Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

UIAM, UTM mohon jadi institusi penyelidikan

Ahad, 21 Jun 2009

PUTRAJAYA 19 Jun - Dua buah universiti awam memohon untuk diiktiraf sebagai institusi penyelidikan sebaris dengan empat lagi institusi serupa di negara ini.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, dua universiti itu ialah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Katanya, tiga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) turut menunjukkan minat untuk mencapai taraf sama iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Universiti Multimedia (MMU).

''Ini menunjukkan petanda positif bagi Pengajian Tinggi Negara kerana mereka berani mahu diukur, diaudit dan bersaing untuk bergerak ke hadapan.

''Lebih penting lagi mereka telah pun mempunyai asas yang kukuh dalam memenuhi kriteria sebagai universiti penyelidikan dan ini amat baik," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengumumkan status kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi atau setaraf di sini hari ini.

Dalam pada itu, Radin Umar berkata, pengiktirafan sebagai institusi penyelidikan perlu memenuhi asas dan kriteria yang ditetapkan iaitu kesediaan untuk menjadi cemerlang, mempunyai tenaga pengajar berwibawa dan tertinggi dalam menerajui penyelidikan bertaraf dunia.

''Selain itu penilaian juga adalah melalui penghasilan jurnal berimpak tinggi serta pelan transformasi yang dinilai baik dan terlaksana di peringkat universiti," katanya.

Sementara itu, pemilihan pusingan kedua Universiti Peneraju Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) akan dibuat tidak lama lagi.

''Kita dari semasa ke semasa dalam proses untuk mengembangkan tahap universiti berdasarkan kesediaan mereka untuk cemerlang.

''Apex merupakan satu program untuk kecemerlangan demi melonjakkan IPTA supaya lebih berdaya saing dan memiliki tanda aras seperti universiti di negara maju," katanya.

Utusan Malaysia 20 Jun 2009

Gaya Hidup : Pendidikan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm

2 comments:

qamar_muneera berkata...

salam ziarah..

qamar_muneera berkata...

salam ziarah..

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita