Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

‘Punching Bag’ 2012

Ahad, 1 Januari 2012





Tanggal 1 Januari 2012 merupakan permulaan sejarah baru kebangkitan mahasiswa di Malaysia yang selama ini dilaung-laungkan hampir 40 tahun dikatakan lesu. Peristiwa yang melibatkan seorang mahasiswa Universiti Malaya yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dipukul sehingga tidak sedarkan diri oleh anggota polis adalah acara pemotongan reben 2012 oleh gerakan mahasiswa secara rasmi!

Adakah nyawa rakyat Malaysia sekarang ini yang juga merupakan mahasiswa terlalu murah? Kadar inflasi negara meningkat tetapi nyawa rakyat susut nilai? Adakah ini wajah ‘Malaysia Baru’ yang dicanangkan oleh Perdana Menteri? Inikah alasan pihak polis untuk menggunakan seksyen 8 Akta Perhimpunan Aman? Terlalu banyak persolan yang timbul mutakhir ini yang wajib dijawab oleh pihak berkuasa.

Ya, sememangnya pihak berkuasa tidak bersetuju dengan Himpunan 1112: Solidariti untuk Adam Adli, tetapi adakah ini penyelesaian terbaik? Mereka  seharusnya ingat, sekali mereka melakukan sedemikian, berjuta kali mahasiswa akan terus berhimpun. Pihak polis mungkin mengambil ‘iktibar’ kesopanan mereka sehingga tercetusnya isu Adam Adli, penutup kontroversi mahasiswa 2011.

Mungkin Adam Adli dianggap sebagai mahasiswa tidak bermoral tetapi bermoralkah mahasiswa yang terlibat dengan ‘aktiviti malam’ yang lain? Saya tertarik pada komen mahasiswa Malaysia yang menuntut di Jordan. Sepatutnya perlu ada pimpinan tertinggi kerajaan yang tampil mengambil hati mahasiswa dengan mengadakan sidang media dan cukup dengan mengatakan ‘Perkara tersebut perkara kecil sahaja  (menurunkan banting). Tidak perlu diperbesar-besarkan. Bebaskan beliau daripada sebarang hukuman.’ Pada hemat saya, rasanya PM sendiri boleh menarik kembali hati mahasiswa walaupun dengan hanya ‘Tweet’ menerusi telefon beliau.

Saya akui bukan semua aktiviti aktivis mahasiswa sebelum ini  saya setujui, terdapat juga sebahagiannya jauh di dilubuk hati saya merasakan ia tidak seharusnya dilakukan dek kerana kurang adab dan sopan di dalam tindakan tersebut namun  tidak bagi kes ini, tidak. Dahulunya saya juga berfikiran, ‘Kenapa tidak hantar sahaja seorang atau berdua untuk menyerahkan sebarang memorandum? Kenapa tidak kutip sahaja referendum dan terus diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab? Kenapa dan kenapa perlunya berhimpun beramai-ramai?’. Akhirnya persoalan demi persoalan tersebut terjawab, sebenarnya, itulah motif yang utama; berhimpun. Bukan kerana makin ramai yang berhimpun, semakin meriah perhimpunan tersebut tetapi bilangan yang ramai tersebut hadir kerana ingin membuktikan sokongan rakyat dan mahasiswa terhadap  sesuatu isu. Beza bukan jika yang berkumpul 10 orang dengan 10 ribu orang? Apatah lagi jika jumlah perhimpunan tersebut mencecah 100 ribu orang.

Sudah pasti kita masih lagi ingat akan peristiwa adik Amirul Rashid yang ditembak polis pada April 2010 yang mana mahkamah telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap pegawai polis terlibat. Kejadian tersebut benar-benar telah memberi satu tamparan hebat bagi anggota polis di Malaysia. Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan membenci mereka bahkan tiga orang saudara terdekat saya juga merupakan anggota polis. Mereka juga manusia biasa dan yang lebih utama, mereka menerima arahan pihak atasan. Saranan saya, kembalikan imej polis, transformasikan seruan ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’.

Mahasiswa bukan medium ‘Punching Bag’ anggota penguatkuasa. Acara ‘perasmian’ semalam benar-benar menandakan kemarahan mahasiswa ibarat luka yang ditaburkan garam. Awas mereka-mereka yang terlibat, jangan terkejut akan natijah PRU-13 nanti, hadiah daripada mahasiswa ‘1Malaysia’.

Kepada aktivis mahasiswa;         Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku.

MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA
MANTAN PRESIDEN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2009/2010


Read More...
banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita