Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Belajar Berenang

Rabu, 30 September 2009

Nak belajar berenang??? Senang jer.....

"Berenang adalah gerakan yang dilakukan oleh manusia atau haiwan sewaktu bergerak di air, dan biasanya tanpa perlengkapan buatan. Berenang boleh menjadi kegiatan rekreasi dan olahragsa. Makhluk hidup berenang antara lain untuk keperluan mandi, mendinginkan suhu tubuh, sewaktu mencari ikan, atau bergerak dari satu tempat ke tempat lainnya di air....."

Itulah yang ditulis serba sedikit tentang apa itu yang dikatakan berenang. "Nak belajar berenang!!!" Adik aku cakap kat abangnya. Senang jer ni. Buku kan banyak. kalau tak paham sangat pun, beli jer Learn Swimming for Dummies (ada la kot buku ni).

"Ok, tak dak hal nya. Nak belajar pa?",
"Apa yang ada?",
"Ish, macam-macam. Gaya bebas ka, kuak lentang ka, katak ka atau pun rama-rama (sama kot dua tu, ntah)."
"Hmmmmmmm, apa yang senang?", adik aku bertanya lagi kepada abangnya.
"Ntah, lebih kurang jer kot. Beza nya, belah belakang, belah depan, ke depan, kebelakang."
"Tak kisah lah, mana-mana pun boleh"

Maka, pembelajaran pun bermula. Bermula la dari modul 1: Perkara Asas tentang Berenang, modul 2: Jenis-jenis Gerakan, modul 3, 4, 5, 6 dan 7. Banyak la gak tapi tak la banyak dari 8 modul kan.

Jeng-jeng-jeng, tibalah hari yang di nanti kan, berenang bersama-sama di kolam renang.

"Heh, sat-sat!!, mana boleh terjun terus. Kena meregang-regang kan badan dulu. Nanti kejang terjun terus. Pi mandi air hujan dulu". Kalut pulak adik aku ni.

Apa lagi, setelah semua nya dah siap sedia, kolam pun terbentang, dush!!!!!

Adik aku lemas!!!!!

Cepat-cepat selamatkan dia. Kenapa pulak ni, berenang dah macam-macam modul.

"Awak ni tahu berenang ke tak ni. Tau tak itu bahagian yang 6 kaki?", tanya pengawal.

"Tau abang. Dah banyak saya belajar"

"Kamu belajar macam mane boleh lemas?"

"Saya ikut modul yang abang saya bagi tu la. Siap hafal lagi."

"Ha, kamu belajar berenang dari dengar dan baca buku jer?"

"Ye la, tak boleh ke??????"

Sabda Rasulullah: "Hak anak atas ibu bapanya adalah diajarnya menulis, berenang dan memanah serta diberikan makanan yang halal." - (Hadis Riwayat At-Tarmizi).

Baginda SAW yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah.

علموا أولادكم السباحة والرماية ومروهم فليثبواعلى ظهور الخيل وثبا

Maksudnya : “Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda.”

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya al-Halal wal Haram fi Islam (الحلال و الحرام في الإسلام) menyebut perkataan ini adalah perkataan Sayyidina ‘Omar ra, ia bukanlah hadith Nabi saw. Perkataan ini termasuk dalam galakan bersukan dan latihan jasmani.


al-ilm illa 'amalin kai syajarah illa samarin.

Ramai orang belajar, tapi tak ramai yang betul-betul paham dan tau apa dia belajar.

Ramai hafiz-hafizah di Taman Ilmu dan Budi. Ramai juga mahasiswa yang belajar tentang Ilmu Wahyu. Ramai lagi yang belajar tentang Pandang Sisi Islam, Ketamadunan Islam dan Ilmu, Etika Kerja dan Professional.

Tetapi berapa ramai yang mengamalkan Ilmu yang di ajar.

Semuanya bergantung pada Iman di hati.

Ilmu dan Iman ibarat basikal; Ilmu tayar hadapan basikal dan Iman tayar belakang basikal. Tayar mana yang menggerakkan basikal? Tayar belakang basikal, dan di kawal oleh Ilmu, tayar hadapan basikal.

Moga Ilmu kami sentiasa berlandaskan Iman, Amin.

2 comments:

incek.loyer berkata...

mantap abg~

izzatghazali berkata...

mantap abg~

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita