program ini lagi hebat daripada BTN !! Walaupun telah dikatakan program seperti ini bukan untuk mendewakan Tun tetapi sememangnya ia nampak seperti demikian. Apabila diajukan soalan, semuanya memuji dan tiada satu pun kritikan semasa kepimpinan Tun 22 tahun. Adakah semua yang dilakukan semasa Tun memegang tampuk pemerintahan, tiada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Tun? Nampaknya, penganjur program ingin memprogramkan minda-minda mahasiswa untuk berfikiran di dalam kotak, tidak lagi kritikal dan lantang menyatakan sesuatu yang di luar kebiasaan. Kita tidak mungkin mampu untuk lahirkan individu yang sama seperti Tun kerana susuk tubuh kita sudah berbeza apatah lagi persekitaran semasa kita membesar. Tetapi mahasiswa sekarang suatu masa nanti mampu untuk menjadi lebih baik daripada Tun sekiranya kita tidak mengabaikan aspek dalaman mahasiswa, bukan sahaja IQ (intellectual quotient), tetapi juga EQ (emotional), SQ (spiritual), PQ (physical). (sekarang ini makin bertambah _Q nya - disyorkan untuk membaca ESQ karangan Ary Ginanjar atau pun The 8th Habit, From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey ada disebutkan sedikit).
Read More...

Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad SIRI 2/5

Rabu, 14 April 2010
Hari Kedua - 27 Mac 2010

Hari bermula dengan solat Subuh berjemaah di Dewan Enggang yang telah di ubah suai untuk solat. Tapi biasalah, ‘peserta terbaik seluruh universiti Malaysia’, solat Subuh pun belum tentu apatah lagi Subuh berjemaah. Lebih kurang pukul 7 pagi, semua berkumpul untuk morning-walk sampai ke padang untuk senaman robik.


Selepas senam robik, sarapan dan menyiapkan diri untuk hari yang panjang bermula pukul 9 pagi. Sesi 2 dijemput 3 orang penceramah dengan tajuk “Keunggulan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin negara dari perspektif politik, kewartawanan dan ekonomi”.

Penceramah yang dijemput merupakan individu yang rapat dan terlibat secara langsung dengan dunia Tun, YBhg. Tan Sri Sanusi Junid (yang juga bekas Presiden UIAM, 2000-2008 sebelum beliau dipecat selepas Tun keluar daripada UMNO – kenyataan beliau semasa sesi 2 dengan nada gurau), YBhg. Tan Sri Khalid Abdullah (Tokoh Maal Hijrah 1430 peringkat negeri Kedah dan juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Malaysia pada tahun 1985) dan YBhg. Datuk A. Kadir Jasin (Ketua Editor Syarikat Penerbitan Majalah, Berita Publishing Sdn Bhd. dan juga mantan Kumpulan Editor NST Sdn Bhd dan Kumpulan Ketua Editor, NSTP Bhd antara tahun 1988 hingga 2000) dan dipengerusikan sendiri oleh Dato’ Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA yang juga adik beradik dengan Tan Sri Musa Tan Sri Hassan, Ketua Polis Negara (juga adik-beradik dengan Dato’ Jalaluddin Tan Sri Hassan).

Sesi yang amat menarik apabila penceramah seperti menceritakan hal-hal rahsia dan dalaman kerajaan. Tentunya penceramah yang kelakar adalah Tan Sri Sanusi Junid. Tan Sri Sanusi juga menceritakan perihal Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa dimentorkan sendiri oleh beliau di MCKK sehinggalah semasa Dato’ Seri menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tentunya sebagai orang kuat kerajaan, kisah Anwar Ibrahim tidak begitu sedap didengar cuma bagi peserta yang tak cakna dengan keadaan politik semasa akan cepat terpengaruh. Bukan ingin menyokong sesiapa, tetapi untuk mendengar cerita daripada satu pihak sahaja adalah tidak adil. Sesi petang adalah bersama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan ucapan perdana bertajuk “Cabaran mengurus negara dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia dari aspek disiplin, ilmu, politik & pertanggungjawabkan”.

Sesi yang menarik dan sudah tentu soalan daripada peserta juga terlampau banyak dan tidak semua peserta sempat untuk mengajukan soalan kepada YABhg. Tun. Selepas sesi dengan Tun, ada minum petang berserta dengan persembahan seni oleh para peserta.

Pada malam harinya, tiada sebarang aktiviti khas hanyalah BBQ dan Majlis Santai Mesra JASA.


Read More...

ALBANIA & "Taman Ilmu dan Budi"

Isnin, 12 April 2010

12 April 2010

1. Saya sekarang berada di
Albania, sebuah negara Islam yang dahulu menjadi sebahagian daripada Empayar Othmaniah. Setelah merdeka ia diserang dan dijajah oleh Itali. Pada penghujung perang dunia ke-2, Albania sekali lagi bebas tapi dikuasai oleh pemerintahan kuku besi puak kiri.

2. Pemerintah ini diketuai oleh seorang
diktator, Enver Hoxha, yang menolak agama Islam sehingga sanggup mengharamkan Allah, Nauzubillah.

3. Rakyat tidak dibenar menganuti Islam atau apa-apa agama.


4. Akhirnya pemerintahan puak kiri ini jatuh dan diganti dengan pemerintahan pro-demokrasi pimpinan Sali Berisha.

5. Saya ke Albania buat kali pertama pada tahun 1993. Terdapat kemiskinan di mana-mana sahaja. Muka penduduk muram belaka. Tirana, ibu kota, tidak menunjukkan aktiviti ekonomi. Tidak ada kedai selain kedai kopi di tepi jalan. Tidak ada kenderaan. Bangunan-bangunan ternampak tua dan uzur. Ada beberapa masjid lama yang uzur dan sunyi sepi. Tidak ada sesiapa yang menunaikan solat Jumaat atau solat waktu di situ.

6. Kali ini saya sampai di Tirana pada hari Jumaat. Program saya termasuk solat Jumaat di masjid yang tertua, Masjid Ethem Beu, di tengah Bandar Tirana.

7. Alangkah terkejutnya saya apabila saya sampai ke masjid dan melihat jemaah melimpah sehingga ke tepi jalan besar jauh dari masjid. Saya amat gembira kerana Islam sudah kembali ke Negara ini. Alhamdulillah.

8. Kemudian saya berjumpa beberapa penuntut Albania yang telah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kita bermesra dan mereka nyatakan perasaan hutang budi mereka kepada Malaysia. Mungkin juga UIA memainkan sedikit peranan dalam memperkenalkan semula Islam di Albania, wallahu'alam. Kalau pun tidak, saya bersyukur dengan kembalinya Albania ke pangkuan Islam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanawata'ala.

Dipetik daripada:
http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/04/albania.html#more

Read More...

HM - Apr 12, 2010 - MPP berusaha jaga hak mahasiswa


Read More...

Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad SIRI 1/5

Ahad, 11 April 2010
Hari pertama - 26 Mac 2010

Program bermula dengan para peserta berkumpul di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berhampiran dengan stesyen komuter Bank Negara. Para peserta bertolak dalam pukul 3 ke Hotel Awana, Genting Highland dan sampai lebih kurang pukul 4.30 petang. Seperti biasa, apabila sampai, para peserta mendaftar dan diberi sehelai jaket JASA, sehelai t-shirt dan 1 sut pakaian sukan. Taklimat program diberikan oleh Dr. Fazley Yaakob, Pengetua Program dan Tuan Syed Saifuddin Syed Harman sebagai Pengerusi Penyelaras Program. Selepas berta’aruf, Dr. Fazley memberikan ujian IQ (ujian sebenarnya aku lebih suka panggil ujian sejarah!!). Ade ke patut tanya soalan sejarah Malaysia siap dengan tarikh lagi. Buka-buka soalan, tengok soalan sejarah, haha, confirm la dah tau tak boleh nak jawab. Dah 6 tahun tinggal sejarah dengan jawapan yang lebih kurang sama. Selepas ujian, ada sedikit jamuan petang dan check-in bilik.

Bilik yang mampu memuatkan seramai 4 orang tetapi hanya didiami oleh 2 orang. Malamnya ada tayangan video bertajuk “Mahathir” dan sesi 1 bertajuk “Hubungan kaum dalam era pemerintahan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, realiti masa kini dan harapan pada masa akan datang” oleh Dr. Siva Murugan A/L Pandian, USM. Memandangkan tajuk berkaitan dengan hubungan kaum, jadi aku tanya lah penceramah mengenai pendapat beliau mengenai sekolah jenis kebangsaan dan sekolah satu aliran. Aku berpendapat, untuk menghargai persamaan dan menghormati perbezaan antara kaum, semuanya bermula daripada sekolah rendah. Hapuskan sekolah jenis kebangsaan dan perkasakan sekolah kebangsaan. Beliau bersetuju tetapi dengan syarat ahli politik terutamanya kena melepaskan kepentingan parti dan peribadi masing-masing.
Read More...

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Rabu, 7 April 2010
6 Mac 2010
ESSET, BANGI

Objektif utama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, MPPK adalah untuk membincangkan isu-isu nasional mahasiswa. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah diwakili oleh 4 exco MPP, antaranya ialah Muhammad Firwan Norliza (Presiden), Mohd Aklil Ayob (Timbalan Presiden 1), Hidayatul Karimah Mahyuddin (Setiausaha Agung) dan Muhammad Syazwan Suhaimi (Bendahari Kehormat). Kumpulan 5 dimenterai oleh Presiden MPP UIAM yang dicadangkan oleh Saudara Syahir (UM) dan disokong oleh Saudara Hadi (UMK).

Kumpulan 5 yang disertai seramai 37 MPP seluruh Malaysia mencadangkan 14 usul dan 1 usul yang telah dipersetujui bersama ialah "Suara Perwakilan Mahasiswa di Peringkat Parlimen". Sebelum kumpulan 5 membentangkan perbincangan kertas kerja, Presiden MPP UIAM mencadangkan agar masa perbincangan dipanjangkan kerana masa yang diberikan oleh pihak pengurusan amat singkat sedangkan isu dan usul yang dibincangkan melibatkan isu nasional dan memerlukan perbincangan serta perbahasan yang matang. Presiden MPP UIAM juga meminta agar pihak pengurusan membentangkan semula isu-isu yang telah dibangkitkan pada MPPK yang lepas dan kemukakan juga usul-usul yang masih belum selesai dan usul-usul yang telah diluluskan. Selain itu juga, Presiden MPP UIAM meminta supaya usul-usul lepas yang telah diluluskan dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Hal ini kerana, rata-rata usul yang dibentangkan oleh kumpulan 1 hingga 4 adalah usul-usul yang agak sama dan berbangkit (mendapat maklum balas daripada mantan MPP Sesi 2008/2009). Antaranya adalah isu kad pelajar dan potongan harga untuk pengangkutan masalah sosial dan akhlak serta isu pembangunan di luar bandar (Sabah dan Sarawak).

Terdapat juga isu-isu yang agak menarik yang dibahaskan. Antaranya adalah potongan harga tambang penerbangan dan isu mengenai pertahanan negara. Kumpulan 5 dan 6 pula bersependapat untuk mengusulkan "Wakil Mahasiswa dalam Parlimen" (kumpulan 6 mencadangkan supaya menggunakan istilah Senator) supaya dapat menyelesaikan masalah-masalah berbangkit. Hal ini juga dapat memastikan suara mahasiswa didengar, peranan mahasiswa diiktiraf dan isu mahasiswa diselesaikan dengan cara yang berorentasikan mahasiswa. Walaupun usul ini memerlukan perincian yang sedalamnya, tetapi ia adalah satu permulaan yang baik ke arah mahasiswa merdeka. Sebarang cadangan, pendapat atau komen boleh diutarakan pada entri ini. Sekian daripada saya.

Muhammad Firwan Norliza
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Sesi 2009/2010,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



*Telah mendapat makluman sebelum 19 Mac 2010 bahawa usul "Suara Perwakilan Mahasiswa di Peringkat Parlimen" telah ditolak pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Read More...

1ST REPORT SEM 2 2009/2010

Isnin, 5 April 2010
ENGINEERING CONSTITUENCY

WIRELESS ACCESSIBILTY AT MAHALLAH

The installation of cable/hubs for the wireless internet at mahallah is still in progress. Some of the mahallah already got the access to the wireless internet but some are not. Hopefully, all students can be patience while waiting for the installation to be completed. Please use the internet wisely once it has been installed.

Since 5 years ago, SRC has fight for getting the wireless at our campus. However, we cannot get it in the glimpse of eye. The process of installing the wireless began at Gombak campus, followed by Kuantan campus and lastly the matriculation campus. Now, the installation process at all mahallah is still in progress. Hence, your patience, understanding and support are highly appreciated.

STANDARDIZATION OF THE FOOD PRICE

Up until now, FFSD is working on to replace the food price poster at all café. All the details information regarding the food prices can be viewed through the FFSD website.

Since last year, engineering constituency has travel back and forth to FFSD to ensure that the food price in all mahallah and kulliyyah is standardized. Pamphlets regarding the food prices has been printed out and distributed. However, only several food prices are stated in the pamphlet.

As a student, we must know our right regarding the food prices. Any enquiries concerning the details of the food prices, or want to comment about the services and cleanliness of the café, please visit FFSD website and forward your complaints or comments to http://www.iiu.edu.my/ffsu.

UPGRADING THE STUDY ROOM

The budget for upgrading the study room has been approved. Insya-Allah, the study room will be ready to be used in this coming short semester. Thus, the study room for sisters is at E1-3-13 and E1-3-15 for brothers.

PROMOTING IEM TO ENGINEERING STUDENTS


A meeting was held on 3rd March 2010 with Dr. Zuraida Ahmad, Deputy Dean of Student Affairs regarding this matter. Dr. Zuraida encouraged the students to join IEM (undergraduate). In addition, the fee is only RM20 compared to RM50 after graduating. However, if we are not registered now, we must pay the fee around RM200.

MORE PARKING SPACES

The parking space at Kulliyyah of Engineering is limited; therefore we discussed this issue with Dr. Zuraida for her attention. The issue raised up by Dr. Zuraida is about the environmental and landscape of IIUM. However, we will try our best to settle the problem to help the students.

KOE TUTOR/GRADER ALLOWANCES PAYMENT

We had received a report from students come graders, demonstrators and tutors in KOE regarding the delayed of allowance payment for the months of December 2009, January and February 2010. Further actions have been taken and a meeting was held on 8th April 2010 with Sis. Azura, Finance Representative from office of the Dean, KOE and she said that they have just submitted all the details to the Finance Division IIUM on 8th April 2010. Finance Division KOE will try their best to expedite the allowances payment so that it can be made by 15th to 17th of April 2010. In addition, a letter regarding this matter had been sent to Madam Norhana Mohd Yunos, Director of Finance Division IIUM and carbon copy to Dato' Ahmad Zailan Shaari, Executive Director Finance Division IIUM and Dr. Amir Akramin Shafie, Dean of KOE. Director of Finance Division IIUM had replied the letter and informed that their Assistant Accountant at our Kulliyyah who was handling the payment had resigned without prior notice in December 2009. Alhamdullillah, a new Assistant Accountant has been recruited in March this year and the allowances already been paid on 15th April 2010. Your understanding is highly appreciated.





If you have any ideas on how to improve SRC 2009/2010, kindly forward your comments to http://src-iium.blogspot.com . You are also invited to visit our office at level 4, above Muamalat Bank.


MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA
PRESIDENT

AHMAD KHAIRUL AZMAN MOHD SALLEH
CHAIRPERSON
SPIRITUAL AND ISLAMIZATION SECRETARIAT


STUDENTS’ REPRESENTATIVE COUNCIL 2009/2010
Read More...
banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita