Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Program Tranformasi Ekonomi (ETP): Malaysia sebagai negara hab hiburan.

Selasa, 2 November 2010

Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan beberapa hari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan. Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. ETP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Seperti yang dijangka, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) ini mendapat tentangan dan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kumpulan NGO Islam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPM), ahli-ahli politik, golongan intelektual mahupun masyarakat.

Saya dengan tegasnya menyatakan bantahan dan tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan dalam usaha memacu industri pelancongan Malaysia. Saya melihat bahawa tindakan kerajaan ini tidak munasabah untuk dilaksanakan kerana ianya tidak selari dengan prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Saya ingin menyarankan supaya kerajaan menarik balik dan mempertimbangkan semula pekara ini memandangkan banyak kesan buruk yang akan dihadapai pada masa akan datang termasuklah kesan kepada kesejahteraan sosial, ekonomi, keselamatan mahupun imej Malaysia sebagai negara yang sering mengetuai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).

Jika dilihat kepada permasalahan sosial masyarakat Malaysia terutamanya yang melibatkan golongan anak muda, saya bimbang dan tidak selesa melihat permasalahan ini berlarutan. Perlaksanaan hab hiburan ini akan menyuburkan lagi masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat. Penubuhan beberapa kelab malam terkemuka ini sahaja sudah memberi banyak kesan negatif kepada masa depan Malaysia, antaranya keberangkalian yang tinggi terhadap peningkatan statistik penularan HIV dan AIDS, peningkatan kadar jenayah seperti pengedaran dadah, pil khayal, pelacuran dan gengsterisme. Hal ini sangat merbahaya dan kritikal jika hab hiburan ini benar-benar dilaksanakan.

Saya tidak melihat sebarang input positif yang akan diperolehi negara dengan perlaksanaan hab hiburan kerana saya berpandangan bahawa masih banyak langkah lebih relevan yang sepatutnya difikirkan oleh kerajaan. Ini kerana, potensi sektor pelancongan masih belum dieksploitasi sepenuhnya. Masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk memacu industri ini bagi menarik pasaran baru dari Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara serantau. Antaranya, mengekploitasi hutan yang kaya dengan flora dan fauna serta kawasan menyelam dasar laut yang amat menarik untuk tujuan pelancongan. Saya yakin dan percaya, Malaysia mampu menerajui dalam menyediakan pengembaraan ekopelancongan yang lestari, eksklusif dan bernilai tinggi. Masa depan industri pelancongan Malaysia berkembang cerah sekiranya kita mempunyai visi dan kreativiti bagi menyokong potensi pertumbuhannya yang luas dan pelbagai.

Sebagai negara yang menerajui Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), lebih relevan dan munasabah sekiranya kerajaan Malaysia menerokai sektor lain untuk meningkatkan ekonomi negara, sebagai contoh menjadikan Malaysia sebagai hab perkhidmatan kewangan Islam. Ini kerana Malaysia kini merupakan peneraju perbankan dan pasaran modal Islam serta industri takaful di dunia. Langkah ini berpotensi untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi hab perkhidmatan kewangan Islam yang bersepadu. Umpamanya, Bank Negara Malaysia kini dalam proses memuktamadkan penubuhan pusat kewangan Islam dan kelulusan dua lesen bank Islam mega. Sebagai sebuah negara Islam, kerajaan seharusnya membangunkan industri pelancongan yang memberi peluang kepada pelancong untuk mengenali warisan Islam termasuklah dalam sektor ekonomi. Penggunaan dinar emas sebagai mata wang dilihat dapat memberi keuntungan yang besar terhadap ekonomi negara. Justeru, saya melihat bahawa Malaysia mempunyai ruang dan peluang yang besar untuk memacu ekonomi termasuklah dalam industri pelancongan namun ianya haruslah bertepatan dengan norma dan tatasusila masyarakat.

Isu hab hiburan ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sihat dari sudut perkembangan sosialnya. Penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang merupakan satu badan bebas yang ditugaskan untuk mengkaji ekonomi negara secara terperinci hendaklah dimaksimakan sebaik mungkin.


4 comments:

Tanpa Nama berkata...

saya juga menyokong pendapat yg anda kemukakan di sini..

Tanpa Nama berkata...

salam...

pandangan yg munasabah.. moga2, pandangan ini berdasarkan kajian yg menyeluruh...
juga pelajar uiam, moga diperketatkan lagi pemilihan artis yg boleh mngadakan persembahan.
anda selaku ketua mpp uiam, saya yakin mampu bersuara menentang kehadiran artis2 yg mempunyai latar belakang yg xboleh jdkan contoh, biarpun dr anjuran mana2 pihak. biarpun ada stigma "asyik2 nasyid", apa salahnye kalau itu yg mampu mendekatkan kite pd mahmudah..skop besar, negara kita = tangungjawab PM. skop kecil, university kita = tanggungjwb mpp (wakil student).. asif..
(^^,)V

Tanpa Nama berkata...

After seeing a close pal going trough a tough time because of a illness caused from smoking cigarettes I made it my own mission to save as many other individuals as is possible from the exact same fate, though shortly I realized that regardless of how great the arguments are it is actually nearly impossible to make a smoker quit smoking, not necessarily because the arguments are not sufficiently good and not necessarily because the smoker is just not happy to quit but simply due to the fact nicotine is a more addicting drug than heroin as well as cocaine (scientifically confirmed).

Next , I found out there is actually a way to stop smoking with out quitting smoking, thus allow the smoker their pleasure and also habit yet save them from the harmful effects of cigarette smoking.

What I am talking about are e-cigarettes. You can read regarding all the side effects associated with cigarettes and the way a [url=http://electroniccigarette0.com/]electronic cigarette[/url] can help you quite cigarettes or just allow you to follow your habit and obtain your kick without the damaging negative effects associated with cigarettes on my web-site http://electroniccigarette0.com

P.S. I am hoping this will not get deleted due to having a link to my web-site as I only try to inform and help.

Regards

Chrissy M.

hanimah berkata...

saya juga menyokong pendapat yg anda kemukakan di sini..

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita