Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Mahasiswa Abad 21: Mendepani Cabaran dan Realiti Semasa

Selasa, 17 Ogos 2010

Mahasiswa merupakan generasi harapan yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Golongan yang bergelar mahasiswa ini dianggap sebagai golongan yang bijak dan berketerampilan dalam mendepani cabaran semasa. Abad 21 berkehendakkan mahasiswa yang cemerlang dalam semua aspek termasuklah akademik dan sahsiah diri. Hedonisme, krisis identiti dan pertembungan pelbagai aliran pemikiran adalah antara cabaran dan permasalahan semasa yang perlu dihadapi oleh mahasiswa abad 21. Justeru, persediaan dari sudut kecemerlangan akademik sahaja tidak mencukupi untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan bertaraf dunia.


Idealisme, aktivisme dan intelektualisme merupakan kunci utama kepada mahasiswa dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan kelas pertama. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pra-syarat bagi membentuk mahasiswa abad 21 yang penuh jati diri dan berkepentingan kepada negara dan masyarakat. Di era pascamodenisme ini, intelektualisme dan proses penghayatan budaya ilmu melalui olahan idealisme perlu dikembangkan dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang mampu merangsang pemikiran analitikal dan kritis bagi melahirkan idea-idea baru yang lebih praktikal untuk pembaikan diri dan masyarakat. Kekuatan pemikiran dan intelektual ini mampu menangkis serangan pemikiran yang menjadi alat pemusnah kepada masyarakat.


Sejajar dengan hasrat kerajaan sepertimana yang digariskan dalam teras strategik RMK10 iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia, saya melihat, golongan mahasiswa merupakan sasaran utama untuk mencapai dan merealisasikan teras strategik ini. Dalam konteks ini, saya berpandangan bahawa, mahasiswa perlu melihat pekara ini dalam ruang lingkup yang luas merangkumi semua aspek dalam kehidupan mereka semasa di alam kampus. Penglibatan mahasiswa dalam kelab, persatuan, NGO adalah penting untuk memastikan mahasiswa lebih terbuka, aktif dan berdaya saing. Penumpuan kepada bidang pengajian semata-mata akan melahirkan mahasiswa yang pasif, kaku, lesu dan tidak berdaya saing. Perkara ini perlu dimanipulasikan sebaik mungkin kerana alam kampus merupakan ‘training ground’ yang berguna dalam mempersiapkan mahasiswa untuk berhadapan dengan cabaran realiti dan kehidupan bermasyarakat.


Disamping itu, saya mengimpikan, mahasiswa abad 21 adalah mahasiswa yang mempunyai sifat dan mentaliti sebagai seorang pemikir kepada permasalahan agama, negara, bangsa dan ummah. Jika disoroti sejarah gerakan dan kuasa mahasiswa di India dan Indonesia, mereka merupakan antara faktor penyumbang kepada perkembangan dan pembangunan negara mereka. Justeru, saya melihat kuasa yang ada pada mahasiswa sebenarnya besar dan boleh dimaksimakan untuk kepentingan agama, negara dan bangsa.


Namun, jika dilihat dalam realiti golongan mahasiswa di Malaysia, saya sedikit terkilan dan kecewa apabila mahasiswa yang dikatakan golongan intelek terlibat dan terjerumus dalam kancah jenayah dan gejala sosial. Penglibatan golongan mahasiswa dalam jenayah dan gejala sosial ini sering kali dilaporkan oleh media. Saban hari, masalah dan kepincangan ini kian membarah. Saya merasakan, keadaan ini amat membimbangkan dan merugikan negara. Perlu diingat bahawa, dalam keghairahan mengejar misi menjadikan universiti dan mahasiswa Malaysia sebagai mahasiswa bertaraf dunia, kita seharusnya tidak mengabaikan perkara-perkara seperti ini. Tiada guna jika hanya cemerlang dalam akademik tapi gagal dalam aspek lain. Justeru, keseimbangan dalam semua aspek adalah amat perlu.


Sebagai mahasiswa, saya ingin mengajak seluruh mahasiswa di Malaysia untuk berjiwa besar dalam mendepani cabaran dan realiti semasa. Saya merasakan sudah tiba masanya golongan mahasiswa perlu mempunyai idealisme, berani dan berpendirian yang matang dalam semua pekara demi mewujudkan dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia kerana mahasiswa merupakan agen perubah masa depan agama, bangsa dan negara.



"Towards Realizing Heaven University"



2 comments:

Ckin Kembaq berkata...

cabaran besar ni...

JEBAT berkata...

sememangnya ;-)

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita