Singgit : Assalamualaikum lima ploh. Apa khabar? Lama tak jumpa.
Lima ploh : Hai singgit. Aku sihat ja. Biasa la, sibuk sikit kebelakangan ini.
Singgit : Ya ka. Apa yang disibukkan sangat kau ni lima ploh?
Lima ploh : Biasa la aku ni singgit. Semalam aku kat hotel 5 bintang. Ada dinner dengan klien. Tu pun baru
jer balik dari England dua hari lepas, ada bisnes sikit dekat sana.
Singgit : Sibuknya kau lima ploh.
Lima ploh : Tu baru sikit tu. Tiap-tiap hari merata aku pergi. Selalunya kat pub, kelab malam, disco. Kat
restoran mahal-mahal, shopping complex jangan cakap lah. Tempat main aku saja tu.
Singgit : Fuh, gile la kau lima ploh, merata kau pergi.
Lima ploh : Well, you know me. Yang kau duk tanya-tanya aku ni, kau pulak ape cite bro?
Singgit : Segan lah aku nak bagitau.
Lima ploh : Laa, apa yang nak disegannya dengan aku ni singgit?
Singgit : Ha la, aku ni tak la selalu sangat outstation macam kau lima ploh.
Lima ploh : Ala, setakat outstation tu, apa la sangat. Ha, kau duk busy apa sekarang ni singgit?
Singgit : Hmm, aku? Aku dengan singgit-singgit lain, nak ke mana lagi, macam biasalah. Dalam tabung
masjid dengan surau saja la.
Lima ploh : Oh, tapi bukan dari zaman badang lagi ke sana saja kau pergi ke?
Singgit : A’a, betul juga cakap kau tu, tak perasan juga aku.
Dari Asma' binti Abu Bakar r.a., bahawasanya dia datang kepada Nabi s.a.w. Lalu beliau bersabda: "Janganlah kamu kikir, maka Allah kikir kepadamu. Berilah sesuatu menurut kemampuanmu."
(Hadith riwayat Bukhari)