Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Kahwin Semasa Belajar: Antara Kebaikan dan Cabaran.

Sabtu, 4 Disember 2010
Tahniah diucapkan kepada Azwan a.k.a. Angah & Azizan yang bakal disatukan pada 10.12.10. Daku doakan semua AB berbahagia dan berkekalan 'Sampai Syurga'.

Mendirikan rumahtangga di usia yang muda bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita terutamanya masyarakat Melayu. Fenomena kahwin awal ini seolah-olah menjadi ‘trend’ dan gaya hidup golongan anak muda masa kini terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Di umur seawal 20an mereka sudah mula membicarakan soal perkahwinan. Bagi sesetengah pihak, mereka menerima dan menganggap perkara ini adalah perkara biasa dalam masyarakat Melayu. Tetapi, bagi sesetengah yang lain pula, mereka menganggap situasi dan fenomena ini perlu berubah selaras dengan perkembangan semasa. 

Sesetengah anak muda di zaman ini cenderung  memilih untuk berkahwin awal termasuklah ketika masih lagi bergelar mahasiswa. Fenomena kahwin semasa belajar ini sering kali berlaku di kalangan penuntut pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini. Pada pemerhatian saya, isu perkahwinan di kalangan penuntut  menjadi satu perbincangan yang sentiasa ada pasang surutnya. Ibu bapa, penuntut dan masyarakat dewasa mempunyai pelbagai pandangan dan pendekatan dalam menghadapi fenomena ini. Apa yang pasti, setiap mereka mempunyai pandangan dan pendirian yang tersendiri terhadap perkara ini.

Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Secara umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Sewajarnya masyarakat dewasa, lebih terbuka dan matang dalam membincangkan isu pernikahan, kerana arus kehidupan terus berubah dari semasa ke semasa  menyebabkan pemikiran dan tindakan golongan muda berbeza mengikut faktor persekitaran, latar belakang pendidikan dan taraf ekonomi.

Saya tidak mempunyai masalah terhadap isu kahwin semasa belajar kerana bagi saya kahwin semasa belajar ini ada kebaikan dan cabarannya. Cabaran-cabaran itu, jika berjaya dihadapi dengan sebaiknya, maka rumahtangga tersebut mampu memberi impak positif kepada mahasiswa, jika sebaliknya, maka ia pasti memberi masalah besar kepada mahasiswa tersebut. Beberapa faktor perlu diambil kira jika mahasiswa ingin mendirikan rumahtangga semasa belajar, antaranya kemampuan menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan rumah tangga, kemampuan dari segi kewangan, keterbukaan keluarga dan kesediaan terhadap kehadiran anak. Faktor-faktor ini amat penting untuk diambil kira dan difikirkan sedalamnya  supaya segala masalah yang timbul selepas berkahwin dapat dielakkan.

Secara ringkasnya kebaikan kahwin semasa belajar ialah apabila perkahwinan tersebut mampu memberikan motivasi kepada mereka. Ini kerana mereka merasakan perlu untuk lebih bertanggungjawab dan matang dalam membuat keputusan dan tindakan sama ada terhadap pembelajaran mahupun keluarga. Kehidupan mereka juga lebih teratur dan  terancang dari sudut masa dan aktiviti. Desakan dan keperluan membahagikan dan mencaturkan masa untuk perkara yang lebih penting  perlu diberi keutamaan. Malah, apa yang lebih utama, ianya boleh menghindarkan diri daripada maksiat dan gejala tidak bermoral yang semakin berleluasa di IPTA dan IPTS.

Cabarannya pula adalah kekangan kewangan untuk menanggung pengajian dan keperluan keluarga. Hal ini perlu kepada perancangan yang teliti dan rapi kerana kegagalan dalam menyelesaikan masalah ini mungkin akan menyebabkan pengajian terbantut. Kehadiran anak dalam situasi yang belum bersedia kadang-kala memberi masalah dan cabaran kepada mereka. Justeru, perancangan yang rapi dan matang adalah perlu untuk mengelakkan sebarang masalah timbul. Perkahwinan dalam usia dan keadaan yang belum matang boleh  menyebabkan penceraian berlaku. Justeru, berkahwin semasa atau selepas belajar bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari semua aspek terhadap ilmu dan cabaran alam rumahtangga perlu dititikberatkan dan diutamakan.

Baru-baru ini, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam ucapannya pernah mencadangkan dan menyarankan rakyat Iran terutamanya golongan wanita agar berkahwin pada usia 16 tahun. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang dirasakan munasabah. Saya merasakan cadangan dan saranan ini sebagai suatu yang menarik untuk difikirkan dan dikaji. Di Malaysia, baru-baru ini juga, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Ketua Menterinya Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah mencadangkan supaya ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah. Bagi tujuan berkenaan,  Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. Bagi Kerajaan Negeri Melaka, ini adalah langkah terbaik untuk menangani gejala buang bayi dan kes hamil luar nikah. Namun, saya tidak merasakan ianya adalah penyelesaian terbaik untuk menagani isu ini kerana ianya perlu dilihat kepada punca utama yang lebih mustahak kepada permasalahan ini.

Isu berkahwin semasa belajar ini perlu diteliti dan dibincang secara terbuka dan matang oleh semua pihak. Keterbukaan dalam menerima dan membincangkan isu ini dapat memberi momentum yang positif kepada mahasiswa dalam memastikan mereka memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran mahupun rumahtangga. Setiap keputusan yang dibuat akan memberi impak yang besar kepada mahasiswa, proses pembelajaran, keluaraga juga kepada usaha melahirkan graduan yang berkualiti.

4 comments:

Qaseh shauqah, berkata...

‎"Nikah Kampus" satu solusi untuk mereka yg tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yg mantap untuk menghadapi fenomena sosial yg menggila.

Qaseh shauqah, berkata...

‎"Nikah Kampus" satu solusi untuk mereka yg tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yg mantap untuk menghadapi fenomena sosial yg menggila.

Qaseh shauqah, berkata...

‎"Nikah Kampus" satu solusi untuk mereka yg tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yg mantap untuk menghadapi fenomena sosial yg menggila.

Hardy Boy berkata...

Bagi pendapat saya pula,untuk lelaki/bakal suami kejarlah dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajr 4 tahun, compress jadikan 3 tahun), Dapatkan Kerja Terbaik Cepat-Cepat, Kumpul Duit Secukupnya cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana. Menjadi seorang suami bermakna lelaki tersebut perlu memikul amanah yang cukup besar tau. Sekadar pendapat saya, maafkan saya jika tersilap.hehehehe


Entry saya berkenaan tajuk ini >>>
KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita