Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

SERINGGIT & LIMA PULUH RINGGIT

Isnin, 12 Disember 2011



Singgit      : Assalamualaikum lima ploh. Apa khabar? Lama tak jumpa.

Lima ploh : Hai singgit. Aku sihat ja. Biasa la, sibuk sikit kebelakangan ini.

Singgit      : Ya ka. Apa yang disibukkan sangat kau ni lima ploh?

Lima ploh : Biasa la aku ni singgit. Semalam aku kat hotel 5 bintang. Ada dinner dengan klien. Tu pun baru 
                  jer balik dari England dua hari lepas, ada bisnes sikit dekat sana.

Singgit      : Sibuknya kau lima ploh.

Lima ploh : Tu baru sikit tu. Tiap-tiap hari merata aku pergi. Selalunya kat pub, kelab malam, disco. Kat 
                  restoran mahal-mahal, shopping complex jangan cakap lah. Tempat main aku saja tu.

Singgit      : Fuh, gile la kau lima ploh, merata kau pergi.

Lima ploh : Well, you know me. Yang kau duk tanya-tanya aku ni, kau pulak ape cite bro?

Singgit      : Segan lah aku nak bagitau.

Lima ploh : Laa, apa yang nak disegannya dengan aku ni singgit?

Singgit      : Ha la, aku ni tak la selalu sangat outstation macam kau lima ploh.

Lima ploh : Ala, setakat outstation tu, apa la sangat. Ha, kau duk busy apa sekarang ni singgit?

Singgit      : Hmm, aku? Aku dengan singgit-singgit lain, nak ke mana lagi, macam biasalah. Dalam tabung   
                  masjid dengan surau saja la.

Lima ploh : Oh, tapi bukan dari zaman badang lagi ke sana saja kau pergi ke?

Singgit      : A’a, betul juga cakap kau tu, tak perasan juga aku.

Dari Asma' binti Abu Bakar r.a., bahawasanya dia datang kepada Nabi s.a.w. Lalu beliau bersabda: "Janganlah kamu kikir, maka Allah kikir kepadamu. Berilah sesuatu menurut kemampuanmu."

(Hadith riwayat Bukhari)


Read More...

Dialog Mahasiswa bersama Timbalan Menteri

Rabu, 24 Ogos 2011

Hulu Selangor 20 Ogos - Bertempat di Bukit Beruntung Golf & Country Resort, Pertubuhan Penawar Satu Malaysia telah menganjurkan dialog bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad Haji Maslan. Turut hadir ahli parlimen Hulu Selangor, YB Kamalanathan berserta ayahanda-ayahanda dan abang long-abang long Penawar.

Rasanya lama sangat tak menulis. Niat masih ada tapi masih mencari masa terluang untuk berkarya. Walaupun aktiviti sosial tidak serancak dulu, tapi masih lagi berpeluang bersama masyarakat. Sabtu lepas sempat bersama Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan untuk berdialog "Peranan Mahasiswa dalam Membantu Memperbaiki Demokrasi" yang audien rata-ratanya mahasiswa UNISEL.

Sekitar program tersebut...

 







Komen berkenaan dialog tersebut? Saya rasa hadirin lebih berhak menilai. Tetapi saya sendiri sebagai panel tidak berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang diberikan TM; tidak cerdik; tidak menjawab soalan, sekadar membuka mulut menunggu masa berbuka. Rupanya masih ramai ahli politik yang tidak pandai mendengar dan menyumbangkan idea. Macam mana la mereka-mereka ini menguruskan negara. Rasanya mahasiswa yang hadir masih lagi buntu tentang peranan mereka dalam sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan tanah air. They just hear but don't listen!!

* mantan Presiden MPP UIAM

http://noorhasilahismail.blogspot.com/2011/08/ahmad-maslan-buat-malu-umno.html
http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/ahmad-maslan-cabar-langgar-auku-mesti.html#ixzz1Wzpsn5HD
http://kasturi89.wordpress.com/2011/09/05/dialog-menteri-langgar-saja/

Read More...

Kuih Raya 1432H terhangat di pasaran!!!

Rabu, 6 Julai 2011

Kuih, kuih, siapa mau kuih raya? Kuih raya terhangat pasaran kini kembali dengan empat resipi terbaru; Apple Mix Fruit berinti kismis di dalam, Golden Oat, kuih raya penuh rasa oat berkacang rangup dan Coco Badam, sesuai untuk pengemar coklat. Bagi peminat Tat Nenas, resipi terbaru di pasaran, Tart Blueberry semestinya berperisa blueberry yang semestinya dicuba!!!

Juga terdapat kuih-kuih evergreen yang diperbaharui. Tiada hanya rasa tepung, kuih Rad'Mas menjamin kepuasan menikmati kuih raya dihari lebaran.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli ataupun menjadi PENGEDAR, 
sila email, pm @ mesej ke 012 582 9252. 


Read More...

Lilit songkok UIA

Jumaat, 8 April 2011
Walaupun lama tak terupdate, tapi tengok visitors masih lagi ramai. TQ for visiting ;-)

Untuk update yang simple dan cepat...





Sesiapa yang berminat, boleh la hubungi di email. Terima Kasih ;-)

Candid beberapa model...





Jangan marah yer para model sekalian. 
Selamat menghabiskan exam yang tertinggal =)


Read More...

Berehat sebentar...

Jumaat, 1 April 2011
Blog akan diupdate selepas selesai semua exam dan final year project.

Selamat menjawab peperiksaan ;-) Read More...

BH - Mar 17, 2011 - Anak muda jamin masa depan gemilang

Jumaat, 18 Mac 2011


Read More...

Cerita disebalik referendum...(Part 1)

Isnin, 14 Mac 2011
Sebelum Presidential Council...

Rasa ramai yang maklum 24 Januari 2011 lepas SRC 2009/2010 dah diadakan AGM. Pada masa yang sama SRC telah serahkan satu referendum kepada Rector IIUM melalui Deputy Rector (Student Affairs), DRSA dan satu memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi melalui Timbalam Menteri Pengajian Tinggi, TM KPT. Bagi sesiapa yang belum lagi tahu isi dalam referendum dan memorendum tersebut, boleh la rujuk ke http://src-iium.blogspot.com.

Tapi berapa ramai yang tahu cerita sebelum dan selepas penyerahan referendum dan memorandum tersebut? Nukilan kali ini akan menfokuskan lebih kepada referendum. Apa bezanya referendum dengan memorandum? Cari jer laman web Dewan  Bahasa & Pustaka.

(réferéndum) pemungutan suara rakyat berhubung dgn sesuatu dasar politik, dsb yg penting, pungutan suara: dgn ~ ini, semua rakyat ditanyai buah fikiran mereka berkenaan sesuatu masalah yg besar;

manakala memorandum bermaksud catatan atau peringatan utk masa yg akan datang dan beberapa maksud yang lain. 

Kenapa yang diserahkan kepada Rector dinamakan referendum bukannya memorandum? Inilah cerita sebelum penyerahan referendum tersebut. Sebabnya memorandum yang dihantar hanyalah atas nama SRC IIUM 2009/2010.

17 Januari 2011 iaitu lebih kurang satu minggu sebelum AGM SRC, kami telah menjemput former dan current presidents dari KBS, MRC dan juga CENSERVE.

1) Kenapa former juga dijemput sedangkan semuanya tenureship dah tamat?

Former yang tahu permasalahan selama satu tahun yang lepas. Jadi former president boleh menjadikan pengalaman mereka sebagai president untuk berkongsi masalah sepanjang menjadi president dan mahasiswa UIAM. Lagipun rata-rata former president adalah final year. Jadi, sudah hampir 4 tahun di UIA, sudah 'masak' rasanya asam garam kehidupan di sini.

2) Kenapa pula current president?

Referendum yang dihantar bukan atas niat 'saja-saja'. Mahasiswa mahukan yang dibincang dan ditulis dalam referendum tersebut diambil tindakan dengan serius. Kami mantan hanyalah mampu meluahkan segala perasaan terpendam selama ini tapi sudah tidak mampu untuk bertindak atas kapasiti sebagai president. Moga atas perkongsian pengalaman, current president mampu bersedia kerenah-kerenah yang bakal mereka hadapi. Lagipun, mantan memerlukan mereka untuk meneruskan legasi yang sedia ada, moga mereka dapat memastikan tuntutan dalam referendum diambil serius.

3) Kenapa 17 Januari 2011, bukannya lebih awal daripada itu?

Referendum adalah langkah akhir yang mampu kami usahakan selepas usaha selama satu tahun dipandang enteng. Kalau saya admin, yang menerima referendum pada awal ataupun tengah tenure, saya akan cakap; "Kenapa kamu tak jumpa kami elok-elok bincang?", so kalau kami dapat dialog tersebut selepas hantar referendum, kami dah ada argument "Dah setahun dah kami jumpa, buat surat complain, meeting, tak ada apa pun jadi". Masa awal tenure, semua masih menjadi rentak dan mengumpul semua masalah yang ada untuk dibawa keperingkat atasan manakala masa selebihnya untuk memberi masa diambil tindakan dan follow up.

4) Kenapa pula CENSERVE?

Hajat kami bukan sahaja nak jemput CENSERVE tapi semua clubs, society dan associations kat UIA ni tapi apakan daya, SRC bukanlah payung bagi semua club seperti universiti lain (saya pun tak rasa club mahu dipayungi oleh SRC) dan biarlah semua dibawah department dan division yang sedia ada. Lagipun SRC tak ada semua contact number club (SRC tiada privilege untuk dapatkan database), cuma dapat contact number CENSERVE. Maaf la yang berminat untuk join tidak dihubungi.

5) Kenapa perlu untuk jemput semua clubs, societies dan associations kat UIA?

Saya pasti, they become leader @ president not just because they perform well in their previous post but because they have their own follower dan ada influent masing-masing. Bagi membincangkan isu-isu besar di UIA dan menetapkan balik hala tuju UIA, saya pasti perbincangan akan jadi lebih matang. 17 Januari 2011 telah melakar sejarah mahasiswa UIAM yang bersama-sama membincangkan masalah dan isu-isu mahasiswa di 'Taman Ilmu dan Budi' ini. Diwakili president seperti diwakili seluruh perwakilan clubs, societies dan associations di UIA menjadikan referendum lebih kuat. Mahasiswa UIA saya pasti banyak terlibat dalam melakar sejah di UIA dan tanah air, tapi malangnya, tidak dibukukan dan tiada dalam buku sejarah sudah pasti.

SRC walaupun teorinya mewakili seluruh mahasiswa UIAM, tapi 16 exco di Gombak tidak sama kekuatannya dengan 16,000 mahasiswa UIAM. Sebenarnya, semua isu-isu yang dibentangkan didalam referendum telah pun kami maklum dan ada diantaranya kami tahu jawapan (atau alasan?) daripada pihak berwajib, tapi biarlah mereka bangkitkan sekali supaya pihak berwajib tahu, perbincangan kami sebelum ini bukanlah omongan kosong dan hanya cerita dan masalah rekaan. 

Selepas Presidential Council, sebelum AGM...

Semua yang hadir telah dimaklumkan kami akan email semula referendum tersebut untuk disemak. Memandangkan ada 4 kumpulan membincangkan tentang Facilities, Security, Academic & Finance dan Biah Solehah, bukan semua buat proper sentence dan perlu disaring terlebih dahulu mana yang terbaik. Referendum juga perlu didraf dan mendapatkan khidmat bakal peguam untuk memastikan ayat dan perkataan yang terbaik digunakan. Complicated gak kan? Itu yang ramai tak tahu. Perlu diingatkan disini, referendum tersebut, SRC chair the discussion tapi main ideas semua daripada tetamu jemputan. Jadi semua yang didalam referendum tersebut mainly hasil perbincangan president dan wakil yang hadir. Semuanya kami raikan untuk rasa kebersamaan menyesaikan masalah dan isu bersama.

Dah selesai draf, kami emailkan balik ke semua president dan wakil yang hadir (telah kami kumpul semua email dan nombor telefon masa pendaftaran Presidential Council). Kami juga dah maklumkan awal sila semak email untuk periksa jika terdapat sebarang bantahan @ pindaan dalam email. Selepas email, kami mesej untuk makluman. Kami tidak dapat sebarang respon @ reply dari sesiapa berkenaan referendum tersebut. Jadi samaada;

1) Semua bersetuju tanpa sebarang pindaan, atau,

2) Email tersebut tak dapat, mungkin sending fail, atau

3) Dapat tapi tak sempat nak cek email.

4) Mungkin ingat SRC just inform (tapi dah tulis minta respon kan, hmm)

5) Ataupun malas nak layan???

Selepas merujuk bakal lawyer yang ada, respon mereka kalau no reply meaning, no respond. In law, later on if we inquire on that issue, semua boleh cakap semua tak promise apa-apa. So, sort of not bind kat semua yang terlibat untuk perform apa yang terlibat dalam referendum tersebut. 

Tapi memandangkan semua telah dibincangkan dan tiada bantahan dalam perbincangan, kami assume semua bersetuju kerana selepas perbincangan kumpulan, tiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan untuk dinilai sebarang pindaan atau tambahan daripada kumpulan yang lain. Kenapa perkara ini turut dinukilkan? Kisahnya selepas referendum tersebut dihantar.

Sepatutnya, prosedur yang terbaik, semua hendaklah respon samaada setuju ataupun tidak supaya menyenangkan semua pihak dan menguatkan persetujuan bersama. Selepas semua bersetuju, baru akan tandatangan. Kami meminta semua yang hadir dan terlibat dalam perbincangan menurunkan tandatangan awal tanda bersama membincangkan dan bersetuju perkara tersebut dibawa ke pihak atasan. 

Teori, tidak semudah praktikal. Katakan, selepas siap referendum dan semua telah pun semak, kami terpaksa jumpa setiap seorang @ pun jumpa di suatu tempat untuk dapatkan tandatangan. Rasanya kami boleh dapatkan semua tak? Kecuali lah semua akan bagi argument sama dengan admin, "Tak try, mana tahu lagi." Hmm, no comment...

Sebelum AGM...

Petang sebelum AGM, kami minta untuk semua hadir di Main Audi untuk taklimat berkaitan penyerahan referendum. Tak ramai yang hadir, mungkin ramai yang kelas. Kami cuba untuk tunjukkan mahasiswa bersama dalam penyerahan referendum tersebut dan kehadiran tiap president mewakili mahasiswa yang ramai. Alhamdulillah, malamnya, ramai yang hadir. Terima kasih sudi meluangkan masa bersama. 

Sebenarnya, sebelum berjumpa untuk sesi taklimat sebelum itu, saya jumpa dulu dengan DRSA untuk membincangkan beberapa perkara. Perkara pertama, kena tegur dulu kenapa jemput TM KPT tak melalui UIA? Senang jer jawabnya, kalau saya jemput pun, bukan UIA bagi. So, dia kata la kalau orang kat pejabat bawah tak bagi, tulis surat through dia, dia akan bagi. Jadi, buat semua mahasiswa, kalau try pegawai tak bagi, through DRSA terus jer senang. Kisah sebenarnya, saya bagi tau jer pun kat UIA, ke dua orang pegawai. Pegawai mesej balik, kenapa jemput dia? Kalau dapat mesej macam tu,  faham la kan, kalau nak jemput through officer, jawabnya tak lepas la. Kalau dah kat dia tak lepas, try pula DRSA, dia akan cakap, "Kan haritu tak bagi, kenapa pergi kat DRSA lagi?". Sebab sudah pasti DRSA akan maklumkan pegawai dibawah bidang kuasanya. Director S-DEV pula mula-mula tak reply jadi sent la kali kedua,dia cakap ok jer. Sebab masa hari kejadian, DRSA tanya pegawai, pegawai tersebut cakap tak tahu, haish. Dia siap reply lagi kot tanya kenapa jemput, boleh pula lupa. 

Kenapa perlu dijemput KPT? Antara Menteri dan TM, personally TM lagi senang diaproach. Less bureaucracy (siapa yang datang AGM malam itu boleh faham). Saya mesej jer pun sebenarnya jemput dia. Bila dah KPT tengok kita serah referendum tersebut yang disokong oleh president-president yang ada di UIA ni, maka harapnya UIA akan ambil tindakan yang lebih serius.

bersambung...


"Joining Hands for the Betterment of IIUM"

Mohd Faiz, President of EMSS 2010/2011 representing  all KBS, MRC and clubs handed over the referendum to the President of SRC IIUM 2009/2010.
Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, DRSA on behalf of the Honourable Rector IIUM received the referendum from SRC, KBS, MRC and clubs.
Dato' Saifuddin Abdullah, Deputy Minister received the memorandum on behalf of Ministry of Higher Education.

 IIUM students' leaders 'joining hands' in handling over the referendum. 
Thanks for your support throughout our tenureship.

"Ramai yang pandai mengkritik, tapi tak pandai menerima kritikan. 
Ramai yang pandai bercakap tapi diri sendiri tidak pernah bertindak. 
Ibarat air besar sampan tak hanyut" 

Read More...

HM - Mar 7, 2011 - Pilihan raya kampus didik mahasiswa jadi warga terpelajar

Isnin, 7 Mac 2011


Read More...

‘Pedulisme’ jamin masa depan gemilang.

Isnin, 28 Februari 2011



Read More...

3RD REPORT SEM 2 2010/2011

Jumaat, 25 Februari 2011
ENGINEERING CONSTITUENCY


ACCREDITATION FOR KULLIYYAH OF ENGINEERING

Last semester we received a complaint from our graduated student that Kulliyyah of Engineering, KOE has problem with accreditation. The problem raised when the student had went through an interview with Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. Before the interviewed, JPA told the student that his degree is not accreditation by Malaysian Qualifications Agency, MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) previously known Lembaga Akreaditasi Negara, LAN. We had forwarded this issue to the Director of Student Development Division (S-DEV) and Deputy Dean KOE. Our Kulliyyah had check with JPA the KOE status with MQA and it seems that JPA did not update their database.

KOE had followed up JPA and they had updated their database. For further information, kindly refer to http://www.bem.org.my/v3/index.html and http://pengiktirafan.jpa.gov.my/ about accreditation.


TUNNEL FROM KULLIYYAH OF ENGINEERING TO MAHALLAH HAFSA

By referring to our report 3RD REPORT SEM 1 09/10, an action had been taken where we already consulted with the IIUM Properties (IP) on this matter on 24th June 2009. Some pictures of the tunnel were attached with the complaint letter.

On 19th October 2010 after Down to Earth at Mahallah Hafsah, from the surveys that we had conducted, we found that there still flood whenever heavy rain and the students cannot use the tunnel. Thus, we resent a letter to IP with the reference number IIUM/SRC0910/PRES/I/13 and carbon copy it to Deputy Rector (Student Affair), Director of Student Development Division (S-DEV) and Head of Mahallat Administration & Coordination. SRC had a meeting with Br. Haslan, IIUM Properties (IP) in charge of all Kulliyyah's maintenance in IIUM.

Date : 5th January 2011

Time : 3.45pm- 4.30pm

Venue : IIUM Properties Management Services Division

The meeting conducted was referring to the letter sent by SRC dated 25th October 2010. After SRC's visit (Down to Earth) to Mahallah Hafsa on 28th September 2010, we received a lot of complaint with regard to the unsafe condition of a tunnel located near to Kulliyyah of Engineering building. The tunnel was unsafe because:

1. It will flood when raining.

2. During days, lot of tadpoles and other strange animals like snake will be there.

3. The path is watering and very dirty with rubbishes.

Thus, we have sent a letter to IIUM Properties to take an action to the matter forwarded to them. However, due to the late response from the IP, we have set to meet them to discuss the matter personally to figure out the issue ourselves. Here are the responses by the IIUM Properties:

1. The issue actually came from the leaking pipe under the road corner to Clinic and Education. If you notice, there is once in a time, a repair of the leaking pipe was constructed at that area. It was at the early semester 2 2010/2011.

2. However, the pipe is leaking again and need to be repaired. But, the reparation of the pipe would cause the water supply in all IIUM to be cut off for few days.

3. Hence, the decision to repair the pipe will take some time by the management of IP since they have to consider the use of water is prioritize to students here.

4. However, for the construction of the path of tunnel, it will be done very soon. IP will call a contractor to tar the road as soon as possible.

We truly hope that the promises made by the administration will be put into some action. Thank to IIUM Properties (IP) the person in charge of all maintenance in all kulliyyah in IIUM, Br. Haslam.


If you have any ideas on how to improve SRC 2009/2010, kindly forward your comments to http://src-iium.blogspot.com. You are also invited to visit our office at level 4, above CCAC.


MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA
PRESIDENT
STUDENTS’ REPRESENTATIVE COUNCIL 2009/2010

AHMAD KHAIRUL AZMAN MOHD SALLEH
SPIRITUALITY & ISLAMIZATION SECRETARIAT
STUDENTS’ REPRESENTATIVE COUNCIL 2009/2010

Read More...

PRK UIAM 2011

Isnin, 21 Februari 2011
16 Februari 2011, KAED Gallery IIUM dipenuhi dengan mahasiswa mahasiswi yang bakal bertanding pada sesi pemilihan SRC 2010/2011. Dengarnya semua nya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah kecil yang berjaya diselesaikan.

Sepanjang 4 tahun menyaksikan pilihanraya kampus, rasanya UIA sentiasa 'aman' daripada provokasi-provokasi yang tidak diingini. Mungkin ada yang tidak sukakan perkara yang sedemikian tapi saya pasti, UIA mampu menjadi role model kepada semua Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
SPR UIA membenarkan calon untuk berkempen melalui facebook dan media elektronik. Mungkin UIA menyahut baik kata-kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, "Kita ni bukan berada kurun ke -18 sekarang ni". Saranan yang santai tetapi mampu memberi kesan terhadap pembangunan mahasiswa.
Semuanya bermula apabila notis pemilihan SRC IIUM pada 26 Februari 2011 iaitu 2 hari selepas Annual General Meeting SRC 2009/2010 yang menyaksikan penyerahan satu referendum kepada UIAM dan satu memorendum kepada KPT. Maka, bubarlah SRC IIUM 2009/2010 apabila keluarnya notis tersebut.
Saya personally ada yang kenal beberapa calon yang bertanding dan ada yang tak pernah nampak muka pun sebelum ini. Terus terang, calon yang bertanding perlu tahu dulu apakah itu SRC sebelum masuk bertanding. Contohnya seperti Sakinah. Pengkritik tetap Syazwan, Treasurer SRC IIUM. Hehe.

Nur Sakinah Sulaiman (left), KENMS Constituency.
Mula mangenali Sakinah ni masa dia jadi Assistant Secretary General EMSS tapi dalam facebook jer la. Rupa-rupanya dia ni baik dengan Karimah, Secretary General SRC IIUM. Mungkin sebab Karimah ni dulu Secretary EMSS kot, nak perturun ilmu. Banyak la juga Karimah minta tolong dia. Nak dijadikan cerita, Sakinah jadi Assistant Secretary General dalam CONVEST 2010. So, sedikit sebanyak, tahu la juga perjalanan SRC dan CONVEST sebab selalu naik turun tingkat empat tu.

 Ni pulak Faris.

Hafizul Faris Che Razlan (right), AIKOL Constituency.
Kenal dia pun sebab dia baik dengan Izyan Hazwani a.k.a. Yan, Chairperson Welfare Secretariat. Rasanya banyak la juga dia tolong Yan. Antara salah satunya, C.He.R.I.S.H - Cleanliness & Health Reflect Inner Shine. Dia jadi PM. From my view, it is a very fresh new program, which is good. Saya pun tak monitor banyak pun sangat program tu tup tup, boleh tahan la. Dengan siap khemah lagi kat river side. Ingatkan mula-mula simple jer program dorang. Kalau siapa-siapa perasan poster budak buang sampah dalam tong sampah, ultraman dan cute turtle exercise, pelangi, ha program dorang la tuu.
Antara calon yang menarik perhatian di KIRKHS adalah Rizwan, mantan President IRKHS'S. Start kenal mesti la dalam meeting Kulliyyah Based Society Coordination Club (KBSCC). Mungkin nak mengulangi zaman Adib Hatim, President IRKHS'S tahun 2006/2007 dan menjadi President SRC tahun 2007/2008. Banyak idea-idea yang menarik Rizwan ni masa meeting. Dan kalau sesiapa pernah pergi Baitul 'Izzah, pejabat IRKHS'S, pernah nampak notis, exco lambat datang meeting, kena denda, nice!! Lagipun, dia seorang jer calon daripada IRK, tapi ok la kan, mantan President IRKHS'S calon dorang. Seorang pun insyaAllah cukup.

Mohd Rizwan Mat Zain, KIRKHS Constituency.
PRK kali ni membenarkan mahasiswa INSTED mengundi. Alhamdulillah, perjuangan SRC 2009/2010 disambut baik pihak pentadbiran. Siapa cakap SRC IIUM senyap. Semua ada strateginya janji apa yang diidam mahasiswa yang boleh dibuat dalam jangka masa pendek dan relistik, dapat. Sebelum ni INSTED ada kerusi tapi ditarik balik antara alasannya, INSTED bukan kulliyyah, bukan institute. Tapi tak pernah pula dapat jawapan bertulis tentang perkara sedemikian.

Mimi Nor Shahudda Setapani, INSTED Constituency.
Mungkin kah Nik Hanis dan Mimi (wakil guru wanita mungkin??) akan mengepalai bakal-bakal pendidik di INSTED? Setakat yang kenal, Mimi ni dan Nik Hanis pula exco BEDSA. Sopan dan hormat orang dorang ni. Rajin minta tunjuk ajar orang mende yang dia tak faham especially hal-hal kepimpinan. Saya pasti Nik Hanis dan Mimi ni seorang yang "Biar hati di langit, tetapi kaki tetap menjejak bumi". Penting untuk bakal guru mempunyai idealime dan berjiwa besar tapi dalam masa yang sama, tak sombong dengan ilmu yang ada, sabar dengan anak didik walaupun bukan senang nak ajar murid yang berbeza kepandaian ni. Senior dorang yang cerita cam mana dorang kat INSTED.

Nik Muhammad Hanis Nek Rakami (left), INSTED Constituency.
Duk tengak facebook SRC IIUM, tengok-tengok ada orang tag gambar Fitri. Laa, rupanya Chairman AGM SRC pun masuk bertanding. Maksudnya, dia mesti la datang AGM nak tahu report SRC, mungkin dapat diambil point-point penting untuk penambahbaikan. Itu la penting sebab ada jer calon yang tak pernah nampak pun kat aktiviti SRC, tiba-tiba jadi calon. Hmm, macam mana la dorang nak bawak SRC kalau tak tau per yang SRC dah buat. Manifesto dia pun macam menarik and from my view, realistik, mampu untuk dicapai.

Muhammad Fitry Hussin, AIKOL Constituency
Rupanya bukan Fitri seorang jer, Mahirah, Secretary AGM pun bertanding. Comfirm dia tau nye isu-isu SRC dah dia yang jadi pencatat. Dan yang menariknya, Mahirah satu-satunya calon sister di KIRKHS. Adakah dia mampu memikat hati semua pengundi sisters di IRKHS? Adakah dia mampu mangalahkan Zatil Arifah yang menang undi tertinggi dua tahun berturut-turut? Mungkin sifunya Zatil telah banyak menurunkan ilmu?

Mahirah A. Rashid, KIRKHS Constituency.
Lupa pula seorang lagi, Iqbal kawang si Mang, Chairperson Spiritulity &  Islamization Secretariat. Mang banyak juga minta tolong si Iqbal ni masa dia jadi SRC. Maklumlah, dorang dah kawan rapat masa dari Darul Quran lagi. Hafiz tuu ;-) Rasanya dia la kot satu-satunya al-hafiz yang masuk bertanding. Advantage SRC IIUM ada hafiz dalam barisan kabinet berbanding universiti lain. CGPA pun gempak jer tengok.

Mohamad Iqbal Ab. Wahab, KENMS Constituency.
Hmm, setakat itu dululah nukilan kali ini. Tak sempat nak cerita pasal semua calon sebab bukan kenal semua pun. Ni pun sebab pernah tengok dorang support SRC 2009/2010 dulu. Bak kata orang, ada rasa 'sense of belonging' kat SRC. Kalau calon pun tak rasa SRC hak mereka, apatah lagi mahasiswa UIAM. Jangan lah kita nak harapkan bila dorang menang nanti nak students support kalau dorang dulu pun tak pernah nak ambik tahu pasal SRC masa jadi mahasiswa biasa.
Apa-apa pun selamat berjaya kepada semua calon. Anda semua telah pun 'menang' walaupun sebelum hari pengundian kerana berani berhadapan dengan massa dan ada rasa bertanggungjawab terhadap hala tuju UIAM selepas ini. Adakah peratusan keluar mengundi akan meningkat selepas 3 kulliyyah di Gombak telah menang tanpa bertanding? Semuanya harus dijawab oleh INSTED, KIRKHS, AIKOL, KENMS, KOS dan KAHS yang akan turun mengundi 22 Februari ini. Rasanya SPR UIA tahun better daripada tahun lepas dari segi promotion PRK. Kalau ada yang cakap tak tau lagi, memang nak kena sekeh la budak tu, hehe.
Jangan lupa turun mengundi 22 Februari 2011, Selasa ini. Undi 2 calon, 1 calon jer undi, UNDI ROSAK!
Selamat berkempen dan mengundi sebelum PRU ke-13 ;-)
Read More...
banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita