Kehadiran artis gay, Adam Lambert untuk membuat persembahan di Malaysia mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuklah daripada golongan mahasiswa, NGO, parti politik dan masyarakat Malaysia umumnya. Kehadiran Adam Lambert ini dilihat sebagai suatu yang negatif kerana dikhuatiri akan membawa budaya ‘gay’ yang tidak bermoral kepada masyarakat Malaysia khususnya kepada golongan anak muda Malaysia.
Saya secara tegasnya membantah penganjuran konsert Adam Lambert di Malaysia atas beberapa faktor penting. Sebagai golongan anak muda Malaysia, saya bimbang sekiranya imej dan budaya yang ditunjukkan oleh artis ini menjadi ikutan kepada remaja di Malaysia yang sudah sedia parah dengan masalah sosial. Saya melihat para remaja cenderung untuk meniru dan terikut dengan gaya hidup dan budaya yang dibawa oleh artis-artis seperti ini. Justeru, saya mewakili masyarakat Malaysia juga golongan mahasiswa membantah dan tidak bersetuju dengan penganjuran konsert ini.
Saya merasakan, jika kita mahu melihat masa depan Malaysia yang cerah, penekanan dan penegasan terhadap budaya barat yang masuk ke Malaysia tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan. Ini bukanlah bantahan pertama daripada masyarakat terhadap penganjuran konsert-konsert artis barat kerana suatu waktu dulu masyarakat Malaysia pernah membantah penganjuran konsert Avril Lavigne di Negara ini, namun tindakan dan respon terhadap bantahan-bantahan sebelum ini tidak diambil peduli oleh pihak kerajaan. Jika kerajaan terus mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak serius terhadap perkara ini, saya khuatir ianya akan memberikan kesan yang buruk terhadap perkembangan sosial masyarakat di Negara ini yang amat mementigkan nilai-nilai ketimuran.
Saya ini bukanlah golongan anti hiburan tetapi saya merasakan hiburan-hiburan yang diadakan haruslah bertetapan dengan norma dan tatasusila masyarakat yang dipraktikkan di negara ini. Ini kerana saya memandang hiburan sebagai salah satu pendidikan kepada masyarakat. Jika kita salah memberi pendidikan kepada masyarakat, maka punahlah masa depan masyarakat yang kita sayangi. Hiburan yang diterapkan kedalam masyarakat seharusnya adalah hiburan yang mendidik jiwa malah pihak berwajib juga hendaklah meneliti dan menapis hiburan-hiburan yang ingin dianjurkan oleh sesetengah pihak bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur negatif menular kedalam masyarakat.
Dimaklumi bahawa pihak yang bertanggungjawab untuk meluluskan penganjuran konsert daripada artis luar negara adalah Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang ditubuhkan dan diwujudkan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001. Ianya jelas bahawa kelulusan sesuatu penganjuran konsert artis luar negara adalah dibawah tanggungjawab Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Oleh itu, pihak kementerian yang terbabit perlulah mewujudkan polisi yang ketat dan tegas didalam prosedur penganjuran konsert jika ada pihak ingin menjemput atau menaja mana-mana artis luar negara untuk membuat persembahan di Malaysia. Sebagai contoh, hanya membenarkan artis yang bebas daripada imej, kelakuan dan budaya yang tidak bermoral sahaja untuk membuat persembahan di Malaysia. Saya yakin, masih ramai lagi artis antarabangsa yang relevan untuk dijemput membuat persembahan di Malaysia sebagai contoh Maher Zain dan Cat Steven. Oleh yang demikian, ianya tidak harus dijadikan alasan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk terus membenarkan artis yang tidak bermoral untuk membuat persembahan di Malaysia dengan hanya memikirkan keuntungan wang semata tanpa mempedulikan keruntuhan moral yang bakal menular kedalam masyarakat.
Isu Adam Lambert ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak tetapi haruslah diambil dan dipandang secara professional dan dari sudut positif demi kebaikan semua pihak. Perkara ini hendaklah dipandang serius kerana ianya melibatkan masa depan dan persoalan akiqah umat Islam. Justeru, pemantauan yang ketat daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Malaysia adalah sangat mustahak dan perlu. Saya mengajak masyarakat Malaysia agar membantah penganjuran konsert artis ini dan artis-artis yang tidak bermoral yang boleh memberi kesan yang buruk kepada masyarakat Malaysia.
6 comments:
http://www.youtube.com/watch?v=LuQBMp7l9xA
Ulasan perwakilan mahasiswa selepas keluar dari stadium.
http://www.youtube.com/watch?v=ulyIGfgHCQY
Assalamualaikum..
Boleh x minta src buatkan memorandum membantah islamic fashion show yang tidak melambangkan pakaian islami..
MPPK dah buat memorandum kepada PM. Sila rujuk:TQ ;-)
http://hotfile.com/dl/59954120/aa080f8/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part1.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954122/5088f5c/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part2.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954124/afede79/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part3.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954132/55ab5dd/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part4.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954134/367ca71/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part5.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954158/3ecb8ad/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part6.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954402/84f1e1d/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part7.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954782/023f83b/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part8.rar.html
MPPK dah buat memorandum kepada PM. Sila rujuk:TQ ;-)
http://hotfile.com/dl/59954120/aa080f8/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part1.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954122/5088f5c/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part2.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954124/afede79/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part3.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954132/55ab5dd/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part4.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954134/367ca71/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part5.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954158/3ecb8ad/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part6.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954402/84f1e1d/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part7.rar.html
http://hotfile.com/dl/59954782/023f83b/Breach.2007.DvDrip.aXXo.part8.rar.html
isu begini juga yg keluar di star smlm 27/2,....seolah2 ramai yg menutup mata dgn membenarkan artis luar negara mengadakan konsert tanpa melihat background mereka terlebih dahulu...
Catat Ulasan