Ada suatu hari. Sedang aku berada di rumah. Ada seorang jiranku datang ke rumah. Dia ingin berjumpa dengan tok ku. Tanpa berfikir panjang, aku terus menjemputnya masuk kerana kenal benar siapa dirinya. Aku pergi memanggil tok ku di bilik nya. Ketika itu, tok ku baru selesai Dhuha.
Tok ku menyapa jiran ku dengan penuh mesra. Belum sempat tok ku melabuhkan dirinya di atas kerusi, jiran ku terus memulakan perbualan. "Hai Minah, aku ada benda nak bagi tau kat hang ni. Semalam anak aku baru balik dari luar negara. Dia cerita kat aku dia ada jumpa ubat yang mujarab buat orang yang berumur macam kita ini." Tok ku terus bertanya, ubat untuk penyakit apa. Jiran ku menjawab, "Ala, ubat sakit sendi la. Bagus ubatnya. Dah di uji di Amerika, London, Arab, Afrika. Kat Jepun dan China pun pakar depa kata berkesan." Permulaan oleh jiran ku menarik minat tok ku untuk terus bertanya lanjut berkenaan dengan ubat tersebut.
Setelah berbual panjang hampir 1 jam berkenaan dengan ubat tersebut, tok ku bersetuju untuk menempah ubat tersebut. "Baguih nya hang, ingat gak kat aku tentang sakit sendi aku ni. Susah sungguh nak duduk solat. Kat mananya aku nak pi beli ubat tu?". Jiran ku menjawab, "Hang nak beli ka? Senang ja. Tempah ja kat aku, anak aku yang juai."
'La, anak dia yang jual ke', detik hati kecil ku.
Kadang-kadang kita fikir, kita buat sesuatu, hajatnya untuk orang lain. Tapi jauh di benak hati kita, secara sedar ataupun tidak, kita lakukan nya untuk diri kita sendiri.
Semoga permulaan nukilan ini, dapat memperbaiki diriku yang lemah..........
How to Expand Your Business with UCaaS
-
Unified Communications as a Service (UCaaS) is one of the most effective
ways to increase efficiency and productivity within your organisation. By
consolid...
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan