Seperti hari sebelumnya, selepas solat ‘Subuh berjemaah’ dan senam robik, sesi 3 bermula dengan “Bengkel visi Gagasan 1 Malaysia & pencapaian Wawasan 2020 dari perspektif politik, ekonomi, agama & kaum” dikelolakan oleh Dr. Fazley Yaakob. Peserta dibahagikan 5 kumpulan untuk membentangkan aspek-aspek tersebut. Tentunya persembahan terbaik hasil kerja bengkel oleh kumpulan aku dengan bentuk sketsa daripada idea Bakri, UTP manakala kumpulan-kumpulan lain seperti biasa menggunakan kertas mahjong. Sempatlah aku berlakon sebagai pak cik tua yang ditanyakan soalan apa yang pak cik tahu tentang 1 Malaysia. Aku pun selaku orang tua pun jawab la “Yang pak cik tahu kat dunia ni Malaysia ada satu jer. Ke ada dua?”. Boleh la kan nak berlakon sikit-sikit ;-)Selepas pembentangan, kami semua bersiap-siap untuk check-out dan bertolak ke Hotel Impiana, KLCC. Pada sebelah malamnya, Dr. Fazley menjalankan sesi ilmu “Karisma dan ciri-ciri kepimpinan seorang pemimpin agung Tun Dr. Mahathir Mohamad”. Sebenarnya sesi ilmu yang dikatakan ini adalah mock Suara Siswa. Kami diberikan peluang menjadi moderator, panel dan tetamu jemputan dalam Suara Siswa. Panel jemputan dijemput ayah Dr. Fazley, Dato’ Yaakob yang juga mantan Duta Malaysia ke Indonesia. Semestinya para peserta dapat menjalankan sesi tersebut dengan baik sekali, dengan ramai yang boleh bercakap, wakil-wakil MPP, persatuan dan kelab yang aktif dan tidak lupa juga, pendebat-pendebat universiti. “Inilah kali pertama abang tengok panel-panel yang memang boleh bercakap daripada 2 musim Suara Siswa sebelum ini”, kata penerbit Suara Siswa, abang Shahzil. Kemungkinan juga, peserta ini yang akan dijemput untuk Suara Siswa musim baru ini bagi menggantikan MPP. Ini bermakna, MPP-MPP sebelum ini kebanyakan tak pandai bercakap la kan. Bagi aku, itu bukan satu masalah. Adakah ‘pandai’ bercakap menjadi kriteria utama untuk menjadi MPP atau pemimpin mana-mana organisasi? Jangan jadi seperti orang politik yang terlampau pandai bercakap sehingga tidak tahu fakta dan auta (dalam HOT fm ;-)), retorik sedangkan kebajikan kawasan sendiri terabai. Kami bekerja dengan massa dan masyarakat universiti dan cuba sedaya upaya untuk mengaplikasikan ilmu kepada amal. Selepas sesi tersebut, Tuan Syed mengadakan semacam sesi soal jawab. Pada awalnya, aku sudah nampak siapakah yang bakal menjadi 5 yang terbaik apabila soalan ditujukan kepada mereka yang agak menonjol dalam program kali ini. Tetapi, mungkin sudah terlampau ramai yang ditanya sehingga semua 52 orang peserta ditanya. Aku tak dapat lama kerana kena balik ke UIA dengan Dalila kerana ada peperiksaan (EAP) pada pagi Isnin. Komen aku pada hari ketiga, program ini lagi hebat daripada BTN !! Walaupun telah dikatakan program seperti ini bukan untuk mendewakan Tun tetapi sememangnya ia nampak seperti demikian. Apabila diajukan soalan, semuanya memuji dan tiada satu pun kritikan semasa kepimpinan Tun 22 tahun. Adakah semua yang dilakukan semasa Tun memegang tampuk pemerintahan, tiada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Tun? Nampaknya, penganjur program ingin memprogramkan minda-minda mahasiswa untuk berfikiran di dalam kotak, tidak lagi kritikal dan lantang menyatakan sesuatu yang di luar kebiasaan. Kita tidak mungkin mampu untuk lahirkan individu yang sama seperti Tun kerana susuk tubuh kita sudah berbeza apatah lagi persekitaran semasa kita membesar. Tetapi mahasiswa sekarang suatu masa nanti mampu untuk menjadi lebih baik daripada Tun sekiranya kita tidak mengabaikan aspek dalaman mahasiswa, bukan sahaja IQ (intellectual quotient), tetapi juga EQ (emotional), SQ (spiritual), PQ (physical). (sekarang ini makin bertambah _Q nya - disyorkan untuk membaca ESQ karangan Ary Ginanjar atau pun The 8th Habit, From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey ada disebutkan sedikit).
How to Expand Your Business with UCaaS
-
Unified Communications as a Service (UCaaS) is one of the most effective
ways to increase efficiency and productivity within your organisation. By
consolid...
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan