Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

mengUBAH UIAM

Rabu, 29 Februari 2012
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 JOM UBAH sememangnya menerima pelbagai reaksi sejak kemunculannya seawal Februari 2012. Sama ada reaksi yang baik atau tidak, terpulang kepada pihak JOM UBAH sendiri untuk menilainya. Tidak dinafikan, bukan semua yang dilontarkan, salah. Ada isu-isu yang dikemukakan, punya logiknya. Kalau tidak, masakan ada pembaca yang menyokong JOM UBAH bukan? Jujur dirasakan, bukan sekadar pihak JOM UBAH yang sedar akan isu-isu tersebut, bahkan juga majoriti mahasiswa malah pihak SRC dan pentadbiran sendiri. Tidak percaya? Mana mungkin pihak SRC tidak mengetahui isu-isu mahasiswa sedangkan mereka juga mahasiswa,  yang juga tinggal di mahallah, menghadiri kelas, tugasan, kuiz, perbincangan dalam kumpulan, projek, peperiksaan, menikmati hidangan di kafeteria, beriadah di padang, mengulangkaji di perpustakaan, menghadap birokrasi pentadbiran universiti. Bagaimana pula dengan pihak pentadbiran universiti? Mereka juga tahu akan isu-isu kita, bezanya mereka tidak berada di tempat kita untuk merasa sendiri kehidupan sebagai mahasiswa UIAM.
Semua sedia maklumakan  apa yang perlu diUBAH di UIAM. Mahasiswa mahukan, tiada lagi kedengaran isu internet yang lambat di mahallah, isu anjing-anjing yang berkeliaran, isu monyet mencuri makanan di dalam bilik, isu ketidakadilan pihak keselamatan menyaman mahasiswa, isu kehilangan komputer riba, telefon bimbit, motosikal, isu harga makanan, isu pegawai yang lambat bertindak, kurang beradab, isu bas tidak mencukupi dan sejuta macam lagi isu yang wujud di UIAM. Ha, mungkin JOM UBAH boleh tolong nukilkan sekali isu rokok, isu berpacaran mahasiswa, isu ‘sotong’, isu seluar pendek mahasiswa lelaki di padang, isu aurat mahasiswa perempuan. Bermacam lagi isu yang boleh diketengahkan dan saya percaya JOM UBAH boleh fikirkan sendiri sementara menunggu pengumuman Pilihan Raya Kampus 2012.
Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya rasakan WAJIB untuk JOM UBAH perjelaskan sebelum JOM UBAH mencungkil satu persatu kebobrokan SRC UIAM. Pertamanya, JOM UBAH WAJIB untuk memberikan fakta yang tepat dalam penulisan mereka. Kita tidak perlu untuk pergi jauh, cukup dengan kenyataan pihak JOM UBAH melalui artikel keluaran mereka pada 18 Februari 2012 yang menyebut mengenai calon Kulliyyah Kejuruteraan yang menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK). Mungkin saya tersalah baca tetapi saya pasti kenyataan JOM UBAH yang berbunyi Untuk pengetahuan anda saudara Firwan Norliza telah memegang kuasa SRC selama dua penggal(2009/2010-2010/2011) dek kerana menang tanpa bertanding di Kuliyyah of Engineering.’; sememangnya tersasar sama sekali. Bukan sahaja fakta yang diberikan salah, malah JOM UBAH juga seperti tidak peka dengan perkembangan SRC UIAM. Untuk pengetahuan JOM UBAH, pada sesi Pilihanraya Kampus 2009/2010, terdapat tiga calon yang bertanding bagi kerusi Kulliyyah Kejuruteraan. Pihak JOM UBAH semestinya pandai mengira, sekiranya terdapat lebih daripada dua calon yang bertanding, pertandingan akan diadakan kerana hanya dua mahasiswa daripada setiap kulliyyah yang akan menjadi wakil di SRC. Malah, bukan sahaja semasa sesi Pilihanraya Kampus 2009/2010, bahkan juga pada sesi 2008/2009. Anda perasan? Ya, sesi 2008/2009, bukannya sesi 2010/2011. Kesilapan menaip mungkin.
Saya ada satu soalan kepada pihak JOM UBAH. Pernahkah pihak JOM UBAH berborak bersama mahasiswa IPTA lain berkenaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mereka? Saya pasti JOM UBAH pernah mengambil tahu tentang MPP IPTA lain kerana JOM UBAH perlu melakukan analisis yang terperinci untuk mengUBAH UIAM. Apakah antara soalan yang terawal JOM UBAH ajukan? Saya menjangkakan,”Bagaimana ya MPP di sini?”; maaf sekiranya saya tersilap membuat andaian. Tetapi sekiranya benar, saya pasti, antara jawapan yang JOM UBAH terima adalah, “MPP (SRC) tak buat kerja pun. Tahu nak populariti sahaja” atau mungkin “Ntah, tak pernah ambil tahu pun tentang MPP”. Benar, masalah yang hampir sama juga berlaku di IPTA lain. Bagi saya, ada dua keberangkalian di sini. Pertama, benar SRC sememangnya tidak melaksanakan tanggungjawab dan manifesto mereka dengan sebaiknya atau kedua, SRC telah menjalankan amanah sewajarnya tetapi makluman tidak sampai keseluruhnya kepada mahasiswa. Saya berpendapat, JOM UBAH berpegang kepada keberangkalian yang pertama.
Sebagai manusia, semua melihat kepada hasil daripada usaha. Tidak menyalahkan JOM UBAH yang merasakan SRC tidak berfungsi dengan baik. JOM UBAH mempunyai pendapat tersendiri. Cuma, pernahkan JOM UBAH baca dan nilai satu persatu, sekurangnya singgah sebentar ke papan kenyataan untuk membaca laporan wakil kulliyyah berkenaan manifesto mereka dan laporan SRC keseluruhannya daripada sekretariat SRC masing-masing? Sekiranya JOM UBAH ada membacanya, (dan saya percaya JOM UBAH ada ambil peduli untuk membaca setiap laporan SRC), tidakkah JOM UBAH merasakan SRC UIAM berusaha untuk mengUBAH UIAM? Mungkin kami (SRC) tersilap, kami “hanyalah bagai melepaskan batuk di tangga”. Tapi sekiranya tidak sempat untuk JOM UBAH membaca laporan tersebut, samaada laporan tersebut dengan sendirinya tertanggal atau terkoyak atau tidak tertampal sama sekali; disini saya sertakan ‘link’ untuk JOM UBAH.
 

Dan satu lagi, gambar terakhir tersebut, bukanlah antara bilik yang dijanjikan. Hanyalah satu bilik untuk ‘brothers’ dan satu bilik untuk ‘sisters’. Kesilapan meletakkan gambar mungkin untuk gambar yang ketiga.

Untuk makluman pembaca, SRC UIAM adalah satu-satunya IPTA di Malaysia yang mengadakan Menyuarat Agung Tahunan atau lebih dikenali sebagai Annual General Meeting (AGM). Pihak JOM UBAH semestinya sudah tahu bukan? Saya musykil, benarkah cara JOM UBAH untuk melepaskan segala ketidakpuasan di alam maya? Itu pun setelah hampir satu tahun sesi SRC 2010/2011? Kenapa tidak terus sahaja bangun untuk bertanyakan soalan semasa AGM SRC 2009/2010? Seingat saya, hanya satu soalan berkenaan manifesto dan itu pun bukan ditujukan kepada wakil Kulliyyah Kejuruteraan. Pihak JOM UBAH semestinya hadir bukan semasa AGM? Mana mungkin pihak yang peka untuk mengUBAH UIAM tidak hadirAGM SRC, sungguh tidak logik. Walaupun esoknya pihak JOM UBAH ada tugasan untuk dihantar atau kuiz untuk dihadiri, saya pasti pihak JOM UBAH akan cuba sedaya upaya untuk hadirkan diri demi untuk mengUBAH UIAM.
Berkenaan “Dana yang diberikan sepanjang dua penggal pemerintahan, kita rasa lebih dari cukup untuk menyelesaikan masalah ini”; benarkan untuk saya bertanya, berapa puluh ribu ringgit dana yang diterima oleh SRC UIAM? Berapa pula dana yang diperuntukkan pihak HEP IPTA lain kepada MPP mereka? Saya sekali lagi percaya pihak JOM UBAH tahu berapakah dana untuk SRC UIAM dan berapa pula yang diterima oleh MPP IPTA lain. Untuk makluman pembaca, pada sesi 2009/2010, MPP UKM menerima peruntukan RM100,000.00, MPP UMK sebanyak RM80,000.00, MPP UTeM sebanyak RM75,000.00 dan RM180,000.00 untuk MPP UMT. Cukuplah serba sedikit sekadar makluman pembaca. Itu tidak lagi termasuk aksesori untuk MPP, baju batik, blazer, baju korporat. Ada juga yang diberi pengecualian yuran penginapan kolej malah ada yang menerima elaun sebagai MPP. MPP UIAM? RM150,000.00? RM100,000.00 atau mungkin RM50,000.00? Tidak, hanyalah RM20,000.00 untuk sesi 2009/2010. Itu belum lagi dikira semasa sesi 2008/2009, juga RM20,000.00 tetapi perlu dibahagi dua untuk kampus UIA di Kuantan. Ya, sememangnya lebih daripada cukup, cukup 23,000 mahasiswa menerima 0.87 sen kebajikan daripada SRC UIAM. 0.87 sen untuk setiap mahasiswa menghadiri program SRC, kebajikan, tribune, laporan SRC dan lain-lain. SRC UIAM tidak seperti MPP IPTA lain yang disediakan dana khas daripada setiap mahasiswa. Tidak seperti pihak mahallah yang menerima RM50.00 untuk setiap penghuni. Pihak JOM UBAH mungkin boleh usahakan untuk pihak SPRM menjalankan siasatan keatas setiap penyelewengan sesi SRC UIAM terdahulu.
Sepanjang pihak JOM UBAH menuntut di UIAM, pernah kita dengar mahasiswa UIAM disabitkan dengan AUKU? Tidak, kerana UIAM tidak terikat dengan AUKU tetapi Perlembagaan UIAM adalah sebahagian terjemahan AUKU di dalam Bahasa Inggeris. “Sepanjang pemerintahan saudara Firwan, beliau dilihat lebih cenderung kearah POLITIK kepartian diluar”;sungguh tidak bijak pihak pentadbiran UIAM, Presiden MPP UIAM “Duduk bersama-sama pemimpin pembangkang memberikan ceramah dimana-mana.”,tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan? Selepas hampir satu tahun pun, pihak JOM UBAH masih kenal siapakah Muhammad Firwan Norliza tetapi semasa berjawatan, tiada siapa yang kenal?
Bertanding untuk ASPIRASI tapi setelah menang mengaku PRO-M.”;saya juga ingin melihat sendiri kenyataan tersebut. Mungkin saya tidak cukup ambil peduli tentang setiap kenyataan exco SRC. Tidak mungkin pihak JOM UBAH tidak menyimpan segala bukti yang wujud bukan?
Tahniah kepada pihak JOM UBAH atas usaha yang baik untuk mengUBAH UIAM. Sebagai alumni UIAM, saya mencadangkan untuk pihak JOM UBAH sentiasa mengamalkan sikap ‘tidak mahu memfitnah atau mengeluarkan fakta yang salah, tetapi kita semua mampu berfikir dengan WARAS.’
Buat pembaca, teruskan menyokong JOM UBAH. Saya semestinya menyokong JOM UBAH ‘mengajak MAHASISWA UIAM semua lihat dan berfikir, jika manifesto yang mudah ini pun tak dapat dilaksanakan dalam masa tempoh dua penggal, apatah lagi manifesto-manifesto yang lebih besar kapasitinya’. Oh, abaikan sahaja‘Melepaskan batuk di tangga, dua penggal(2009/2010-2010/2011), menang tanpa bertanding, dana yang besar, ceramah politik, melompat parti’. Semuanya itu hanyalah kesilapan menaip. Sekali lagi, mereka semua‘tidak mahu memfitnah atau mengeluarkan fakta yang salah’. Mereka sememangnya sudah bersedia mengorbankan masa sendiri di malam hari, di selang masa kelas, birokrasi pentadbiran, dikritik pengundi, mula belajar untuk kuiz esoknya bermula pukul 12 tengah malam, menggunakan duit sendiri untuk menunaikan manifesto, menggunakan kenderaan sendiri untuk ke program-program jemputan. 
Akhirnya, sebagai SRC yang gagal bermula daripada abang-abang dan kakak-kakak sejak sesi SRC 1985/1986, mungkin pihak JOM UBAH boleh MEMPERTIMBANGKAN cadangan:
1)      Tonjolkan diri. Mahasiswa tidak mahu pemimpin mereka yang DAYUS.
2)      Jangkaan masa untuk menyelesaikan segala isu berulang sejak berkurun lama selepas memenangi PRK.
3)      Manifesto PRK SRC JOM UBAH.
4)      Gerak gempur perlaksanaan Manifesto PRK SRC JOM UBAH.
5)    Memastikan setiap manifesto tidak ‘manifesto tinggal manifesto’ walau sudah bertahun anda meninggalkan UIAM.
Undilah JOM UBAH, kerana mereka bukanlah hanya   
‘menanam tebu di bibir’
JOM UBAH!
والسلام

“Wahai orang-orang yang Beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan.”
(al-Hujurat:6)



1 comments:

cikEff berkata...

rindu uia. campus life~

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita