Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Pembangunan Terancang Menjamin Kestabilan Sosio Negara.

Selasa, 18 Januari 2011


Dalam mendepani persaingan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, China dan beberapa buah negara maju lain, Malaysia bijak mengatur strategi dalam memastikan kestabilan ekonomi, politik dan sosial negara berada di paras yang utuh sama ada di peringkat nasional mahupun  di persada antarabangsa. Persaingan kuasa-kuasa besar ini memberi kesan positif juga negatif terhadap pembangunan dan kestabilan Malaysia. Pembangunan infrastuktur, teknologi dan perkhidmatan terus dipertingkatkan kearah menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Tindakan strategik dan sistematik terhadap setiap pelan pembangunan negara adalah sangat mustahak untuk dipraktikkan bagi memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan di Malaysia adalah pembangunan terancang dan bersifat mesra masyarakat agar keharmonian dan kesejahteraan rakyat dapat dipelihara. Saya sangat optimis dengan apa jua cadangan pembangunan oleh kerajaan kerana saya pasti setiap pembangunan yang dicadangkan adalah untuk mengangkat nama negara dipersada antarabangsa malah ianya sekaligus dapat membuka peluang kepada Malaysia dalam banyak aspek terutamanya aspek ekonomi dan hubungan serantau. Namun, setiap pembangunan yang dicadangkan haruslah mengambil kira pandangan dan kesesuaian keadaan sosio masyarakat pada hari ini. Setiap pembangunan dan cadangan kerajaan akan memberi kesan kepada masyarakat. Justeru, saya merasakan mereka mempunyai hak untuk menyatakan pendirian mereka terhadap setiap cadangan yang dibuat.
Menara Warisan dengan ketinggian 100 tingkat merupakan satu lagi projek pembangunan mega negara yang dibentangkan di dalam Bajet Belanjawan 2011 baru-baru ini. Projek mega bersepadu yang bernilai RM 5 Billion ini akan dibina bersebelahan Stadium Negara dan Stadium Merdeka yang akan dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan dijangka siap pada tahun 2015 nanti. Menara Warisan ini dikatakan antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.
Secara realitinya, Malaysia masih lagi berada dalam kemelut krisis ekonomi dunia. Dalam keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya ini, saya merasakan projek Menara Warisan ini tidak begitu mustahak untuk dilaksanakan pada masa ini. Masih banyak perkara yang lebih penting perlu diutamakan oleh kerajaan contohnya menyelesaikan projek projek terbengkalai, melangsaikan hutang negara, mengurangkan kadar rasuah, menaiktarafkan infrastruktur di kawasan pedalaman termasuklah di Sabah dan Sarawak agar ianya setara dengan tahap prasarana yang ada di negeri-negeri lain. Pada pendapat saya, dalam melaksanakan sesuatu pelan pembangunan, kerajaan perlu memberi dan melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan beberapa faktor antaranya jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita bagi memastikan negeri dan masyarakat  miskin tidak terbeban. 

Saya bukanlah golongan yang anti pembangunan. Cuma saya merasakan, projek Menara  Warisan ini tidak perlu dilaksanakan setelah melihat kepada kesan jangka panjang terhadap sosio masyarakat di negara ini. Ya, saya faham bahawa jika projek Menara Warisan ini benar-benar dilaksanakan, ianya akan memberi peluang kepada Malaysia dalam aspek ekonomi seterusnya dapat menarik perhatian dunia kepada negara ini. Namun, persoalannya adakah ianya akan memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat, atau ianya hanya kepada segelintir golongan sahaja? Dalam masa yang sama, adakah rakyat bawahan mendapat kesan positif dengan pembinaan Menara Warisan ini? Secara jujurnya saya merasakan, kemungkinan besar ianya tidak menyeluruh dan mungkin tidak memberi kesan langsung.
Kesan sosial dari pembinaan ini akan menyebabkan taraf hidup masyarakat meningkat dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada rakyat itu sendiri. Cukai akan dikenakan dan harga barangan akan menjadi lebih tinggi. Kos dan taraf hidup yang tinggi akan membebankan rakyat terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah. Hal-hal sebegini perlu diteliti sepenuhnya selaras dengan Program Transformasi Ekonomi ( PTE) dan Model Ekonomi Baru (MEB) kearah membaik pulih taraf hidup dan tahap kemiskinan di Malaysia.
Saya faham bahawa kerajaan mengemukakan cadangan pembangunan ini untuk kepentingan jangka panjang, tetapi kerajaan juga seharusnya faham bahawa setiap tentangan dan bantahan terhadap pembangunan Menara Warisan ini juga adalah setelah mengambil kira kesan jangka panjang kepada negara dan rakyat. Tidak mempunyai banyak bangunan pencakar langit tidak bermaksud negara tidak membangun. Sebagai rakyat Malaysia, saya menginginkan kemajuan dan pembangunan yang terancang supaya pembangunan yang membazirkan dapat dielakkan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

betul3...

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita