Hulu Selangor 20 Ogos - Bertempat di Bukit Beruntung Golf & Country Resort, Pertubuhan Penawar Satu Malaysia telah menganjurkan dialog bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad Haji Maslan. Turut hadir ahli parlimen Hulu Selangor, YB Kamalanathan berserta ayahanda-ayahanda dan abang long-abang long Penawar.
Rasanya lama sangat tak menulis. Niat masih ada tapi masih mencari masa terluang untuk berkarya. Walaupun aktiviti sosial tidak serancak dulu, tapi masih lagi berpeluang bersama masyarakat. Sabtu lepas sempat bersama Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan untuk berdialog "Peranan Mahasiswa dalam Membantu Memperbaiki Demokrasi" yang audien rata-ratanya mahasiswa UNISEL.
Sekitar program tersebut...
Komen berkenaan dialog tersebut? Saya rasa hadirin lebih berhak menilai. Tetapi saya sendiri sebagai panel tidak berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang diberikan TM; tidak cerdik; tidak menjawab soalan, sekadar membuka mulut menunggu masa berbuka. Rupanya masih ramai ahli politik yang tidak pandai mendengar dan menyumbangkan idea. Macam mana la mereka-mereka ini menguruskan negara. Rasanya mahasiswa yang hadir masih lagi buntu tentang peranan mereka dalam sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan tanah air. They just hear but don't listen!!
http://noorhasilahismail.blogspot.com/2011/08/ahmad-maslan-buat-malu-umno.html
http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/ahmad-maslan-cabar-langgar-auku-mesti.html#ixzz1Wzpsn5HD
http://kasturi89.wordpress.com/2011/09/05/dialog-menteri-langgar-saja/
0 comments:
Catat Ulasan