Bantahan terhadap konsert Adam Lambert di Malaysia
Jumaat, 15 Oktober 2010Kehadiran artis gay, Adam Lambert untuk membuat persembahan di Malaysia mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuklah daripada golongan mahasiswa, NGO, parti politik dan masyarakat Malaysia umumnya. Kehadiran Adam Lambert ini dilihat sebagai suatu yang negatif kerana dikhuatiri akan membawa budaya ‘gay’ yang tidak bermoral kepada masyarakat Malaysia khususnya kepada golongan anak muda Malaysia.
Saya secara tegasnya membantah penganjuran konsert Adam Lambert di Malaysia atas beberapa faktor penting. Sebagai golongan anak muda Malaysia, saya bimbang sekiranya imej dan budaya yang ditunjukkan oleh artis ini menjadi ikutan kepada remaja di Malaysia yang sudah sedia parah dengan masalah sosial. Saya melihat para remaja cenderung untuk meniru dan terikut dengan gaya hidup dan budaya yang dibawa oleh artis-artis seperti ini. Justeru, saya mewakili masyarakat Malaysia juga golongan mahasiswa membantah dan tidak bersetuju dengan penganjuran konsert ini.
Saya merasakan, jika kita mahu melihat masa depan Malaysia yang cerah, penekanan dan penegasan terhadap budaya barat yang masuk ke Malaysia tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan. Ini bukanlah bantahan pertama daripada masyarakat terhadap penganjuran konsert-konsert artis barat kerana suatu waktu dulu masyarakat Malaysia pernah membantah penganjuran konsert Avril Lavigne di Negara ini, namun tindakan dan respon terhadap bantahan-bantahan sebelum ini tidak diambil peduli oleh pihak kerajaan. Jika kerajaan terus mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak serius terhadap perkara ini, saya khuatir ianya akan memberikan kesan yang buruk terhadap perkembangan sosial masyarakat di Negara ini yang amat mementigkan nilai-nilai ketimuran.
Saya ini bukanlah golongan anti hiburan tetapi saya merasakan hiburan-hiburan yang diadakan haruslah bertetapan dengan norma dan tatasusila masyarakat yang dipraktikkan di negara ini. Ini kerana saya memandang hiburan sebagai salah satu pendidikan kepada masyarakat. Jika kita salah memberi pendidikan kepada masyarakat, maka punahlah masa depan masyarakat yang kita sayangi. Hiburan yang diterapkan kedalam masyarakat seharusnya adalah hiburan yang mendidik jiwa malah pihak berwajib juga hendaklah meneliti dan menapis hiburan-hiburan yang ingin dianjurkan oleh sesetengah pihak bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur negatif menular kedalam masyarakat.
Dimaklumi bahawa pihak yang bertanggungjawab untuk meluluskan penganjuran konsert daripada artis luar negara adalah Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang ditubuhkan dan diwujudkan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001. Ianya jelas bahawa kelulusan sesuatu penganjuran konsert artis luar negara adalah dibawah tanggungjawab Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Oleh itu, pihak kementerian yang terbabit perlulah mewujudkan polisi yang ketat dan tegas didalam prosedur penganjuran konsert jika ada pihak ingin menjemput atau menaja mana-mana artis luar negara untuk membuat persembahan di Malaysia. Sebagai contoh, hanya membenarkan artis yang bebas daripada imej, kelakuan dan budaya yang tidak bermoral sahaja untuk membuat persembahan di Malaysia. Saya yakin, masih ramai lagi artis antarabangsa yang relevan untuk dijemput membuat persembahan di Malaysia sebagai contoh Maher Zain dan Cat Steven. Oleh yang demikian, ianya tidak harus dijadikan alasan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk terus membenarkan artis yang tidak bermoral untuk membuat persembahan di Malaysia dengan hanya memikirkan keuntungan wang semata tanpa mempedulikan keruntuhan moral yang bakal menular kedalam masyarakat.
Isu Adam Lambert ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak tetapi haruslah diambil dan dipandang secara professional dan dari sudut positif demi kebaikan semua pihak. Perkara ini hendaklah dipandang serius kerana ianya melibatkan masa depan dan persoalan akiqah umat Islam. Justeru, pemantauan yang ketat daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Malaysia adalah sangat mustahak dan perlu. Saya mengajak masyarakat Malaysia agar membantah penganjuran konsert artis ini dan artis-artis yang tidak bermoral yang boleh memberi kesan yang buruk kepada masyarakat Malaysia.
Read More...
Ikrar Pemuda Pemudi untuk Bumi Palestin
Rabu, 13 Oktober 2010Kami pemuda-pemudi dan siswa-siswi menyedari bahawa sesuatu fikrah akan hanya dapat direalisasikan apabila wujudnya keyakinan yang kuat kepada fikrah tersebut, ikhlas dalam memperjuangkannya, bersemangat untuk merealisasikannya dan bersedia untuk melaksana dan berkorban untuk fikrah ini.
Justeru kami berikrar:-
1. Kami akan membina keyakinan kami terhadap satu hakikat bahawa permasalahan Palestin adalah permasalahan aqidah kami.
2. Kami berkeyakinan memperjuangkan hak-hak saudara kami di Palestin akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan mendekatkan kepadaNya.
3. Kami akan mempersiapkan diri kami untuk membantu jihad membebaskan Palestin dalam pelbagai bentuk yang telah dinasihatkan para ulamak.
4. Kami memohon kepada Allah SWT upaya dikurniakan kekuatan iman, agar dapat kami berkorban apa jua yang kami miliki untuk membebaskan bumi Palestin.
5. Kami meyakini para pemuda adalah tunjang kebangkitan ini dan pemuda adalah rahsia kekuatan ummat ini. Kami menyedari bahawa para pemudalah pengibar panji-panji perjuangan ini.
6. Kami memohon kepada Allah agar membersihkan diri kami dari sebarang keinginan duniawi dan mengisi penuh hati kami dengan keinginan kepada redha Allah SWT semata.
Takbir!!!
Read More...Fenomena pekerja asing di Malaysia: Antara kepentingan dan keselamatan negara
Ahad, 10 Oktober 201026th IIUM Convocation Fiesta
Isnin, 4 Oktober 2010Bismillahurrahmanirrahim.
Assalamualaikum wa Rahmatullah.
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. Peace and Blessing be upon to our beloved Prophet Muhammad (S.A.W) as the mercy upon mankind.
Alhamdulillah, with His Blessings, once again we are celebrating the IIUM Convocation Fiesta (CONVEST) 2010. This is an annual event organized by Students’ Representative Council (SRC) in collaboration with Convocation Ceremony to celebrate all students of IIUM who have completed their studies. This year event is the 26th celebration of the “Garden of Knowledge and Virtue” graduates.
With the theme “Empowering Future Excellence”, it is hope that IIUM graduates are not only excel in their studies but also can uphold the teaching of Islam and values in their daily life. We are the future leader, thus we must prepare ourselves with intellectual and spiritual quotient to face the challenges in the future.
On this special opportunity, I would like to congratulate all graduating brothers and sisters for the thriving achievements. Your success is a priceless gift not only to yourselves but also to your beloved parents and family, and last but not least to the Ummah.
I also like to express my gratitude to the organizing committees for their unwavering commitment and dedication to make CONVEST 2010 a reality. Thank you also to our Honourable President, Yang Berbahagia Tan Sri Mohd. Sidek bin Hj. Hasan; Honourable Rector, Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid; Deputy Rectors, staffs, students, visitors and sponsors who have made this event successful. May all of us gain benefit and all the deeds be accepted as ‘Ibadah, InsyaAllah. Ameen.
“Joining Hands for the Betterment of IIUM”