Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010.
Email : hang_jebat25@yahoo.com
KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) hari ini melancarkan radio 'IIUM.fm' dengan siaran secara berterusan (live stream) bagi memberitahu masyarakat universiti dan juga orang ramai serta bekas pelajarnya di seluruh dunia mengenai program dan aktivitinya. Berucap pada majlis pelancaran itu, Rektor IIUM Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid berkata walapun ia beroperasi seperti saluran radio, IIUM.fm tidak menggunakan frekuensi yang biasa digunakan oleh saluran radio untuk melakukan siaran langsung. Katanya, IIUM.fm akan menggunakan live stream untuk membuat siaran di Internet dalam usaha untuk menghubungi bekas pelajar di pelbagai negara di seluruh dunia dan orang ramai bagi berkongsi maklumat terkini mengenai program dan aktiviti universiti.
"IIUM.fm membuat siaran 24 jam setiap hari dan kami menggunakan Inggeris sebagai bahasa perantaraan," kata beliau.
MENELUSURI Jalan Duta pasti mata akan terpukau dengan lot-lot banglo yang gah menghiasi landskap di lereng bukit Taman Duta. Lebih-lebih lagi kepada sebuah binaan putih bermenara dengan seni bina Maghribi dan Andalusia.
Keunikan ini membuatkan kita seolah-olah berada di zaman kegemilangan tamadun Islam. Tambah mendamaikan dengan pepohon kurma yang tumbuh subur dan desiran air pancuran.
Bagi yang arif di kawasan elit ini, pasti sudah maklum akan kewujudan Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam (Istac) di atas tanah seluas 4.6 hektar ini sejak 4 Ogos 2008.
Namun, tanggal 6 Mei lalu, secara rasminya Istac diiktiraf sebagai salah satu daripada dua institut di bawah kampus keempat yang dikenali sebagai Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuala Lumpur.
SULTAN Ahmad Shah diberi penerangan oleh Timbalan Ketua Pustakawan UIAM, Normala Harun (kanan) mengenai manuskrip di kampus itu. Turut memerhati, Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Zulkifli A.Hassan (kiri) selepas majlis perasmian kampus baru UIAM, baru-baru ini.
Satu lagi ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF) yang sebelum ini terletak di kampus lama Istac iaitu di Jalan Damansara, Kuala Lumpur.
Pengiktirafan itu selari dengan gelaran yang diberikan kepada kampus-kampus UIAM di seluruh negeri oleh pihak universiti.
Kampus induk UIAM yang seluas 283 hektar terletak di Gombak, Selangor mampu menawarkan pelbagai program pengajian kepada pelajar dari dalam dan luar negara.
Selain itu, UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan iaitu; kampus cawangan di Petaling Jaya, Selangor yang menempatkan Pusat Asasi.
Kampus di Kuantan, Pahang pula menjurus kepada pengajian Sains Kesihatan, Farmasi dan Perubatan.
Ini menjadikan secara keseluruhannya, jumlah pelajar UIAM adalah seramai 21,000 orang.
Majlis bersejarah perasmian Istac sebagai kampus UIAM Kuala Lumpur disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Dekan Istac, Prof. Dr. Ibrahim M. Zein.
Sejak penubuhannya kira-kira 27 tahun lalu, UIAM merupakan salah sebuah universiti yang sering diperkatakan di dunia Islam.
Apatah lagi, matlamatnya adalah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi.
Reaktor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid menegaskan, kampus UIAM Kuala Lumpur memainkan peranan besar dalam melahirkan para sarjana dan cendekiawan Islam dalam menyemarakkan kesyumulan dan keunggulan Islam bukan sahaja di negara ini malah seluruh dunia.
"UIAM Kampus Kuala Lumpur merangkumi dua institut iaitu Istac dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF).
"Istac mempunyai 129 pelajar lepasan ijazah dan IIiBF mempunyai hampir 40 pelajar lepasan ijazah.
"Memandangkan UIAM mengutamakan prestasi pelajar demi menjamin kecemerlangan pendidikan yang lebih tinggi di peringkat lepasan ijazah justeru, setiap pelajar lepasan ijazah UIAM akan melalui proses pemilihan dan tapisan, bagi memastikan kualiti pendidikan terjaga dan menjadi prioriti.
"Sebab itulah kalau kita dapat perhatikan, bilangan pelajar lepasan ijazah di kampus Kuala Lumpur ini lebih sedikit, namun ia merangkumi sejumlah pelajar daripada hampir 10 negara," tegas Syed Arabi selepas majlis perasmian itu.
Jelasnya lagi, sebelum ini kampus Istac terletak di Jalan Damansara telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 4 Oktober 1991.
Namun pada 4 Ogos 2008, ia telah berpindah di atas tanah seluas 4.6 hektar melibatkan kos RM200 juta di Taman Duta, Kuala Lumpur.
Istac yang ditubuhkan pada 27 Februari 1987 diasaskan pengarah pertamanya iaitu Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Institut ini menawarkan 10 program dalam lima bidang utama di peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran (Ph.D) mengenai Islam dan tamadun-tamadun lain yang turut merangkumi bidang falsafah, teologi, etnik dan isu kontemporari, sains Islam, dunia kontemporari Islam dan keagamaan.
Sementara itu, IIiBF yang sebelum ini ditempatkan di Damansara Heights (kampus lama Istac sebelum berpindah ke Jalan Duta pada 2008)
IIiBF ditubuhkan pada September 2004 menawarkan empat program Perbankan dan Kewangan Islam di peringkat sijil, diploma siswazah, sarjana dan Ph.D. Kini, IIiBF mempunyai 80 pelajar pasca siswazah. IIiBF kini diterajui oleh dekannya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Azmi Omar.
"Daripada 21,042 jumlah keseluruhan pelajarnya, sebanyak 4,509 pelajar sedang mengikuti program ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran termasuk pelajar-pelajar antarabangsa dari 90 negara di seluruh dunia, termasuk Institut Maritim dan Oseanografi UIAM.
"Istac dan IIiBF akan membantu menyemarakkan budaya penyelidikan yang menjadi batu asas penting dalam transformasi UIAM daripada sebuah universiti berteraskan pembelajaran kepada universiti penyelidikan.
"Salah satu penanda aras yang penting sebagai universiti penyelidikan ialah mempunyai pelajar di peringkat ijazah sarjana dan Ph.D," katanya.
Sejajar dengan hasrat ke arah universiti dan institut penyelidikan, katanya, ISTAC menghimpunkan pelbagai koleksi manuskrip, jurnal, monograf dan buku-buku yang menjadi rujukan sarjana Islam dari seluruh dunia.
Tambahnya, sehingga kini perpustakaan Istac mempunyai koleksi bahan rujukan beberapa pakar dan ahli penyelidik dalam bidang kajian pemikiran, sejarah, agama, budaya dan tamadun seperti Berthold Spuler, R. Brunschvig, Max Weisweiler, Fazlur Rahman, Tan Sri Jalil Hasan dan D. Barrett yang kesemuanya berjumlah 40,000 jilid.
Keseluruhan buku yang tersimpan di perpustakaan Istac kini berjumlah 139,801 naskhah. Ia merangkumi 64,237 koleksi am dan rujukan, 26,084 koleksi bersiri, 46,811 koleksi nadir dan khas, 2,554 manuskrip dan 17,922 koleksi dalam bentuk mikrofilem.
"Perpustakaan kampus ini mempunyai koleksi istimewa lebih 6,000 manuskrip lama. Kita akan cuba mempelajari asas-asas mengikut cara Islam yang telah direkodkan dalam teks penulisan yang asal itu.
"Walaupun terjemahan bahasa dan definisi tepat menjadi kunci utama, kita mahu memastikan apa yang dicatat di dalam manuskrip tersebut adalah cara Islam sebenar dan bukan sekadar mengajar mengikut maklumat lisan semata-mata," ujar Syed Arabi.
Perpustakaan Istac juga memiliki jurnal dalam pelbagai bahasa seperti Arab, Parsi, Turki, Urdu dan Melayu serta bahasa-bahasa utama dunia termasuklah bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia, Belanda, Yunani dan Latin.
Dengan koleksi khas yang sarat dengan bahan-bahan bermutu dalam bidang agama, falsafah, metafizik, bahasa dan budaya, perpustakaan Istac secara tidak langsung dapat menampung usaha penyelidikan di peringkat tertinggi dalam bidang-bidang berkaitan.
"Kita juga mempunyai koleksi jurnal dan manuskrip dalam bahasa Parsi yang hanya terdapat di ISTAC misalnya, The Book of the Kings (Shah-Namah).
"Ini secara tidak langsung, menjadikan kampus ini sebagai pusat pengajian utama dalam melahirkan para ulama, sarjana dan cendekiawan Islam di rantau ini," jelas beliau.
Apakah angka-angka itu? Maksud angka tersebut adalah 47510 !
Bagi mahasiswa yang tidak menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan, mungkin jawapan tersebut pelik tapi bagi kami bakal-bakal jurutera, itulah bahasa kami ;-)
Angka 1 dan 0 adalah nombor-nombor dalam sistem binary. Nak menyenangkan cerita...
2^n (2 kuasa n; n adalah nilai-nilai yang dibawa masuk bermula daripada 0 daripada kanan).
Dunia berteknologi sekarang, segalanya menggunakan bahasa digital 1 dan 0. Sudah tentu dengan mata kasar, pengguna @ user hanya nampak nilai-nilai seperti 47510 dan sebagainya.
0 juga sebenarnya mempunyai nilai walaupun nilai 0 berada di hadapan sebagai contoh 01000111 yang membawa maksud 71 (dalam decimal) @ 47 (dalam hexadecimal).
Beralih daripada dunia berteknologi & maya kepada dunia sebenar. 0 dihadapan tidak mungkin mempunyai nilai tanpa ada titik (.).
Ada ke nilai RM 01000111? Semestinya tidak, tetapi jika ditambah (.) sebelum 0, maka angka tersebut mempunyai nilai walaupun terlampau kecil; RM 0.01000111 @ 1 sen.
Saya ibaratkan 0 = amal ; 1 = iman. Bernilaikah amal tanpa iman?Jawapannya, sudah tentu tidak!
Begitulah ibaratnya bukan Islam yang amal mereka bertimbun-timbun malah kadang-kadang lagi hebat daripada kita. NGO-NGO mereka juga bergerak aktif untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi, banjir, bantuan kemanusiaan dan sebagainya tetapi pada 'mata' Allah, segalanya 0 ibarat RM 01000111 yang nilainya sama dengan RM 0.
Tetapi sekiranya 0 yang dihadapan digantikan dengan 1, maka nilai tersebut akan jadi RM 11,000,111 !
Iman adalah kunci kepada pintu syurga; syahadah, Laa ila ha illallah...
Model Ekonomi Baru, MEB telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010
Prinsip MEB
1) Berpendapatan tinggi (Sasaran AS$ 15,000-20,000 per kapita pada 2020) 2) Keterangkuman (Membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya) 3) Kemapanan (Memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang)
Terbahagi kepada 2 fasa
Fasa 1 : bermula pada 30 Mac 2010 Fasa 2 : selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10)
Dasar Afirmatif dengan 4 Prinsip
1) Mesra Pasaran 2) Berdasarkan Merit 3) Telus 4) Berdasarkan Keperluan
Industri Pemacu Utama Ekonomi Negara
1) Elektrik & elektronik 2) Minyak; contoh: sawit 3) Petronas 4) Industri pelancongan & perkhidmatan 5) teknologi hijau, solar, produk bio-diversiti 6) Sektor kewangan 7) Pembangunan antara bandaraya
8 Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS)
1) Menyuburkan kembali sektor swasta 2) Membangunkan tenaga kerja berkualiti & mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing 3) Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing 4) Mengukuhkan sektor awam 5) Tindakan afirmatif yang telus & mesra pasaran 6) Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan 7) Meningkatkan sumber pertumbuhan 8) Memastikan kebolehmapanan pertumbuhan
Apa kaitannya MEB dengan mahasiswa? Pada tahun 2020, mahasiswa sekarang yang rata-rata berumur 18 hingga 24 tahun bakal berumur 28 hingga 34 tahun. Sedarkah kita bahawa KITA lah pengisi MEB. Mahasiswa seharusnya cakna dengan MEB kerana MEB akan mempengaruhi kehidupan dan kerjaya & ekonomi kita nanti.
Jangkaan ekonomi negara oleh pakar ekonomi pada tahap 4.5% - 5% kini meleset sehingga 8% - 11%. Pemelesetan yang positif daripada jangkaan awal pada suku pertama dan kedua 2010.
Tetapi persoalannya, berapa peratus sumbangan bangsa Melayu dan umat Islam dalam ekonomi negara? Adakah 5%? 4 atau 3%? Atau lebih @ kurang daripada itu?
Mahasiswa sebagai pemankin ekonomi negara pada masa akan datang seharusnya cuba untuk melengkapkan diri dengan ilmu tentang kewangan.Teringat tulisan karya Robert Kiyosaki & Sharon Lechter dalam buku mereke "Rich Dad Poor Dad" bahawa sistem pendidikan sekarang tidak mengajar mahasiswa bagaimana untuk menguruskan kewangan sedangkan itulah yang bakal dihadapi oleh mahasiswa selepas tamat pengajian.
Apakah matlamat penuntut? Sememangnya ilmu tetapi tidak lupa juga, pendapatan!!!MEB seharusnya bergerak seiring tanpa mengetepikan kepentingan mahasiswa.
Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam, Victoria Jayaseelee Martin, hari ini memperolehi kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau berkhidmat sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima masuk Victoria sebagai peguam syarie.
Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah.
Hakim Zawawi yang membenarkan permohonan itu menolak bantahan yang dikemukakan oleh MAIWP.
Victoria (atas, kanan) mendapat kelulusannya pada tahun 2004 daripada Universiti Islam Antrabangsa dan berkata beliau ingin menjadi peguam syarie demi kepentingan keadilan.
Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.
Di negeri-negeri lain, bukan Islam dibenarkan menjadi peguam syarie.
Bagaimanapun, Selangor baru-baru menarik balik kekecualian itu dan hanya peguam Islam yang dibenarkan di mahkamah syariah di negeri itu.
Victoria diwakili oleh peguam Ranjit Singh, manakala pendakwa kanan persekutuan, Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili MAIWP.
http://malaysiakini.com/news/131778
Nikmat Islam & Iman adalah anugerah Allah yang terbesar. Ramai manusai yang mengkaji tentang Islam tetapi bukan semua yang mengkaji yang beriman dengan Allah dan Rasulnya.
Orientalis; hebatnya mereka bukan sahaja mampu untuk menghafaz al-Quran tetapi juga tafsir al-Quran!!! Bagaimana dengan kita yang sudah Islam sejak lahir??? Suran-surah lazim pun masih ramai yang tergagap.
Islam baka kah kita? Yang lahirnya kita, celik-celik sudah Islam @ Islam sangka? Menyangkakan dirinya Islam apabila disoal tetapi cara hidup? @ Islam pusaka? Pusaka Rasulullah s.a.w.
Kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid 15 tahun, pelajar tingkatan 3 , Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam telah mengejutkan negara apabila beliau mati ditembak polis di bahagian kepala. Kes Aminulrasyid bukanlah kes pertama yang melibatkan anggota polis. Sebelum ini, Shahril Azlan Ahmad Kamil, 25 tahun turut mengalami peristiwa ngeri apabila terkena tembakan rambang seorang anggota polis pada 16 April 2009 yang lalu.
Dalam kes ini, Mahasiswa UIAM berpendapat bahawa beberapa pihak perlu mengambil langkah yang bijak bagi menangani kes-kes sebegini. Pihak berkuasa terutamanya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) perlu bertindak dengan lebih teliti bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Pihak polis perlu mematuhi prosedur dan etika yang telah digariskan di dalam Kanun Prosedur Jenayah sewaktu menjalankan tugas. Mahasiswa UIAM ingin mencadangkan supaya pihak PDRM menjelaskan prosedur dan etika penggunaan senjata api agar orang ramai tidak membuat andaian yang salah setiap kali pihak polis melepaskan tembakan ketika bertugas. Selain itu, pihak PDRM juga perlu menyiasat kes ini dengan saksama untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap integriti polis sebagai satu badan penguatkuasa undang-undang yang berkhidmat dengan telus dan adil. Seterusnya, kredibiliti PDRM tidak akan dipersoalkan lagi.
Mahasiswa UIAM mahu mengajak masyarakat umum untuk melihat isu ini daripada pelbagai sudut. Adalah menjadi satu ketidakadilan jika hanya PDRM yang dipersalahkan. Tanpa prejudis, Aminulrasyid Amzah telah melakukan kesalahan kerana memandu tanpa lessen. Persoalannya, bagaimana remaja semuda 15 tahun boleh mengendalikan kenderaan sewenang-wenangnya. Siapa yang bertanggungjawab membenarkan remaja ini memandu kenderaan selewat jam 2 pagi? Tak lain tak bukan tanggungjawab itu jatuh ke atas batu jemala ibu bapa remaja itu. Ada sebabnya mengapa undang-undang digubal agar remaja di bawah usia 18 tahun tidak dibenarkan memandu. Dalam kes ini sendiri, kita dapat melihat dengan jelas betapa tidak matang seorang remaja 15 tahun yang membuat keputusan untuk tidak berhenti apabila di arahkan anggota polis untuk berbuat demikian. Kerana ketakutan dan cuak dengan keadaan yang tidak dijangka, remaja tersebut tidak dapat berfikir dengan waras. Akhirnya, keputusan yang dibuat memakan diri sendiri. Maka, ibu bapalah yang berperanan mengawal tindak tanduk anak-anak mereka. Budaya ‘beritahu kalau nak ke mana-mana’ perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak sebagai tanda hormat dan sayang kepada ibu bapa seterusnya memudahkan urusan mengawal pergerakan mereka. Dalam erti kata lain, anak-anak dengan sendirinya tidak akan rasa dikawal kerana itu adalah disiplin yang telah diterapkan sedari mereka kecil. Bak kata pepatah, ‘sayangkan anak tangan-tangankan’. Bertegas tak bermakna tak sayang. Sayang pula tak bermakna membiarkan anak-anak bebas melanggar undang-undang.
Mahasiswa UIAM juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kejadian yang berlaku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kami menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), dan masyarakat Malaysia keseluruhannya agar memandang serius terhadap kes-kes seperti ini. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang. Akhir kata, seloka bangau oh bangau yang saling menunding jari ke arah satu sama lain haruslah kita jadikan sebagai iktibar bagi mengelakkan permusuhan jika kesahihan sesuatu pekara itu belum nyata.
How to Expand Your Business with UCaaS
-
Unified Communications as a Service (UCaaS) is one of the most effective
ways to increase efficiency and productivity within your organisation. By
consolid...
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama
melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...
Homestay Pak Lang 2 - Tuisyen Inggeris
-
*Kelas tuisyen bahasa inggeris*
*untuk pelajar sekolah rendah,akan mula pada 4 okt 2015…*
*Tempat : Homestay Pak Lang 2*
* 16 Taman Jaya ...
China and HK may be barred from Asia Team meet
-
PETALING JAYA: The status of next week’s Asia Team Champion-ships in
Manila, the Philippines, is in quandary as two badminton nations – China
and Hong Kong...
Terima kasih rakyat Malaysia
-
Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami
ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia
melayari p...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...