Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

60 tingkat

Selasa, 11 Ogos 2009

Lamanya daku tidak menaip. Tidak sempat sungguh. Sementara masa terluang ini, teringat daku kisah dengan adik aku naik apartment 60 tingkat.

Baru sahaja balik daripada makan malam, kami pun terus ke lif nak naik ke apartment kami di tingkat 60. Tinggi tuuuuu, tapi ada lif kan. Tak de hal lah.
Tapi malangnya, nak jadi cerita kan, malam tu lif rosak la pulak.
Bayangkan nak kena naik ke tingkat 60, pergh!!!
Nak buat macam mana kan, nak tunggu pun, technician esok baru kerja.

Jadi kami pun buat plan,
"Apa kata sementara kita nak naik rumah ni, kita buat cerita la. Ok?", aku cakap kat adik aku.
"Boleh ja. Nak cerita apa?".
"Hmm, cam ni, 20 tingkat pertama, kita cita benda seronok ja; 20 yang kedua, kita cita benda yang risau dan 20 tingkat yang last kita cita benda yang sedih. Orait?"
Adik aku tanya"Nak cita pa yang sonok, risau dan sedih?".
"Tak kisah, reka pun tak pa."
."Ok, tak dak hal."

Jadi kami pun mula la naik dari tingkat 1.
20 tingkat yang pertama, kami share benda yang best-best ja, cam sonok p keluar dengan kawan-kawan, sonok main petang-petang, kena marah dengan cikgu masa kat sekolah (pun sonok gak,hehe).

Masuk tingkat yang ke 21, kami pun bertukar cerita daripada yang seronok kepada yang risau.
Cerita benda-benda yang merisaukan cam risau sal study, pointer tak mau naik (turun reti lak, pelik toi), duit tak bape nak cukup, susah nak bahagi masa dan macam-macam lagi la.
Fuh, ok. Sampai dah tingkat 41, 20 tingkat lagi tuuu!!!

Cita sedih lak kan.
Buka la cita, sedara, kawan-kawan yang dah tak bersama lagi (semoga roh mereka di cucuri rahmat, amin), ada kawan-kawan yang kemalangan, sakit dan sebagainya. Cuma tak nangis ja la, macho, haha.

Last-last, kami pun sampai di depan pintu apartment kami.
Aku pun apa lagi, cepat-cepat la suh adik aku buka pintu. Dah penat dah ni, 60 tingkat. Rekod tu.

Tapi adik aku tengok semacam kat aku."Bukan ada kat kunci keta?".
Ha sudah, aku tertinggal kunci kat pintu keta!!!!!!

Begitula kehidupan kita, 20 tahun yang pertama, kita senantiasa inginkan kegembiraan, dengan kawan-kawan, dan sebagainya.

Masuk umur 21 tahun, banyak benda yang merisaukan kita. Pekerjaan, mendirikan rumah tangga, kewangan, anak-anak.


Bila dah masuk 40 tahun, banyak cerita sedih yang kita dengar. Kawan kena penyakit, anak-anak tak datang jenguk sampai lah umur 60 tahun; hampir dengan kehidupan yang abadi.

Akhirnya, kita leka, hidup hanya lah sementara, kita tinggal kan harta-benda kita, anak-anak kita, sahabat handai, segala-galanya. Kalau di dunia, masih lagi boleh untuk kita turun kembali ke bawah tapi dalam kehidupan yang sebenar, masa tidak akan berulang, tetapi pintu taubat senantiasa terbuka bagi hamba-hambaNya.

Semoga kita tidak terlupa untuk membawa kunci pintu syurga, KALIMAH LAILAHAILALAH MUHAMMADUR RASULULLAH. Usaha atas iman, tanggungjawab rukun Islam yang pertama.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.” (Surah al-‘Araaf, ayat 34)

10 comments:

naqish berkata...

menarik.
"60 tingkat"?
iman kt??
itulah indahnya islam ni.
kdg2 kt brada d tingkt iman yg tinggi,dan kdg2 iman kt d tigkat yg rendah.
tp,d sbbkan islam itu indah,
dia bg kt peluang unt kt pilih dn tentukan
tingkat yg mana kt akn terus, dan terus bertapak.
kt dh ada d tingkat2 tu,tinggal lg samaada nak naik atau turun..
..tepuk dada,tanya iman..

Yonggu berkata...

i just can say wah!! and wah!!

Everlasting Eternity berkata...

salam...nice entry...
nk mntak izin nak copy??

nrnag berkata...

salam..60tingkat yg memberi makna beribu2 tingkat..moga bertingkat2 lah amal iman ilmu..teruskan berdakwah..itulah hakikat kehidupan setiap manusia..nice story!

nrnag berkata...

salam..60tingkat yg memberi makna beribu2 tingkat..moga bertingkat2 lah amal iman ilmu..teruskan berdakwah..itulah hakikat kehidupan setiap manusia..nice story!

incek.loyer berkata...

tp ad gk yg cube utk nek smp ting60~ tp xsmpt smp~

NW berkata...

menarik ;-)

Tanpa Nama berkata...

salam...i definitely very hard to say yes for any entry(tak kisah saper2 blog) but this time i feel excited to read your blog .i like your opinion as i believe it sometimes can down my ego to you...

nrnag berkata...

salam..60tingkat yg memberi makna beribu2 tingkat..moga bertingkat2 lah amal iman ilmu..teruskan berdakwah..itulah hakikat kehidupan setiap manusia..nice story!

naqish berkata...

menarik.
"60 tingkat"?
iman kt??
itulah indahnya islam ni.
kdg2 kt brada d tingkt iman yg tinggi,dan kdg2 iman kt d tigkat yg rendah.
tp,d sbbkan islam itu indah,
dia bg kt peluang unt kt pilih dn tentukan
tingkat yg mana kt akn terus, dan terus bertapak.
kt dh ada d tingkat2 tu,tinggal lg samaada nak naik atau turun..
..tepuk dada,tanya iman..

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita