Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Temu janji dengan Pegawai Keselamatan UIAM.

Rabu, 9 Februari 2011
Tadi sempat meluangkan masa bertemu dengan Encik Azmee Abdullah (2665), Pegawai Kanan Keselamatan UIAM berkaitan isu simbah cat di pejabat SRC pada 23 Januari lepas (sehari sebelum AGM SRC 2009/2010). Bro. Azmee nak meminta keterangan kerana beliau memegang unit siasatan.

Kali terakhir pejabat yang dipastikan ada yang gunakan pada 22 Januari selepas Asar dan kejadian tersebut disedari oleh subcom AGM dalam pukul 2 lebih untuk ambil barang di pejabat. Tapi dalam perbincangan tadi, baru teringat, di luar pejabat ada guard point key untuk diperiksa security. Sepatutnya dalam 1-2 pagi dan 4-7 pagi point tersebut patut diperiksa. Jadi, security kena check la balik betul ke yang bertugas pergi check atleast security yang sedar dulu akan kejadian tersebut.




Selain daripada isu tersebut, sempat juga untuk sembang-sembang berkenaan security. Angka tak rasmi, ada lebih kurang 61 yang bertugas dalam operasi (tidak termasuk dalam pejabat dan unit trafik). Security Unit bekerja 24 jam sehari. Sekiranya dalam pejabat biasa, 10 kaki tangan diperlukan, Security Unit memerlukan 3 kali ganda kakitangan (30 kaki tangan) - 24jam/8jam masa pejabat. Buat masa sekarang, sehari lebih kurang 22 kakitangan yang terlibat dalam operasi sehari (selepas tolak cuti, dll). Sememangnya Security Unit kurang kakitangan yang sekarang ditugaskan 3 orang di pintu utama dan yang lain di meronda bangunan admin dan mahallah sister. Tapi bajet tak cukup, nak tambah bagi ramai macam mana kan.

Setakat makluman tadi, kes kecurian di Mahallah Zubir telah menunjukkan penurunan tetapi di Mahallah Bilal, kerap juga berlaku kecurian. Hasil siasatan, antara punca kecurian selalu terjadi kerana pintu tak berkunci. Sistem kunci di Zubir juga lain dari mahallah lain. Tombol senang dipecah masuk (mungkin menggunakan kad dan sebagainya). Kadang-kadang, penghuni bilik dah kunci dah bilik tapi tombol bermasalah. Dulu mahallah brother tak ada grill kat tingkap. Alhamdulillah, slow-slow dah dipasang. Antara masalah lain termasuklan squatters terutamanya orang luar yang tumpang di bilik kawan. Kalau dah laptop, handset depan mata, kena sambar la jawabnya sebelum keluar UIA.

Tapi memang tak terkejut pun, sem lepas masa buat spot check bro. yang tak pergi Jumaat, bersepah laptop atas meja tak kunci. Handset jangan cakap la, memang terang-terang atas meja katil. Simpan la dulu elok-elok barang berharga di tempat yang tersorok sikit before keluar bilik tu. Hampir semua bilik, ada ja yang tak tutup kipas, lampu. Patutla tahun lepas bil elektrik dekat RM 19 juta, air dekat RM 4 juta. Kalau boleh jimat, cepat la sikit kot ITD dapat duit nak lajukan WiFi.

Tak berapa lama lepas, security ada dapat report daripada sister kes hilang laptop di bangunan HS. Rasanya sis. dari Salahuddin kot. Dorang tengah buat assignment sampai pukul 4 pagi (tak proper juga pun sis. kat HS pukul 4 pagi). Tetiba, dorang tertidur. Dalam tertidur tu pun, laptop dorang kena sambar. Sedar tapi tak sempat nak kejar. Bahaya juga nak kejar mamat tu. Masalahnya, esok pagi baru buat laporan kat security. Tapi apa la sangat maklumat yang boleh bagi, tinggi, warna kulit, lingkungan umur kecualilah memang kenal sape yang curi laptop tu. Laptop tu memang la penting, tapi dah buat assignment penat-penat, mesti lagi tension hilang softcopy tu. Nak pulak esoknya kena hantar, aiseh.

Jadi Encik Azmee bagi nasihat, simpan nombor-nombor penting dalam handset; polis, RakanCop, ambulans, bomba, security UIA. Security kan 24 jam bertugas, sekiranya ada sebarang kes @ apa-apa yang mencurigakan, terus jer call 03 6196 5555 @ 03 6196 4173. Kakitangan yang bertugas akan segera ke tempat kejadian.

Dah alang-alang ke security tu, sempat la bertanya tentang report oleh MRC Ali. Bagus MRC-MRC ni siap ambik gambar lagi. Security ada gak puji Presiden MRC Bilal yang lama. Ada kes ja, terus contact security. Barulah tindakan boleh diambil segera.


ni bukan makcik cleaner(MUDA),tp cleaner garden uia. dia stay kat Faruq Block A dgn geng2 dia. brapa kali dah nmpk dia jam 7 pagi n 2 ptg,slamber jer xpakai tudung,dok sidai baju2 dia kat Block A Mahallah Faruq. Perkara ni dah dilaporkan. Siasatan sedang dijalankan. Thankz Admin Faruq
ni pun masa solat jumaat. bro muda yg kerja kat kedai gunting rambut. "slamber jer tutup kedai ,n relax". all happens in Faruq..... we will take further action

ni masa solat jumaat. bdk ni ckp "kami tinggal kat Sungai Pusu, kami tengah tunggu internet cafe buka" diorg x g solat,lepak blakang OR Faruq. Hope for further action from Admin n SRC.

Ha, security pun tengok juga facebook tau. Jadi haritu ada kes ada bro. sorang ni cakap nak bakar kereta security, dorang dah take note (dengarnya KOE). Siap simpan lagi komen-komen dalam facebook.

Panjang pulak tulis kali ni, lama tak tulis leisure-leisure macam ni ;-)

4 comments:

ZEEQA AJIE berkata...

Jadi risau pulak bila baca kes-kes kat atas ni.
Tapi apa pun dah take note!
Tak boleh lagi tinggalkan handphone atau laptop waktu pergi kelas,pergi cafe.
Terima kasih atas ingatan. :)

Shahir berkata...

kalau leisure-leisure, tulis panjang-panjang pun takpe firwan. nama pun leisure.orang kan suka leisure lama-lama :D

JEBAT berkata...

hati-hati sentiasa ;-)

Zeeqa ~ Ajie berkata...

Jadi risau pulak bila baca kes-kes kat atas ni.
Tapi apa pun dah take note!
Tak boleh lagi tinggalkan handphone atau laptop waktu pergi kelas,pergi cafe.
Terima kasih atas ingatan. :)

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita