Down to Earth Mahallah Salahuddin al-Ayyubi
Isnin, 15 Mac 2010Siswa Si Tanggang Moden
Selasa, 2 Mac 2010Panelis Suara Siswa - 2 Mac 2010, bertempat di Angkasapuri, seramai lebih kurang 15 mahasiswa UIAM menghadiri Suara Siswa di RTM. Panel selain saya adalah Suriani (UKM) dan Izham (UTHM).
Adakah Wujud Si Tanggang Moden?
“Si Tanggang” mula di komersialkan oleh pelakon Dato’ Jins Samsuddin yang melakonkan watak utama iaitu Tanggang manakala Normadiah sebagai emak Si Tanggang iaitu Dermai. Tema utama filem yang diterbitkan pada tahun 1961 ini adalah berkisar mengenai anak yang derhaka yang diarahkan oleh Dato’ Jamil Sulong. Kalau dahulunya cerita ini dianggap sebagai sebuah kisah dongeng, tapi kini ia bukan dongengan semata-mata. Ternyata ia berlaku di zaman serba moden ini. Tidakkah wujud pada siswa? Ya! Jangan ingat derhaka hanya pada luaran, tapi adakah kita sedar derhaka dalam diam.
Bagaimana?
Apabila ibu bapa memberi wang untuk menampung keperluan harian kita di universiti seperti duit makan dan minum, buku-buku, yuran dan sebagainya, malangnya wang tersebut digunakan sewenang-wenangnya untuk menonton wayang bersama kawan-kawan, membeli belah dan melancong. Apabila diberikan kenderaan seperti motosikal atau kereta kepada siswa, peluang itu digunakan untuk membawa buah hati keluar bersiar-siar mengelilingi ibu kota dan sebagainya. Inilah juga yang di sama ertikan sebagai Si Tanggang Moden. Si Tanggang Moden yang bisu.
Mengapakah Boleh Wujud Si Tanggang Moden?
Mari kita singkap kembali sejarah Si Tanggang yang dulunya hidup susah. Kisahnya semakin menarik apabila Si Tanggang pergi belayar dan bertemu jodoh dengan Tuan Puteri dan menjadi orang kaya. Siswa, mungkin belum lagi wujud Si Tanggang @ derhaka tegar tetapi semuanya bermula dengan derhaka diam. Hal ini mungkin boleh berlaku selepas seseorang siswa itu telah meraih kejayaan seperti kisah Si Tanggang. Apabila hilang rasa bersyukur, maka bermulalah kisah Si Tanggang.
Siapakah yang Bertanggungjawab Tentang Isu Si Tanggang Moden Ini?
Jika kita merujuk dalam buku Hak-hak Ibu Bapa karangan Muhammad Mansor Az-Zaman As-Sodiqo; punca anak-anak derhaka adalah ibu-bapa itu sendiri. Kerana ibu bapalah guru pertama anak-anak. Sekiranya ibu bapa dapat mewujudkan suasana islamiah di rumah, maka hasilnya adalah anak-anak yang soleh dan solehah.Begitu juga sebaliknya jika di rumah adalah suasana ajnabiah.
Rasulullah saw bersabda: ”Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi.”
(HR. Bukhari)
Bagaimana Pula Dengan Tanggungjawab Anak-anak?
Allah telah berfirman dalam surah al-Isra’ 17: 23-24 yakni tentang suruhan berbuat berbuat baik kepada ibu bapa. Itu adalah suruhan Allah tak kira ibu bapa kita baik atau tidak. Ketaatan itu wajib selagi ia selaras dengan syariat Islam. Kadang-kadang kita perhatikan apabila tiba hari lahir kawan-kawan kita terutamanya buah hati, kita berupaya merancang untuk meraikannya dan sanggup untuk mengeluarkan duit untuk membeli hadiah tetapi bagaimana pula dengan ibu bapa kita? Hampir sahaja kita lupa untuk mengucapkan terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kita. Ramai yang malu nak mengaku yang mak dan ayahnya seorang penoreh getah, penjual sayur, nelayan, buruh dan sebagainya sedangkan dengan duit menoreh getah, menjual sayur, menangkap ikan itulah yang digunakan untuk membesarkan anak-anak, membayar yuran universiti, makan & minum dan sebagainya.
Saranan Kepada Siswa-Siswi
Siswa perlu kembali ke akar budaya, ingat jati diri. Siswa menyalahkan ibu bapa kerana mereka mengatakan ibu bapa mereka tidak membesarkan mereka dengan sebaik-baiknya. Ingatlah suatu hari nanti, siswa pula akan menjadi ibu bapa dan akan mempunyai anak-anak. Adakah kita ingin anak-anak kita menjadi anak derhaka, yang akan mengabaikan kita apabila kita sudah tua?
“What you give, you get back” - Scorpion
Read More...