Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Perkampungan Budaya Kuala Pilah

Ahad, 19 Julai 2009
Kuala Pilah 9-12 Julai- Kali kedua rasanya aku ke program baktisiswa. Sebelum ini ke Putatan, berdekatan dengan Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2007 selepas tamat pengajian di Pusat Asasi UIAM (dulunya dikenali sebagai Pusat Matrikulasi UIAM).

Dahulunya, baktisiswa yang pertama aku pergi, dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar UIAM tapi kali ini, dianjurkan oleh Unit Kebudayaan UIAM, unik kan.

Disertai lebih kurang 80 mahasiswa yang bergiat aktif dalam kelab kebudayaan di UIAM. Misalnya, Kelab Perkusi (Percusion), Dikir Barat, Gamelan, Cak Lempong, Teater, Puisi, Angklung, Zapin dan juga Ummu Qura (kelab kebudayaan mahasiswa luar negara).

Ini lah kali pertamanya aku berkeluarga angkat. Ada yang berdua, ada yang bertiga. Aku, Hanafi (Zapin) dan Umar (Ummu Qura) tinggal dengan Pak Cik Mokhtar dan Mak Cik Shamsiah sekeluarga.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah, Program Motivasi dengan pelajar sekolah, sekolah rendah dan menengah, membersihkan kawasan kubur dan tentunya persembahan kebudayaan daripada mahasiswa UIAM.

Persembahan turut disertai dari Yayasan Negeri Sembilan dan juga seorang Profesor yang pakar tentang adat-adat Negeri Sembilan.

"Semoga kehadiran mahasiswa UIAM di Kuala Pilah menjadi asbab dakwah"

0 comments:

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita