Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

‘SINCERE GIVING’

Sabtu, 30 Jun 2012




My friend once told me a riddle. He asked me, "Do you know who are going out from their home, riding their bike or driving their car but don't even care to bring their IC, driving licence and even their money?"  Do you know the answer? The answer is, a policeman! It is a joke of course; based on true story.
Me myself had had an experience facing such situation. My friend was driving his car while I am at his side. We were at a junction and there was traffic light. The cars in front of us were moving and we just followed the cars without realizing the light was red. I still remembered, it was grey Proton Saga with Kedah plate numbers. It was quite cloudy that day. Unfortunately, just after we turned to our right, there was a road block and the policeman asked us to stop aside. I asked my friend, "The traffic light was green or red when you turned?”, he said, "I don't know; red maybe". ’Oh God'.
"Good morning sir, why do you keep moving while the traffic light was red?", the policeman asked my friend. "Hmm, we are really sorry sir, we aren't aware of the traffic light. We are not familiar with this area." "Oh, stop giving me an excuse, this is not the first time I heard that answer". But then he just goes away to other car. We discussed what should we do? I told him to go out and talk to him nicely or maybe he can excuse us. When my friend was out approaching him, the policeman asked him to go inside the car and that was all begun; sincere giving.
This is all true and I believe, it is not only our story but most of drivers and motorcyclists outside there have their own.
Based on research made by Transparency International, an organization which focus on freeing people and country from corruption, Malaysia was ranked 60 in 2011 out of 183 most corrupted country in the world on scale from 10 which is very clean to 0 which is highly corrupted and Malaysia have score of 4.3, and it is not a good news.
They admit, the figures are not absolute levels of corruption since most of the corruption is hidden. If it is transparent graft, we can catch them all and the problem is solved. The figures are based on surveys and assessment produced by Corruption Perceptions Index (CPI), right, ‘perceptions'. What I can say is, the figures are not entirely right, but it is not totally wrong also. If I asked you, do you think we live in a corrupted country? I can say most of us will say yes and if I ask you another question, which institution is highly affected by corruption? You have the answer already.
The research stated that, the most affected institution in Malaysia is police, secondly is political parties and thirdly is parliament and legislature. That is why when some of us see a car or motorcycle was stopped by policeman, they will said, ’cari makan'. Dear readers, these three institutions are the most important institutions in Malaysia to ensure public safety, country leadership, administration and justice and if the perception is correct, what do you think the ‘rakyat and our country's safety and future will look like? We are in the hand of corrupted institution and it is not surprise that our country loss a massive amount of money in Auditor General's report.
Recently, the government has tabled an amendment of Road Transport Act in the parliament to increase the maximum fine to RM2,000 from RM1,000 with the minimum fine is RM300. The first time I heard the news, it just pop up in my mine, ‘’duit kopi pun bertambah'. Logically thinking, if you were stopped and you been given options to pay minimum RM300 or you want to kawtim, what option will you choose?  With only RM30 or RM50 (depending on what car do you drive) and your problem is solved or you want to pay the full fine amount and wasting your time in police station. I don't think it is the wise way on punishing traffic offence. They should lower the fine, not increase it. Laws are not made to punish, but to teach others what is the effect if anybody disobeys it. Don't you think so?
This ‘sincere giving' does not only happen in police, but also happen in other public and private sectors. If I can list it roughly; Custom, Immigration, Department of Safety and Health (DOSH), Military, Judiciary, Media, Education are institutions which are exposed to bribery. Even the Malaysia Anti-Corruption Commission is exposed more since they are the one who deals with briber and receiver. You can imagine it by your own why do I list those institutions are exposed to bribery. The government should pay serious attention for institutions which are exposed to bribery closely besides changing their department once in few years and tender open ceremony in public. Those who are found guilty and anyone been caught power misused and corrupted should been fired and it is non-tolerable.
Not only in public sectors, this virus also happened in private sectors. In business, when people are desperately to win any tenders or projects, this is where graft takes place. Your expertise and price sometime is nothing if those who manage the bidding process do not get something beneficial from the vendors. This is where a believe started, if you don't do it, someone else will. Now you will realize, how corrupted our world right now not only action but thinking.
How can we stop all of it? Start if from your home. Stop giving something to our sibling or children in order to ask them shut their mouth if we do something wrong. Nevertheless, I still believe serious campaign can help reduce bribery. I still remember when a student asked our Deputy Rector (Student Affair) about campaign which is to him do not give any impact to student. He answered, "I know we can't see major change but if we stop the campaign, things will get worse". I agree with him. Sometimes, we need more than hundreds times to read the same campaign before we really realize the light inside each word of the campaign.
Above all, religion is the key of all problems. People intend to follow the wrongdoers when the action has become a culture. When time goes by, any wrong action is assumed alright since everybody does it. Make a clear explanation about bribery; what is bribery is all about from smallest to biggest bribe. Convince people the sins behind it and teach them, rezeqi is from the Creator, not from the creations. There is no barakah in life from having such illegal money.
Believe it, bribery is not solving any problem but transparency improves qualities and competitiveness. Oh, I almost forget, we don't give any money to the policeman who stopped us but we have him recorded. Maybe next time you can standby recorder in your car in case you face such situation as I am. You know where you should precede the records. May this small effort help diminish bribery as a start.

Read More...

PTPTN: KEKAL ATAU MANSUH ATAU TAMBAH BAIK?

Isnin, 23 April 2012

 
Perbadanan Tabung  Pendidikan Tinggi Negara atau lebih dikenali sebagai PTPTN menjadi isu hangat sejak awal April 2012. Sekilas pandang menerusi perbincangan di laman sosial Facebook khususnya dan blog-blog secara umumnya, adalah menjadi sesuatu yang memeranjatkan apabila peratusan sokongan terhadap pengekalan dan pemansuhan PTPTN adalah hampir sekata. Bagaimana pula dengan anda?
Tidak mahu untuk saya terlibat dalam perbahasan panjang untuk dikekal atau dimansuhkan PTPTN tetapi lebih suka untuk saya membawa pembaca kepada fokus yang ketiga; iaitu ‘tambah baik’ PTPTN. Secara tidak langsung, kenyataan saya di atas jelas. Kekalkan PTPTN? Ya. Mansuhkan PTPTN? Juga ya, tetapi kepada beberapa faktor pemansuhan dan penambahbaikan.
Siapa tidak mahu sesuatu yang percuma? Rata-rata suka akan perkara percuma termasuklah saya sendiri tetapi terkadang pernahkah kita sendiri merasa puas sekiranya sesuatu perkara itu kita kecapi hasil daripada titik peluh usaha kita sendiri? Perkara asas untuk kita fahami ialah, hutang tetap wajib dibayar kecuali pihak pemiutang menghalalkan segala hutang kita.
Perkara pokok untuk kita hapuskan pada PTPTN ialah kos pengurusan 1% atau sekarang lebih dikenali sebagai ujrah-upah. Sememangnya kos 1% tersebut telah dikemaskini daripada 3% sebelum ini tetapi 1% tersebut tetap tidak relevan untuk dikenakan ke atas mahasiswa. Walau selantang mana pun PTPTN menyatakan 1% tersebut bukanlah kos faedah, realitinya 1% tidak perlu untuk dikenakan ke atas peminjam. Pengiraannya mudah sahaja, sekiranya peminjam meminjam RM14,000 untuk kos pengajian, maka ujrah 1% ke atas peminjam tersebut adalah RM140 setahun. Tetapi bagi mereka yang meminjam RM28,000 pada sepanjang tahun pengajian, maka mereka perlu untuk membayar RM280 setahun. Anda faham akan perkiraan tersebut bukan? Kos ujrah tersebut meningkat dengan meningkatnya nilai pinjaman. Persoalannya ialah, mengapa tidak diselaraskan sahaja satu nilai walau sebanyak mana pun nilai pinjaman? Secara umumnya, peminjam perlu untuk melunaskan segala pinjaman dalam jangka masa 10 ke 15 tahun setelah tamat pengajian. Bolehlah anda mengira sendiri jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu dilunaskan termasuk kos ujrah tersebut, kononnya.
Buat makluman semua, para graduan yang telah menandatangani perjanjian 3% perlu untuk membuat perjanjian semula bersama PTPTN untuk menukarkan kos pengurusan 3% kepada 1%. Apa yang terjadi sekarang ini ialah, graduan yang belum sempat menukarkan perjanjian tersebut walau apa pun alasan mereka telah dikenakan cas tersebut setiap bulan tanpa mereka sedari! Ya, dan perkara tersebut terjadi kepada sahabat rapat saya sendiri yang dikenakan cas RM65 sebulan kerana masih terikat dengan perjanjian lama. Beliau lambat untuk menukarkan perjanjian sedia ada sedangkan RM65 tersebut tidak termasuk jumlah pinjaman semasa, dan dalam erti kata lain, peminjam telah dikenakan faedah setelah beberapa bulan menamatkan pengajian. Mungkin anda boleh menyemak nama anda di laman web PTPTN bagi mereka yang mengambil mudah untuk menukar perjanjian tersebut.
Penghapusan kadar 1% tersebut sudah tentulah sesuatu yang kecil bagi pihak kerajaan berbanding subsidi RM43 billion dengan jumlah tanggungan RM4 billion ke RM6 billion setahun berdasarkan perangkaan untuk 2012/2013. Nilai tersebut sudah tentu membantu ribuan graduan berbanding membantu seorang ahli korporat yang telah menjadi liabiliti kepada Malaysia Airlines sebanyak RM8 billion tetapi telah dihapus kira hutangnya oleh kerajaan sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta walaupun tiga tahun lalu beliau telah diarahkan untuk melunaskan hutang tersebut oleh pihak mahkamah. Sistem sebegini perlu diubah, sistem yang memenangkan mereka yang berduit; tidak bagi rakyat biasa yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mengapa kerajaan boleh memberikan jutaan ringgit pelepasan kepada seorang yang sememangnya sudah berharta dan melakukan kesilapan pengurusan tetapi tidak bagi mereka yang tidak semewah mereka yang berada dan tidak mempunyai sebarang kepentingan ekonomi?
Perkara kedua yang perlu ditambah baik adalah, jadikan PTPTN sebagai pinjaman pemboleh ubah. Selain tidak perlu untuk membayar faedah untuk pinjaman, malah pinjaman tersebut boleh dikurangkan berdasarkan keputusan akhir peperiksaan. Sememangnya langkah kerajaan untuk memberikan pelepasan kepada 11,764 graduan yang mendapat kelas pertama setakat 31 Disember 2011 adalah satu langkah bijak untuk membantu mahasiswa cemerlang yang gagal untuk mendapatkan biasiswa. Walaubagaimanapun, jumlah 11,764 graduan tersebut hanya mewakili berapa peratus daripada jumlah keseluruhan graduan? Haruslah diingat, kebanyakan mahasiswa yang sememangnya cemerlang di dalam akademik telah pun ditaja oleh mana-mana pihak samaada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Intel, Petronas dan sebagainya. Pada hemat saya, lebih berbaloi untuk pihak kerajaan menjadikan PTPTN seperti MARA yang mana graduan akan membayar kos pengajian berdasarkan keputusan akhir peperiksaan. Jangan hanya fokuskan kepada mereka yang hanya mendapat kelas pertama sahaja tetapi kelas kedua atas, bawah dan sebagainya. Sediakan satu jadual pembayaran balik mengikut keputusan akhir pinjaman. Secara tidak langsung, mahasiswa akan lebih fokus terhadap pelajaran sekurang-kurangnya berusaha mendapatkan PNGK 3.0 dan ke atas bagi membolehkan mereka mengurangkan pembayaran balik 50% ke 60% sebagai contoh. 
Mungkin juga PTPTN boleh menjalankan kajian terperinci untuk memberikan pelepasan 100% bagi mereka yang tidak mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama tetapi kelas kedua atas yang aktif dalam aktiviti kokurikulum samaada sukan, kepimpinan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya. Sememangnya manusia dilahirkan dengan kebijaksanaan serta bakat yang berbeza-beza dan kepelbagaian kebijaksanaan dan bakat ini perlu diraikan bersama. Sekiranya cadangan ini boleh diterima pakai, satu sistem yang efektif perlu disediakan bagi menilai keaktifan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum.
Isu disenaraihitam juga perlu untuk dikaji semula. Nama disenaraihitamkan bukanlah sesuatu perkara kecil, ia boleh memberi kesan seumur hidup kepada para graduan. Bayangkan mereka yang baru berusia lewat dua puluhan tetapi telah disenaraihitamkan? Permudahkanlah urusan pembayaran balik walaupun sekadar RM50 sebulan. PTPTN bukanlah sama seperti institusi kewangan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara dan tidak sepatutnya mempunyai kuasa seperti bank-bank. PTPTN juga seharusnya berkerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk selalu menyemak pangkalan data bagi memastikan mereka yang telah melunaskan pembayaran balik dibersihkan nama.
Jumlah RM43 billion yang diperdebatkan bukanlah suatu angka yang kecil. Bukanlah saya ingin menidakkan pendidikan tinggi percuma tetapi saya lebih cenderung untuk memperjuangkan peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat. Kita yang berada di bandar tidak merasa jerih perih mereka yang berada di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. Jumlah tersebut perlu disalurkan dahulu kepada mereka daripada kita yang telah mendapat peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti. Teringat saya ketika satu konvensyen yang pernah saya hadiri bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa, MPM seluruh IPTA di Universiti Tun Hussein Onn, UTHM. Tatkala sebahagian MPM melontarkan isu kelebihan MPM, MPM daripada Sabah dan Sarawak khususnya bercakap tentang kedaifan sekolah di kawasan sekitar mereka. Jangan kita bandingkan sekolah rendah di sekitar Putrajaya, walhal sekolah menengah di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak pun masih lagi berdindingkan kayu, berlantaikan tanah, berbumbungkan daun nipah. Sesungguhnya mereka lebih memerlukan dana RM43 billion tersebut.
Perlu untuk diperjelaskan berkenaan isu PTPTN ini bukan sekadar pemansuhan PTPTN tetapi kelebihan pendidikan percuma kepada mahasiswa. Sememangnya mereka ingin PTPTN dimansuhkan tetapi diganti dengan pendidikan tinggi percuma yakni yuran dipercumakan. Mungkin kerajaan mampu untuk memansuhkan PTPTN dan mengecualikan yuran universiti tetapi kita perlu mengkaji, kebanyakan besar mahasiswa juga menggunakan wang pinjaman tersebut untuk kos sara hidup, membeli buku, pengangkutan dan sebahagian yang membayar sewa rumah bagi yang tidak mendapat penginapan di dalam kampus dan sebagainya. Adakah suatu hari nanti kita akan meminta pula untuk diberikan wang saku percuma? Adakah pengecualian yuran hanya kepada IPTA bukannya IPTS? Bagaimana pula dengan Kolej Komuniti, Pusat Kemahiran dan sebagainya? 20 IPTA di Malaysia tidak mampu untuk menampung semua mahasiswa dan bukannya semua mahasiswa IPTS adalah berlatar belakangkan keluarga berada. Sekiranya PTPTN dihapuskan serta merta dan mahasiswa IPTS disisihkan daripada kelebihan pendidikan percuma, tidak mustahil, ramai yang akan tercicir untuk melanjutkan pelajaran. Umum mengetahui, kos pengajian di IPTS adalah lebih mahal daripada IPTA.
Dasarnya, PTPTN tidak perlu dihapuskan secara terus menerus tetapi sistem yang sedia ada perlu untuk ditambah baik. Hapuskan caj pengurusan 1% dan jadikan pinjaman sebagai pinjaman boleh ubah berdasarkan keputusan akhir peperiksaan dan mudahkan urusan pembayaran balik pinjaman. Bagi yang meminjam, hutang tetap perlu dilunaskan. Adakah mereka yang menuntut untuk menghapuskan PTPTN ini telah membayar walaupun 1 sen? Jangan hanya memikirkan untuk membeli rumah, kereta dan gajet-gajet mewah tetapi leka dan alpa dalam membayar hutang sedia ada. Adalah tidak adil bagi mereka yang komited membayar balik pinjaman sedikit demi sedikit sedangkan mereka yang tidak pernah membayar pinjaman dilepaskan terus daripada pinjaman.

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/ptptn-kekal-atau-mansuh-atau-tambah-baik-1.42419

  http://www.facebook.com/SinarHarian/posts/439030442789124
Read More...

UPAH PEKERJA SWASTA

Sabtu, 31 Mac 2012

Mutakhir ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan untuk menyelaraskan gaji minima bagi sektor swasta selari dengan pelarasan gaji sektor awam. Pengumuman tersebut walaupun masih belum mendapat keputusan yang muktamad namun ia semestinya telah menarik perhatian para pekerja di sektor swasta walaupun rata-ratanya lebih bersikap skeptikal selagi pengumuman rasmi belum diumumkan dan pihak majikan pula memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan hasrat tersebut.

Setakat persetujuan awal Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang dianggotai oleh tiga badan utama, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kementerian Sumber Manusia yang diketuai oleh Menterinya sendiri, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; RM900 adalah cadangan gaji minimum yang akan ditetapkan bagi pekerja swasta. Pada hemat saya, MPGN perlu untuk melaksanakan ia dengan lebih baik.

Isu gaji minimum kedengaran bukan sejak Januari 2012 tetapi sejak tahun 1999 lagi. Selama lebih 10 tahun, MTUC masih belum mampu untuk menuntut hak pelarasan gaji minimum? Itu belum lagi termasuk isu beberapa tahun penyelesaian gaji minimum pegawai keselamatan, gaji minimum pembantu rumah warga asing dan lain-lain. Apakah tindakan yang telah MTUC lakukan selama ini bagi kepentingan pekerja swasta? Kenapa mereka tidak selantang pihak CUEPECS dalam menuntut hak para penjawat awam di negara ini? 

MEF pula sebagai wakil majikan lebih melihat kepada kepentingan dan keuntungan majikan semata-mata tanpa melihat peri pentingnya para pekerja bagi sesebuah syarikat. Benarkah mereka dengan ikhlas untuk memberikan gaji minimum kepada pekerja swasta atau masih memikirkan kekurangan keuntungan mereka saban tahun? Memang tidak dinafikan, masyarakat sering beranggapan gaji pekerja swasta lebih tinggi daripada penjawat awam tetapi kita juga harus ingat, sektor swasta juga terbahagi kepada banyak sektor dan setiap sektor tersebut juga berbeza taraf perniagaannya sama ada kecil, sederhana ataupun besar. Jangan terlampau menyempitkan fikiran memandang syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham dan syarikat multinasional sahaja tetapi kita juga perlu melihat kepada syarikat-syarikat atau kilang-kilang kecil dan sederhana sebagai contoh. 

Kementerian Sumber Manusia pula bagai tidak berfungsi sama sekali. Menterinya sendiri dilihat seperti tidak serius untuk menangani permasalahan membabitkan pekerja di negara ini dan perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan dalam satu sidang media. Apakah yang pihak kementerian telah lakukan untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin? Tidak mustahil bagi pihak MTUC untuk membuat ketetapan hilang keyakinan terhadap kewibawaan Menteri tersebut.

Cukup dengan semua ini. Kita tidak ingin isu yang sudah lebih 10 tahun ini bersambung bagi 10 tahun akan datang. Persoalannya sekarang, kenapa tidak sekarang semuanya berubah? Semestinya MPGN telah melakukan kajian yang mendalam untuk memperincikan isu tersebut. Tetapi MPGN harus ingat, pekerja sektor swasta bukan hanya terdiri daripada sektor am rendah tetapi juga melibatkan mereka yang berpendidikan daripada peringkat diploma ke ijazah sarjana muda khususnya. Ada juga di kalangan mereka adalah golongan professional tetapi masih bergaji diparas yang kurang munasabah atau lebih diketahui sebagai under paid

MPGN mungkin boleh mempertimbangkan beberapa faktor untuk menyelaraskan isu gaji ini. Satu daripadanya adalah berdasarkan faktor kelayakan akademik; sijil dan kebawah, diploma dan ijazah sarjana muda. Adalah tidak adil untuk mereka yang berkelayakan akademik ijazah sarjana muda mempunyai tangga gaji yang sama dengan yang berkelayakan diploma. Di dalam setiap taraf akademik yang sama juga perlu dibahagikan jawatan professional dan jawatan bukan professional. Bukan untuk menidakkan mereka berjawatan tidak professional tetapi itulah realitinya. Mereka yang berjawatan professional mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Mudahnya, kos pengajian mahasiswa kejuruteraan, seni bina dan undang-undang juga berbeza dengan mereka yang mengambil jurusan sains manusia dan pengurusan pejabat. Mengapa tidak tangga gaji mereka lebih tinggi seperti perbezaan tangga gaji seorang doktor dan seorang jururawat walaupun kedua-duanya mempunyai segulung ijazah? Mahasiswa yang menuntut di dalam bidang professional semestinya lebih daripada sudut jam kredit di dalam kelas, tugasan, kuiz, peperiksaan, tahap kepayahan dalam pengajian dan disebabkan itulah mereka dipanggil golongan professional. 

Faktor kedua adalah lokasi. Seorang yang bergaji RM2,000 sebulan di utara Semenanjung semestinya tidak sama dengan seorang yang bergaji RM2,000 sebulan yang bekerja di sekitar Lembah Klang. Matematik mudah, bagi mereka yang menggunakan kereta mahupun pengangkutan awam di Lembah Klang perlu melalui beberapa tol atau stesen LRT untuk ke tempat kerja berbanding mereka yang tinggal diluar ataupun di pinggir bandar. Itu belum lagi jika ditambah dengan kos makanan dan tempat tinggal. Lainlah sekiranya kerajaan berhasrat untuk menghapuskan sistem tol di Malaysia ini.

Kerajaan perlu melihat kepentingan jangka panjang pelarasan gaji minimum ini. Perkara pokok yang perlu difokuskan ialah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Berdasarkan pendedahan bekas Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamad dua tahun lepas, kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah paras RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar. Bagaimana hasrat kerajaan untuk mengurangkan peratus isu rumah dibawah paras kemiskinan sekiranya pelarasan ini tidak dilaksanakan?

Saya pasti selain daripada kebajikan rakyat, pihak kerajaan juga perlu untuk meneliti keupayaan majikan untuk melaksanakan polisi baru ini. Bagi majikan yang mampu pula, adakah mereka akan melaksanakan dasar tersebut demi kebajikan pekerja mereka? Saya beranggapan, 13% bahagian majikan dalam KWSP pun masih lagi ramai yang belum laksanakan. Langkah yang efektif perlu diambil untuk menjadikan hasrat ini terlaksana. 

Bagi para pekerja swasta, perlu juga untuk disemaikan di dalam fikiran bahawa gaji penjawat awam adalah berdasarkan kepada senioriti khususnya, tetapi tidak bagi pekerja sektor swasta yang mengutamakan kualiti kerja seseorang. Tingkatkan kualiti diri dan jadikan diri setanding dengan permintaan majikan swasta. Mereka perlu lebih bersedia sekiranya suatu hari nanti pasaran pekerjaan professional dibuka kepada pihak luar. Adakah mereka bersedia untuk setanding dengan kebolehan dan kepakaran pekerja professional luar negara?

Daripada sudut yang lain, berkemungkinan besar, selepas pengumuman pelarasan gaji ini dibuat, para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan. Mengapa tidaknya, penjawat awam telah diumumkan pelarasan gaji yang baru di bawah SBPA ditambah dengan pelarasan gaji pekerja swasta. Justeru, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memastikan perkara sedemikian tidak berlaku. Sekiranya pihak KPDNKK tidak mampu membendung gejala tersebut, maka sia-sialah usaha menyelaraskan gaji pekerja swasta.

Tidak dinafikan pelarasan gaji ini agak kompleks untuk dilaksanakan tetapi ianya tidak mustahil. Sekiranya bukan pada tahun 2012, setidaknya isu ini sudah tidak lagi kedengaran pada tahun 2020 bagi semua peringkat taraf pekerjaan. Buat permulaan, majikan boleh mulakan untuk memberi elaun, insentif, upah kerja lebih masa ataupun komisyen kepada pekerja yang rajin. Ini secara tidak langsung meningkatkan produktiviti syarikat dan syarikat tidak rugi sama sekali malah langkah sebegini juga secara tidak langsung memberi motivasi kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih gigih. Langkah ini juga lebih adil bagi mereka yang berpendidikan rendah tetapi berkemahiran tinggi dan mereka yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman.

Pada masa yang sama, kerajaan perlu untuk menetapkan kenaikan gaji minimum setiap tahun sekurang-kurangnya 5% ke 10%. Mungkin pada sesetengah pihak, 5% itu terlalu kecil tetapi hakikatnya, masih ramai lagi pekerja yang tidak pernah dinaikan gaji walaupun sudah lebih 5 tahun bekerja disyarikat yang sama. Bonus? Sudah tentulah jauh sama sekali. Bagaimana mereka ini mampu untuk menampung kos sara hidup sedangkan kadar inflasi meningkat saban tahun?

Buktikan isu ini bukan sekadar polemik politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas meningkatkan taraf hidup rakyat, mulakan satu langkah berani melakukan perubahan. Rakyat Malaysia bukan hanya mereka yang bekerja kerajaan tetapi juga mereka yang bekerja di sektor swasta. Buktikan langkah penswastaan bukan satu kesilapan tetapi satu cabaran khususnya kepada Menteri di Kementerian Sumber Manusia. Para pekerja swasta juga menuntut upah yang setimpal kearah kestabilan ekonomi negara.




Read More...
banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita