Sudah tentu soalan yang pertama yang ditanya oleh moderator, Saudara Rizal tentang blok-blok mahasiswa; Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.
Apakah itu Pro- Mahasiswa dan Pro-Aspirasi?
Wakil UKM mengulas bahawa Pro-Mahasiswa adalah golongan mahasiswa yang terlalu taksub memperjuangkan hak-hak mahasiswa sehingga tidak menghiraukan universiti. Manakala Pro-Aspirasi adalah golongan mahasiswa yang menjalankan sesuatu dengan mengikut guideline yang digariskan pihak universiti. Adakah semua itu boleh diterima pakai?
Pada hemat diri ini, semua mahasiswa yang ingin menjalankan sesuatu di dalam ruang lingkup universiti perlu mengikut guideline yang digariskan universiti. Adakah mungkin mahasiswa mampu untuk mendapatkan kelulusan dan bajet daripada HEP sekiranya kita tidak mengikut guideline yang telah digariskan? Anda, pasti tahu apa jawapan nya.
Sekiranya calon mengulas ketika menjawab sebarang persoalan mengenai siapakah dirinya; bahawa dia akan memperjuangkan isu yang berkaitan dengan suara dan hak-hak mahasiswa, maka calon tersebut akan dilabel sebagai Pro-Mahasiswa. Manakala apabila calon tersebut menjawab bahawa dia akan senantiasa mendokong aspirasi universiti dan negara, maka dia akan dilabel sebagai Pro-Aspirasi. Jadi, apakah jawapan yang sewajarnya?
Menjawab persoalan tersebut, apakah maksud MPP? Sudah tentu Majlis Perwakilan Pelajar dan bukannya Majlis Perwakilan Pentadbiran ataupun Politik. Saya pasti, jawapannya jelas, MPP seharusnya berperanan sebagai wakil mahasiswa di kampus khususnya dan belia am nya di universiti dan juga di peringkat nasional. Selain itu, MPP seharusnya mendokong aspirasi universiti untuk mencapai visi dan misi universiti. Sebagai contoh di Taman Ilmu dan Budi ini, IIICE. Integration, Islamization, Internationalization and Comprehensive Excellence.
Adakah wujud Pro-A dan Pro-M suatu ketika dahulu?
Saudara Masrizal mengulas bahawa ketika beliau bertanding, tidak pernah timbul isu berkaitan blok-blok mahasiswa. Nasihat daripada beliau, apakah yang kemungkinan akan berlaku sekiranya calon tajaan sesetengah pihak menang dan yang lain nya tidak? Tidak lain dan tidak bukan, PASTI mahasiswa di universiti akan berpecah. Sekiranya Pro-Aspirasi yang menang, maka penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa tidak akan membantu dan turun melibatkan diri dalam isu-isu yang diperjuangkan MPP dan juga sebaliknya yang akan berlaku sekiranya Pro-Mahasiswa yang menang dalam pilihanraya kampus.
Maka, pada pandangan saya, ini adalah satu cabaran kepada MPP untuk menyatukan semula mahasiswa-mahasiswa di universiti masing-masing.
Apakah bezanya Politik Kampus dan Politik Tanah Air?
Ini adalah persoalan yang menarik. Mahasiswa kini berpandangan dan mungkin juga pihak universiti, media dan kerajaan; Pro-Aspirasi sering dikaitkan dengan Barisan Nasional manakala Pro-Mahasiswa pula dengan Pakatan Rakyat. Tapi hakikatnya, selepas sahaja menang, calon tersebut WAJIB bertindak sebagai wakil mahasiswa kepada pentadbiran dan juga negara.
Adakah sama Politik Kampus dan Politik Tanah Air? Mari kita kaji bersama:
1) Sekiranya kerajaan Barisan Nasional yang menang pada pilihanraya umum, maka BN akan memegang semua aspek dalam pentadbiran negara sama ada sosial, kewangan, sukan, ekonomi, ketenteraan, pendidikan dan lain-lain. Begitu juga yang akan terjadi sekiranya Pakatan Rakyat yang menang Pilihanraya Umum. Setuju?
2) Sekiranya kerajaan Barisan Nasional menang pada pilihanraya umum, maka seluruh kabinet negara akan dikuasai oleh Barisan Nasional dan begitu juga yang berlaku sebaliknya.
Memang semuanya tidak semuanya 100% berlaku pada peringkat kampus, tetapi kita pasti nampak sedikit sebanyak perbezaan di antara politik kampus dan politik tanah air.
Tetapi saya pasti samaada politik kampus ataupun negara, kedua-dua pihak bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira perbezaan di antara kita.
Mengapa pentingnya politik kampus ini?
6 comments:
benar, sdr firwan telah kupas suatu pandangan yg agak baik.
menarik..
Assalamualaikum Sdr. Firwan,
Saya fikir cabaran besar apabila wujud dua kem yang berbeza sebagaimana sekarang ialah mana-mana puak yang menang PERLU merapatkan jurang yang telah terbelah akibat daripada pilihanraya. Disinilah terletaknya daya kehebatan dan keupayaan seseorang pemimpin pelajar kampus..merapatkan saf yang telah terputus. Diharap sdr, Firwan berada di kalangan pemimpin yang saya maksudkan tersebut. This is the acid test for those who won the campus election, no mattter pro M or Pro A. Selain itu, bukalah selebar-lebarnya horizon pemikiran sementelah menjadi pemimpin Universiti dengan tidak menghadkannya kepada hanya kotak-kotak tertentu sahaja. Justeru itu, intelectual discourse samada dalam saiz kecil atau besar wajar diimarahkan oleh Sdr. dan sekalian pimpinan kampus. Kupas tentang isu-isu seperti value based leadership etc agar bila keluar Universiti nanti Sdr akan mempunyai nilai tambah diri yang jauh berbeza dengan pemimpin biasa universiti.Ikhlas, Masrizal.
p/s: If u have anything please do not hesitate to msg me.

Catat Ulasan