Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Utusan - Feb 11, 2010 - Sudut Pidato UIAM Mac

Jumaat, 12 Februari 2010

Read More...

Politik Kampus dan Arus Perdana Mahasiswa

Isnin, 8 Februari 2010

Panelis Agenda Awani, ASTRO - 6 Februari 2010

Seluruh IPTA di Malaysia sedang sibuk dengan pilihanraya kampus beberapa minggu yang lalu. Yang terkini, heboh dengan isu e-VOTING yang mula diperkenalkan di UKM. Agenda Awani menjemput saya bergandingan dengan MPP dari UKM, Saudara Hazwan dan Penganalisis Politik, Saudara Masrizal yang juga Mantan YDP USM pada era 90-an.

Sudah tentu soalan yang pertama yang ditanya oleh moderator, Saudara Rizal tentang blok-blok mahasiswa; Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.

Apakah itu Pro- Mahasiswa dan Pro-Aspirasi?

Wakil UKM mengulas bahawa Pro-Mahasiswa adalah golongan mahasiswa yang terlalu taksub memperjuangkan hak-hak mahasiswa sehingga tidak menghiraukan universiti. Manakala Pro-Aspirasi adalah golongan mahasiswa yang menjalankan sesuatu dengan mengikut guideline yang digariskan pihak universiti. Adakah semua itu boleh diterima pakai?

Pada hemat diri ini, semua mahasiswa yang ingin menjalankan sesuatu di dalam ruang lingkup universiti perlu mengikut guideline yang digariskan universiti. Adakah mungkin mahasiswa mampu untuk mendapatkan kelulusan dan bajet daripada HEP sekiranya kita tidak mengikut guideline yang telah digariskan? Anda, pasti tahu apa jawapan nya.

Sekiranya calon mengulas ketika menjawab sebarang persoalan mengenai siapakah dirinya; bahawa dia akan memperjuangkan isu yang berkaitan dengan suara dan hak-hak mahasiswa, maka calon tersebut akan dilabel sebagai Pro-Mahasiswa. Manakala apabila calon tersebut menjawab bahawa dia akan senantiasa mendokong aspirasi universiti dan negara, maka dia akan dilabel sebagai Pro-Aspirasi. Jadi, apakah jawapan yang sewajarnya?

Menjawab persoalan tersebut, apakah maksud MPP? Sudah tentu Majlis Perwakilan Pelajar dan bukannya Majlis Perwakilan Pentadbiran ataupun Politik. Saya pasti, jawapannya jelas, MPP seharusnya berperanan sebagai wakil mahasiswa di kampus khususnya dan belia am nya di universiti dan juga di peringkat nasional. Selain itu, MPP seharusnya mendokong aspirasi universiti untuk mencapai visi dan misi universiti. Sebagai contoh di Taman Ilmu dan Budi ini, IIICE. Integration, Islamization, Internationalization and Comprehensive Excellence.

Adakah wujud Pro-A dan Pro-M suatu ketika dahulu?

Saudara Masrizal mengulas bahawa ketika beliau bertanding, tidak pernah timbul isu berkaitan blok-blok mahasiswa. Nasihat daripada beliau, apakah yang kemungkinan akan berlaku sekiranya calon tajaan sesetengah pihak menang dan yang lain nya tidak? Tidak lain dan tidak bukan, PASTI mahasiswa di universiti akan berpecah. Sekiranya Pro-Aspirasi yang menang, maka penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa tidak akan membantu dan turun melibatkan diri dalam isu-isu yang diperjuangkan MPP dan juga sebaliknya yang akan berlaku sekiranya Pro-Mahasiswa yang menang dalam pilihanraya kampus.

Maka, pada pandangan saya, ini adalah satu cabaran kepada MPP untuk menyatukan semula mahasiswa-mahasiswa di universiti masing-masing.

Apakah bezanya Politik Kampus dan Politik Tanah Air?

Ini adalah persoalan yang menarik. Mahasiswa kini berpandangan dan mungkin juga pihak universiti, media dan kerajaan; Pro-Aspirasi sering dikaitkan dengan Barisan Nasional manakala Pro-Mahasiswa pula dengan Pakatan Rakyat. Tapi hakikatnya, selepas sahaja menang, calon tersebut WAJIB bertindak sebagai wakil mahasiswa kepada pentadbiran dan juga negara.

Adakah sama Politik Kampus dan Politik Tanah Air? Mari kita kaji bersama:

1) Sekiranya kerajaan Barisan Nasional yang menang pada pilihanraya umum, maka BN akan memegang semua aspek dalam pentadbiran negara sama ada sosial, kewangan, sukan, ekonomi, ketenteraan, pendidikan dan lain-lain. Begitu juga yang akan terjadi sekiranya Pakatan Rakyat yang menang Pilihanraya Umum. Setuju?

Tetapi, sekiranya yang dikatakan Pro-Aspirasi ataupun Pro-Mahasiswa menang, adakah MPP akan menguasai segala-galanya? Jawapanya, tidak. MPP tetap berperanan sebagai wakil mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap kebajikan mahasiswa di kampus. MPP tidak terlibat dalam kewangan universiti, apatah lagi pentadbiran universiti. Tetapi MPP mampu untuk menjadi check and balance kepada pihak universiti.

2) Sekiranya kerajaan Barisan Nasional menang pada pilihanraya umum, maka seluruh kabinet negara akan dikuasai oleh Barisan Nasional dan begitu juga yang berlaku sebaliknya.

Tetapi, di kampus, tanpa mengira ideologi, fahaman, warna kulit dan sebagainya, kabinet MPP akan dibentuk dengan melibatkan semua calon-calon yang menang. Contoh di UIAM, kami akan mengadakan syura sebelum melantik kabinet MPP UIAM.

Memang semuanya tidak semuanya 100% berlaku pada peringkat kampus, tetapi kita pasti nampak sedikit sebanyak perbezaan di antara politik kampus dan politik tanah air.

Tetapi saya pasti samaada politik kampus ataupun negara, kedua-dua pihak bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira perbezaan di antara kita.

Mengapa pentingnya politik kampus ini?

Ada sesetengah mahasiswa memandang enteng akan politik kampus ini apatah lagi politik Malaysia. Kita, mahasiswa seharusnya ingat, Islam itu syumul, melingkupi setiap cabang-cabang dalam kehidupan. Politik ada di dalam Islam tetapi malangnya sekarang ini Islam yang tiada di dalam politik.

Mahu tidak mahu, selepas tamat pengajian, setiap individu akan terlibat dalam politik. Kerana apa? Politik, adalah ilmu kenegaraan dan segala sesuatu yang berkaitan dengan pemerintahan sebuah negara atau hubungan dengan negara lain (Kamus DBP). Selain itu, politik adalah proses membuat keputusan untuk perkara berkaitan dengan organisasi kerajaan secara literalnya mengikut persepsi Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, Pakar Undang-undang Perlembagaan Malaysia manakala pandang sisi Dr. Yusuf al-Qadrahwi dalam Bukunya Agama dan Politik menyebut politik adalah memimpin dan mentadbir. Kita jangan terlampau mengecilkan skop politik hanya sekadar dengan penamaan calon, pilihanraya, manifesto, pembuangan undi dan seangkatan dengannya.

Politik di kampus perlu TELUS-setelusnya terutamanya dengan penggunaan e-VOTING sekarang ini. Individu yang bertanggungjawab mestilah cukup berintegriti supaya tiada penyelewengan berlaku.

UIA seharusnya memandang lebih serius tentang pilihanraya kampus dan berusaha untuk memberikan ilmu-ilmu tentang politik Islam kerana keadaan di UIA yang mempunyai ramai mahasiswa-mahasiswa luar negara yang akan pulang ke negara masing-masing selepas tamat pengajian. Tanpa sekelumit pengetahuan tentang politik, bagaimana mereka mampu untuk menjadi The Leader of the Ummah di negara mereka sendiri?

Disini, saya ingin mengesa pihak pentadbiran universiti am nya dan pentadbiran negara khususnya, biarkan mahasiswa dengan politik kami sendiri. Jangan fikir bahawa mahasiswa ibarat lembu yang dicucuk hidungnya. Kami mampu untuk mentadbir dan memimpin. Bekalkan ilmu-ilmu tentang politik yang sebenarnya. Kerana kamilah yang bakal menerajui pentadbiran negara kelak! Ayuh sahabat-sahabat, CAKNA dengan isu-isu politik tempatan dan luar negara.






Read More...
banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita