Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Kawad Kaki

Ahad, 14 Jun 2009
"Baris,baris............sedia!", arahan ketua platun kepada Platun Terbaik, Platun 1, Rekrut Siri 2 2008. Panas terik, dahaga, tertekan; semuanya bermain di fikiran. "Apa objektif kawad squad?", tanya jurulatih kepada pelatih-pelatih, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
"Menanam semangat ketenteraan dan kerjasama staf!", jawab pelatih-pelatih. "Jadi, kawad la betul-betul!. Korang jangan hisap darah kawan-kawan korang!". 'Tension -tension, mental kena kuat!'. Monolog dalaman setiap pelatih-pelatih kursus.

Inilah antara adegan-adegan semasa berkawad.
Kawad, juga bertujuan memudahkan pergerakan-pergerakan tentera semasa bertempur di medan perang. Bayangkan semua bergerak mengikut kepala sendiri, kan dah susah nak kawal semua anak buah. Baju kena di pastikan bergosok, kasut berkilat, rambut pendek. Senang cakap, kemas dan segak dipandang.

Semasa meluruskan barisan, semua anggota mesti memandang ke
kanan. Pastikan nampak pipi sahabat yang berselang dengan kita. Pelurus barisan akan membetulkan barisan yang bengkok.
Semasa berkawad, arahan yang betul mestilah dibuat dengan pantas dan cergas. Arahan yang salah, jangan di ikut. Kalau di suruh ke kanan, ke kanan la kita. Kalau ke belakang, ke belakang la kita. Janji, tidak silap arahan. Matlamatnya, supaya semua anggota tentera taat dengan arahan ketua.
Kawad dapat melatih semangat kerjasama dan taat? Ya, secara umum tapi jawapan yang tepat. SOLAT.

Luruskan saf di praktikkan dalam kawad. Bezanya, kalau dalam kawad, kita pandang pipi sahabat yang berselang dengan kita, tetapi dalam solat, lurusnya saf dilihat dari tumit sahabat yang berada di sebelah kita.

Nu’man berkata,“Maka aku melihat seseorang melekatkan bahunya dengan bahu kawannya, lututnya dengan lutut kawannya, mata kaki dengan mata kaki kawannya”

(Hadits riwayat Abu Dawud 662, Ibnu Hibban 396, Ahmad 4272)

Dishahihkan Syaikh Al Albany dalam As Shahihah No 32

Pakaian? Bersih dan menutup aurat. Kalau kekemasan yang di utamakan perbarisan, kebersihan dan menutup yang wajib dalam solat berjemaah.

Kenapa lagi solat berjemaah yang terbaik? Ketika berkawad, arahan yang salah tidak akan di ikut, tidak pula boleh ditegur. Anggota yang berkawad akan teruskan arahan yang sebelumnya sampailah ketua platun memberi arahan yang sebenarnya. Tetapi di dalam solat, imam boleh ditegur, melambangkan Islam tidak memandang kepada darjat dan pangkat kerana di dalam tentera, anggota bawahan mesti menerima arahan orang atasan dan menjalankan arahan dengan sebaik-baik nya.

Dari Abu Qosim Al Jadali berkata: Aku mendengan Nu’man Bin Basyir berkata,“Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasalam menghadapkan wajahnya kepada manusia dan bersabda (yang artinya): Luruskan shaf-shaf kalian (3 kali) ! Demi Allah benar-benar kalian meluruskan shaf-shaf kalian atau Allah akan menjadikan hati kalian berselisih”


Moga Allah menjadikan diriku lebih taat kepadaNya, rasulNya dan amir-amir di kalangan kami..............

4 comments:

As berkata...

suka analogi neh

slayerz berkata...

lambat pos...hihi

Tanpa Nama berkata...

btul....
aku setuju dgn ko wan...

slayerz berkata...

lambat pos...hihi

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita