Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Fenomena pekerja asing di Malaysia: Antara kepentingan dan keselamatan negara

Ahad, 10 Oktober 2010

Malaysia telah mengalami proses migrasi penduduk dalam tempoh sejarah yang panjang dan menjadi destinasi tumpuan yang popular terutamanya dari negara-negara Asia Tenggara. Ketidakseimbangan pembangunan ekonomi, status diri dan kekurangan sumber tenaga di negara asal merupakan punca utama kepada kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Secara umumnya, pengambilan pekerja asing di Malaysia adalah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu seperti sektor perladangan, pembinaan, perkhidmatan, perkilangan dan pembuatan. Transisi ekonomi Malaysia daripada berorientasikan pertanian kepada industri perkilangan dan pembuatan memberi impak yang besar kepada pembinaan guna tenaga samaada pekerja mahir, separa mahir mahupun tidak mahir. Peningkatan produktiviti yang dijana melalui pekerja asing ini telah menambahkan jumlah eksport negara.

Peranan yang disumbangkan oleh pekerja asing terhadap perkembangan ekonomi negara terutamanya dalam peningkatan KDNK dan perbelanjaan agregat adalah relevan. Dari sudut ekonomi, kerajaan telah mengambil langkah bijak dalam mengawal kenaikan gaji buruh dan inflasi. Melalui kaedah ini juga, kerajaan dapat mengurangkan penggunaan wang yang banyak untuk membayar gaji atau upah kepada pekerja asing ini.

Namun begitu, saya melihat kebanjiran pekerja asing separa mahir dan tidak mahir secara berterusan dan tidak terkawal boleh memberi impak negetif kepada aspek ekonomi tempatan, kesejahteraan sosial, keselamatan negara dan kestabilan politik. Lambakan warga asing yang terdapat di Malaysia dilihat tidak selari dengan rekod warga asing yang berdaftar dengan agensi pengambilan warga asing. Saya khuatir sekiranya lambakan warga asing ini tidak dikawal, ianya akan mendatangkan implikasi yang buruk dan boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun di mata dunia.

Saya melihat kemasukan pekerja asing yang tidak terkawal juga boleh mengancam kesejahteraan sosial negara terutamanya dalam aspek kesihatan. Ini kerana, ada diantara pekerja asing yang masuk ke negara ini dengan tidak menjalani pemeriksaan kesihatan yang ditetapkan. Kebanyakan pekerja asing adalah dari negara mundur dan mempunyai tahap pengawalan kesihatan yang rendah. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan telah mendedahkan bahawa 80 peratus pekerja asing disektor perladangan telah dikesan sebagai pembawa virus HIV. Berdasarkan analisis dan pemerhatian Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), kebanyakan kes HIV dikalangan pekerja asing adalah disebabkan penyalahgunaan dadah.

Selain itu, kemasukan pekerja asing yang tidak dikawal juga boleh mendatangkan impak kepada peningkatan indeks jenayah di Malaysia. Kelonggaran pengawasan di sempadan negara dan pengurusan yang kurang efisen terhadap pekerja asing terutamanya yang tidak sah telah menyebabkan aktiviti jenayah semakin berleluasa. Diantara aktiviti-aktiviti jenayah yang dikaitkan dengan pekerja asing ialah pergaduhan, rompakan, penyeludupan, pemerdagangan haram, pembunuhan dan juga pelacuran. Pada tahun 2008, Kementerian Dalam Negeri pernah melaporkan bahawa sebanyak 14,809 daripada 37,446 banduan di Malaysia adalah dikalangan pekerja asing yang tidak sah. Jumlah ini dikatakan telah melebihi 28 peratus daripada kapasiti yang boleh ditanggung oleh penjara-penjara di Malaysia. Justeru, saya melihat perkara ini haruslah dipandang serius oleh pihak-pihak berwajib demi untuk kestabilan dan kesejahteraan negara.

Dalam arus kemodenan ini, keperluan kepada pekerja asing adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sumbangan mereka dalam membantu penjanaan ekonomi negara adalah masih relevan. Namun, apa yang lebih penting ialah kawalan dan penggubalan dasar pengambilan ini perlulah relevan dan selari dengan permintaan semasa supaya kemasukan mereka ini tidak mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.




0 comments:

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita