Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Mari Bersugi !!!

Rabu, 29 Disember 2010

Advantages of the Miswaak:

1. Miswaak strengthens the gums and prevents tooth decay.
2. Miswaak assists in eliminating toothaches and prevents further increase of decay which has already set in.
3. Miswaak creates a fragrance in the mouth.
4. Miswaak is a cure for illness.
5. Miswaak eliminates bad odors and improves the sense of taste.
6. Miswaak sharpens the memory.
7. Miswaak is a cure for headaches.
8. Miswaak creates lustre (noor) on the face of the one who continually uses it.
9. Miswaak causes the teeth to glow.
10. Miswaak strengthens the eyesight.
11. Miswaak assists in digestion.
12. Miswaak clears the voice.
13. 
The greatest benefit of using miswaak is gaining the pleasure of Allah.
14.  
The reward of Salaah (Prayers) is multiplied 70 times if Miswaak was used before it.

Times when usage of Miswaak is Sunnah:

1. For the recitation of the Qur'an.
2. For the recitation of Hadith.
3. When the mouth emits and odor.
4. For the learning or teaching of virtues of Islaam.
5. For making Dhikrullah (Remebrance of Allah, meditation).
6. After entering ones home.
7. Before entering any good gathering.
8. When experiencing pangs of hunger and thirst.
9. After the signs of death are evident.
10. At the time of Sehri.
11. Before meals.
12. Before undertaking a journey.
13. On returning from a journey.
14. Before sleeping.
15. Upon awakening.

ADAB (Etiquette) OF THE MISWAAK

(1) The Miswaak should be a straight twig, devoid of roughness.
(2) The Miswaak should be clean.
(3) The Miswaak should not be too hard nor too soft.
(4) The Miswaak should not be used while one is lying down.
(5) The new Miswaak should be approximately 8 inches (a hand-span) in length.
(6) The Miswaak should be the thickness of the forefinger.
(7) Before using the Miswaak, it should be washed.
(8) After use it should be washed as well.
(9) The Miswaak should not be sucked.
(10) The Miswaak should be placed vertically when not in use. It should not be thrown onto the ground.
(11) If the Miswaak is dry it should be moistened with water prior to use. This is Mustahab. It is preferable to moisten it with Rose water.
(12) The Miswaak should not be used in the toilet.
(13) The Miswaak should be used at least thrice (brush three times) for each section of the mouth, e.g. brush the upper layer of teeth thrice, then the lower layer thrice, etc.
(14) The Miswaak should not be used at both ends.
(15) The Miswaak should not be taken from an unknown tree as it may be poisonous.

Read More...

Kebebasan Media Cerminan Demokrasi Negara.

Isnin, 27 Disember 2010

Media merupakan medium utama dalam menyampaikan maklumat dan menjayakan agenda-agenda negara khususnya dalam mendepani cabaran arus globalisasi. Umum mengetahui bahawa media berperanan besar dalam proses pembentukan, pembangunan serta kestabilan sesebuah negara termasuklah dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Masyarakat seluruh dunia bergantung sepenuhnya kepada media untuk mendapatkan maklumat dan informasi. Atas kebergantungan ini, media dilihat sebagai penyalur maklumat utama kepada masyarakat secara pantas dan telus. Media bukan saja berperanan menyampaikan maklumat dalam ruang lingkup semasa malah juga memainkan peranan penting dalam memberitahu, mendidik dan memotivasikan masyarakat terhadap pembangunan yang direncanakan oleh kerajaan.

Namun, ketelusan media dalam memaparkan dan menyampaikan maklumat dan informasi mula dipersoalkan oleh masyarakat pada hari ini. Situasi ini berlaku apabila masyarakat melihat media seakan dijadikan alat dan senjata utama kepada sesetengah pihak terutamanya parti-parti politik dalam menyebarkan agenda-agenda mereka tanpa mengambil kira ketulenan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pihak media. Tidak terkecuali, media juga dijadikan sebagai wadah yang berkesan dalam memastikan kepentingan sesetengah pihak terjaga. Justeru, persoalan yang perlu dijawab oleh semua pihak terutamanya pihak media adalah sejauh mana ketelusan media menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat itu dipikul.

Jika dilihat dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia, jelas menggariskan tentang kebebasan bersuara. Perkara ini dilihat selari dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini yang mana menekankan beberapa hak dan kebebasan asas terhadap masyarakatnya. Namun persoalannya, sejauh mana kebebasan ini boleh dipraktikkan tanpa sekatan dan campur tangan daripada mana-mana pihak yang berpengaruh politik? Dalam konteks media di Malaysia, kebebasan untuk menulis, mengeluarkan pendapat, bersuara dan mengkritik adalah tertakluk kepada Perkara 10 (2) di mana, parlimen telah diberi kuasa untuk membuat sekatan tertentu kepada Perkara 10 bagi tujuan menjaga keamanan negara, menjaga kepentingan keselamatan negara, menjaga hubungan baik dengan negara-negara lain, menjaga kepentingan akhlak dan sekatan bagi melindungi keistimewaan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Daripada sudut teorinya, saya melihat apa saja yang terkandung dalam perlembagaan dan dijadikan sistem di negara ini adalah sangat cantik dan sistematik tetapi daripada sudut praktikalnya, saya merasakan banyak perkara yang harus diteliti semula termasuklah kebebasan dan ketelusan media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Secara kasarnya, saya melihat seolah-olah media di negara ini sedang dikawal oleh pihak-pihak tertentu untuk menjaga kepentingan masing-masing. Pengawalan media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat ini adakalanya perlu tetapi jika terlalu dikawal dan dikongkong, saya khuatir, ketelusan dan kebebasan media dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya akan tergugat. Pelbagai akta dibuat untuk mengawal kebebasan Media di Malaysia, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan (SA), Akta Percetakan dan Penerbitan (PPPA), Akta Penyiaran, Akta Penerbitan Bahan Import, Akta BERNAMA dan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam sistem demokrasi, media dianggap sebagai ‘public watchdog’ atau pemerhati kepada masyarakat. Empat elemen utama dalam sistem ini adalah Badan Perundangan, Badan Kehakiman, Badan Eksekutif (Kerajaan) dan media massa. Keempat-empat elemen ini sepatutnya tidak berkait antara satu sama lain. Media sebagai ‘public watchdog’ sepatutnya berupaya melaporkan apa sahaja isu yang berkaitan dengan kesemua elemen berkenaan. Namun apa yang berlaku, media seolah-olah diikat dan ditarik kebebasannya dari terus bersikap telus dan adil dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Pada pandangan saya, demokrasi tidak harus digadaikan atas nama kebebasan media yang tidak bertanggungjawab. Media adalah ejen perpaduan penting dalam menghapuskan konflik yang bertentangan dengan nilai dan sikap masyarakat pelbagai kaum. Peranan media sebagai alat interpretasi sosial dan cermin yang memantulkan masalah, kehendak dan aspirasi rakyat hendaklah diutamakan. Tanpa maklum balas yang jujur sudah tentu sukar bagi kerajaan mencerminkan dirinya.

Kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan ketelusan media melaporkan sesuatu isu agar masyarakat lebih yakin dan percaya terhadap kredibiliti media itu sendiri. Justeru, saya menyarankan kepada semua pihak khususnya pihak media agar dapat mengembalikan kredibiliti mereka sebagai agen penghubung masyarakat. Media hendaklah memainkan peranannya secara profesional. Semua pihak harus bersikap terbuka dalam menerima laporan atau kritikan media tentang kekurangan yang ada pada mereka. Media perlu bertindak bijak dan bebas tanpa terpengaruh dan terikat dengan mana-mana pihak. Ketelusan media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat adalah penting kerana ianya mencerminkan dasar keterbukaan dan ketelusan sesebuah negara.
Read More...

Penswastaan: Kesan kepada Negara dan Rakyat

Rabu, 15 Disember 2010
  
Dasar penswastaan merupakan agenda besar-besaran dunia sejak diperkenalkan lebih 20 tahun lalu oleh kuasa kapitalis dunia iaitu Amerika Syarikat dan Britain. Dasar ini diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara kapitalis iaitu Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Dengan sokongan organisasi-organisasi seperti Bank Dunia, Tabung Dana Antarabangsa, IMF dan Bank Pembangunan Asia, dasar ini berjaya memberi faedah yang besar kepada kerajaan yang melaksanakannya termasuklah dari segi pendapatan negara dan keutuhan politik. Dasar penswastaan  adalah fenomena politik dan ekonomi yang dilaksanakan sebagai pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Dengan itu, kuasa membuat keputusan kini beralih daripada tangan orang ramai kepada pihak swasta atau pemilik baru organisasi awam.
Malaysia menjadi antara negara terawal melaksanakan dasar ini di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara syarikat awam yang diswastakan sejak tahun 1980an termasuklah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Telekom Malaysia. Terkini, kerajaan juga berhasrat untuk menswastakan air  negeri Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Proses penswastaan air Selangor kepada syarikat SYABAS ini mencetuskan reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah kerajaan negeri Selangor, parti-parti politik serta golongan masyarakat. Keputusan kerajaan persekutuan untuk menswastakan bekalan air Selangor kepada SYABAS ini menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana ia melibatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Selangor khususnya mereka yang berada di sekitar Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya.
Pada dasarnya, saya melihat penswastaan merupakan salah satu langkah kerajaan untuk meningkatkan pendapatan negara. Ini kerana, penswastaan dilihat sebagai peralihan kuasa monopoli kepada pihak swasta untuk memaksimumkan keuntungan. Namun, dari sudut lain, ia akan memberi impak besar kepada masyarakat apabila penswastaan yang dilakukan hanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Dalam hal ini, ketelusan pihak kerajaan dalam melaksanakan dasar ini amatlah memberi kesan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Saya tidak bersetuju dengan cadangan penswastaan air Selangor ini jika alasan yang diberikan adalah kerana kerajaan terpaksa menaggung kerugian yang besar akibat daripada pembaziran dan sikap mereka yang gagal membayar bil air. Alasan yang diberikan adalah tidak munasabah kerana saya melihat perkara ini berkaitan dengan pengurusan. Kelemahan pengurusan sebelum ini  telah memberi kesan kepada kebajikan rakyat Selangor. Justeru, kerajaan seharusnya memantapkan dan menambahbaikkan sistem pengurusan air yang cekap bukannya menswastakan terus kepada SYABAS.
Saya melihat dasar penswastaan air Selangor ini bakal memberi kesan buruk kepada masyarakat khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Tarif dan kadar air yang tinggi selepas penswastaan akan memberi bebanan kepada golongan ini. Mereka terpaksa menaggung kos yang tinggi untuk mendapatkan bekalan air. Selain itu, golongan yang akan turut terjejas dan menanggung kesan langsung ekoran dasar ini adalah rakyat yang tidak berkepentingan di dalam kerajaan atau parti-parti pemerintah. Mereka ini adalah rakyat biasa yang tidak mempunyai jawatan tinggi tetapi terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan. Penswastaan air ini jelas sekali memberi implikasi buruk kepada sektor kebajikan rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bakal menerima kesan akibat dasar penswastaan ini, saya menyeru pihak kerajaan untuk menarik balik dan mengkaji semula cadangan menswastakan air Selangor kepada SYABAS. Apa yang lebih mustahak adalah kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan jabatan berkenaan  termasuk meningkatkan prasarana dan kemudahan yang berkaitan. Pengurusan yang telus dan pemantauan yang cekap  akan menjamin kebajikan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Perlaksanaan apa sahaja dasar kerajaan memerlukan keseimbangan yang teliti yang memberi faedah kepada kerajaan serta rakyat supaya semua pihak dilindungi dan bukan dieksploitasi semata-mata untuk keuntungan segelintir pihak tertentu.
Read More...

HM - Dec 13, 2010 - Cabaran jadi suami isteri

Isnin, 13 Disember 2010


Read More...

BH - Dec 9, 2010 - Transformasi perlu ada had, batas

Ahad, 12 Disember 2010

Read More...

Kahwin Semasa Belajar: Antara Kebaikan dan Cabaran.

Sabtu, 4 Disember 2010
Tahniah diucapkan kepada Azwan a.k.a. Angah & Azizan yang bakal disatukan pada 10.12.10. Daku doakan semua AB berbahagia dan berkekalan 'Sampai Syurga'.

Mendirikan rumahtangga di usia yang muda bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita terutamanya masyarakat Melayu. Fenomena kahwin awal ini seolah-olah menjadi ‘trend’ dan gaya hidup golongan anak muda masa kini terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Di umur seawal 20an mereka sudah mula membicarakan soal perkahwinan. Bagi sesetengah pihak, mereka menerima dan menganggap perkara ini adalah perkara biasa dalam masyarakat Melayu. Tetapi, bagi sesetengah yang lain pula, mereka menganggap situasi dan fenomena ini perlu berubah selaras dengan perkembangan semasa. 

Sesetengah anak muda di zaman ini cenderung  memilih untuk berkahwin awal termasuklah ketika masih lagi bergelar mahasiswa. Fenomena kahwin semasa belajar ini sering kali berlaku di kalangan penuntut pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini. Pada pemerhatian saya, isu perkahwinan di kalangan penuntut  menjadi satu perbincangan yang sentiasa ada pasang surutnya. Ibu bapa, penuntut dan masyarakat dewasa mempunyai pelbagai pandangan dan pendekatan dalam menghadapi fenomena ini. Apa yang pasti, setiap mereka mempunyai pandangan dan pendirian yang tersendiri terhadap perkara ini.

Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Secara umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Sewajarnya masyarakat dewasa, lebih terbuka dan matang dalam membincangkan isu pernikahan, kerana arus kehidupan terus berubah dari semasa ke semasa  menyebabkan pemikiran dan tindakan golongan muda berbeza mengikut faktor persekitaran, latar belakang pendidikan dan taraf ekonomi.

Saya tidak mempunyai masalah terhadap isu kahwin semasa belajar kerana bagi saya kahwin semasa belajar ini ada kebaikan dan cabarannya. Cabaran-cabaran itu, jika berjaya dihadapi dengan sebaiknya, maka rumahtangga tersebut mampu memberi impak positif kepada mahasiswa, jika sebaliknya, maka ia pasti memberi masalah besar kepada mahasiswa tersebut. Beberapa faktor perlu diambil kira jika mahasiswa ingin mendirikan rumahtangga semasa belajar, antaranya kemampuan menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan rumah tangga, kemampuan dari segi kewangan, keterbukaan keluarga dan kesediaan terhadap kehadiran anak. Faktor-faktor ini amat penting untuk diambil kira dan difikirkan sedalamnya  supaya segala masalah yang timbul selepas berkahwin dapat dielakkan.

Secara ringkasnya kebaikan kahwin semasa belajar ialah apabila perkahwinan tersebut mampu memberikan motivasi kepada mereka. Ini kerana mereka merasakan perlu untuk lebih bertanggungjawab dan matang dalam membuat keputusan dan tindakan sama ada terhadap pembelajaran mahupun keluarga. Kehidupan mereka juga lebih teratur dan  terancang dari sudut masa dan aktiviti. Desakan dan keperluan membahagikan dan mencaturkan masa untuk perkara yang lebih penting  perlu diberi keutamaan. Malah, apa yang lebih utama, ianya boleh menghindarkan diri daripada maksiat dan gejala tidak bermoral yang semakin berleluasa di IPTA dan IPTS.

Cabarannya pula adalah kekangan kewangan untuk menanggung pengajian dan keperluan keluarga. Hal ini perlu kepada perancangan yang teliti dan rapi kerana kegagalan dalam menyelesaikan masalah ini mungkin akan menyebabkan pengajian terbantut. Kehadiran anak dalam situasi yang belum bersedia kadang-kala memberi masalah dan cabaran kepada mereka. Justeru, perancangan yang rapi dan matang adalah perlu untuk mengelakkan sebarang masalah timbul. Perkahwinan dalam usia dan keadaan yang belum matang boleh  menyebabkan penceraian berlaku. Justeru, berkahwin semasa atau selepas belajar bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari semua aspek terhadap ilmu dan cabaran alam rumahtangga perlu dititikberatkan dan diutamakan.

Baru-baru ini, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam ucapannya pernah mencadangkan dan menyarankan rakyat Iran terutamanya golongan wanita agar berkahwin pada usia 16 tahun. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang dirasakan munasabah. Saya merasakan cadangan dan saranan ini sebagai suatu yang menarik untuk difikirkan dan dikaji. Di Malaysia, baru-baru ini juga, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Ketua Menterinya Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah mencadangkan supaya ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah. Bagi tujuan berkenaan,  Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. Bagi Kerajaan Negeri Melaka, ini adalah langkah terbaik untuk menangani gejala buang bayi dan kes hamil luar nikah. Namun, saya tidak merasakan ianya adalah penyelesaian terbaik untuk menagani isu ini kerana ianya perlu dilihat kepada punca utama yang lebih mustahak kepada permasalahan ini.

Isu berkahwin semasa belajar ini perlu diteliti dan dibincang secara terbuka dan matang oleh semua pihak. Keterbukaan dalam menerima dan membincangkan isu ini dapat memberi momentum yang positif kepada mahasiswa dalam memastikan mereka memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran mahupun rumahtangga. Setiap keputusan yang dibuat akan memberi impak yang besar kepada mahasiswa, proses pembelajaran, keluaraga juga kepada usaha melahirkan graduan yang berkualiti.
Read More...

BH - Dec 2, 2010 - Generasi muda perlu berjiwa besar

Jumaat, 3 Disember 2010



Read More...

Malaysia Era Transformasi : Realiti dan Kesan Jangka Panjang.

Rabu, 1 Disember 2010

Dasar transformasi  kerajaan  yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini menjanjikan satu gelombang perubahan yang besar kepada pembangunan  negara dalam aspek ekonomi, perkhidmatan dan sosial negara. Transformasi kerajaan yang diperkenalkan ini sejajar dengan persiapan negara  untuk mendepani arus globalisasi dan cabaran Wawasan 2020. Di era YTM Tunku Abdul Rahman, semangat kemerdekaan dan kesatuan telah diperkenalkan, kemudian pendidikan kebangsaan menjadi dasar dalam kepimpinan Tun Abdul Razak. Selepas itu, Tun Hussein Onn memperkenalkan konsep perpaduan dan keadilan, Tun Mahathir pula lebih kepada perindustrian dan penswastaan. Di era Tun Abdullah pula, Islam Hadhari dan ketika ini 1 Malaysia dan transformasi sedang diperkatakan.
Secara umumnya, pelan  transformasi yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan  ini dilihat sebagai  langkah yang baik kearah proses pembaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia yang inginkan perubahan kearah kebaikan dalam semua aspek, saya menyambut baik hasrat kerajaaan untuk menjayakan pelan transformasi ini selagi mana ianya tidak menyalahi batas agama, norma dan tata susila masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap program transformasi yang diperkenalkan hendaklah diteliti dan dikaji secara holistik dan mendalam terhadap  kesan jangka panjang, manfaat, risiko serta masalah yang bakal dihadapi pada masa hadapan. Setiap program transformasi yang dijalankan juga perlulah mengambil kira kepentingan rakyat  Malaysia secara keseluruhannya  kerana  setiap keputusan dan dasar yang digubal oleh pihak kerajaan akan memberi kesan besar kepada masyarakat. Oleh itu, perlaksanaan pelan transformasi ini perlulah bersifat saksama dan telus  tanpa memberi kepentingan kepada mana-mana pihak.
Saya sangat optimis dengan apa jua cadangan kerajaan sekiranya cadangan itu memberi kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Namun, jika sekiranya cadangan itu bertentangan  dengan batas agama, norma dan tatasusila masyarakat, saya tidak teragak-agak untuk membantah setiap cadangan kerajaan. Membantah bukan bererti membangkang secara membabi buta tanpa usul periksa, tetapi selepas mengkaji dan meneliti secara holistik terlebih dahulu. Dalam hal ini, kita seharusnya berfikir dan bertindak matang dan bijak kerana ianya melibatkan masa depan agama, bangsa dan negara. Jika dilihat kepada program transformasi ekonomi  yang diperkenalkan, kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam sebagai langkah menjana ekonomi negara. Perkara ini dibantah oleh banyak pihak kerana melihat kepada kesan jangka panjang  dan risiko yang akan dihadapi oleh negara. Saya juga berada dipihak yang menentang dasar kerajaan ini. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat inginkan suatu perubahan dan dasar yang baik tanpa menidakkan kepentingan-kepentingan tertentu. Walau apapun  transformasi yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan, ianya haruslah mengambil kira faktor kebaikan dan  keburukan untuk tempoh jangka panjang. Jika tidak, bukanlah menjadi suatu yang pelik sekiranya cadangan tersebut sangat ditentang.
Melihat kepada cabaran masa depan yang bakal dihadapi oleh masyarakat, persediaan dan persiapan dalam menghadapi era transformasi dan perubahan ini adalah sangat mustahak. Pembinaan anak bangsa yang mempunyai jati diri yang kuat, kemahiran yang pelbagai, ilmu pengetahuan yang luas sangat  membantu dalam merealisasikan transformasi ini. Sebagai contoh, pakar dalam pelbagai bidang, golongan intelektual, professional dan negarawan berkualiti  perlu dipertingkatkan  sebagai persediaan dalam mendepani arus transformasi dan cabaran Wawasan 2020. Sebagai golongan mahasiswa, saya melihat keperluan terhadap graduan yang berkompetensi, berkemahiran, berkepimpinan dan berdaya saing perlu dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta Malaysia. Ini kerana, produk keluaran IPT  adalah merupakan produk dan acuan utama dalam menjayakan apa jua hasrat kerajaan pada masa depan.
Melahirkan masyarakat Malaysia khususnya golongan mahasiswa yang peka terhadap isu dan perkara berkaitan kenegaraan adalah sangat perlu agar apa jua cadangan dan dasar  yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan difahami oleh semua pihak. Budaya ‘tidak pedulisme’ dalam diri masyarakat Malaysia  harus dikikis segera agar mereka  tidak ditindas oleh apa jua cadangan dan sistem yang tidak memberi manfaat dan kebaikan. Pendedahan terhadap cabaran dan realiti  yang barlaku di dalam negara dan seluruh dunia dilihat dapat memberi input positif kepada masyarakat. Transformasi sosial kearah yang lebih baik akan terlaksana jika beberapa elemen negatif sedia ada dalam negara ini dibendung dan dikikis segera. Contohnya, gejala sosial, kadar jenayah, tahap keselamatan dan sebagainya harus diteliti dan dinilai sebaiknya. Saya mencadangkan agar kerajaan  meletakkan sasaran dan target yang jelas terhadap perkara ini seperti sasaran peratusan penurunan kadar jenayah  dan gejala sosial dalam masyarakat. Jika ini benar terjadi, maka program transformasi yang dijalankan seharusnya menjadi suatu yang positif kepada negara. Kayu ukur atau KPI terhadap keberkesanan terhadap apa jua dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan haruslah bertepatan dengan realiti semasa masyarakat negara ini.
Read More...

PTPTN (www.ptptn.gov.my)

Jumaat, 26 November 2010

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
JAWAPAN RINGKAS KEPADA PERTANYAAN BERKENAAN TAWARAN PENUKARAN UJRAH

A. PERMOHONAN/TAWARAN

1. Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?

Jawapan : Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1%layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut :

i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang

ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)

2. Saya masih belajar dan masih menerima pengeluaran pinjaman PTPTN. Bilakah saya boleh menerima tawaran Ujrah?

Jawapan : Anda akan ditawarkan Ujrah sebaik tamat pengajian.

3. Saya mempunyai baki WPP sahaja. Adakah saya layak untuk memohon?

Jawapan : Anda tidak layak untuk ditawarkan Ujrah.

4. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran Ujrah?

Jawapan : Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut :

i. Membuat pendaftaran melalui laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my) dengan menggunakan no kad pengenalan dan memasukkan alamat e-mel peminjam;

ii. Mengemas kini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke alamat e-mel peminjam yang didaftarkan;

iii. Mencetak dan menandatangan dokumen tawaran yang dihantar ke alamat e-mel peminjam; dan

iv. Menghantar dokumen tawaran yang lengkap (sila rujuk panduan
pengisian) kepada PTPTN dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tawaran

5. Bilakah peminjam boleh mula membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat?

Jawapan : Pendaftaran dan pengemaskinian boleh dibuat oleh peminjam mengikut tahun kelulusan pinjaman seperti jadual berikut :

Tahun Kelulusan Pinjaman                          Tarikh Mula Kemaskini

2006, 2007 dan 2008                                     20 September 2010
2003, 2004 dan 2005                                        1 November 2010
2002 dan tahun-tahun sebelumnya                1 Disember 2010

6. Bilakah PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran Ujrah?

Jawapan : Dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb setiap bulan. Bagi peminjam yang telah mendaftar dan mengemas kini pada bulan semasa, dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb bulan yang berikutnya.

7. Apakah asas penawaran Ujrah?

Jawapan : Asas yang digunakan adalah seperti berikut :

i. Jumlah pembiayaan : Berdasarkan jumlah baki hutang pada 1 Jun 2008

ii. Tarikh kuatkuasa : 1 Jun 2008

iii. Tempoh bayaran balik baru : Baki tempoh bayaran balik pada 1 Jun 2008 berdasarkan pinjaman asal

8. Apakah yang dimaksudkan dengan baki hutang pada 1 Jun 2008?

Jawapan : Baki hutang pada 1 Jun 2008 bermaksud jumlah prinsipal dan juga kos pentadbiran yang masih belum dijelaskan, mengambil kira semua bayaran balik yang telah dibuat sebelum 1 Jun 2008.

9. Bagaimanakah Ujrah dikira?

Jawapan : Jumlah Ujrah = Jumlah Pembiayaan Pokok x Kadar Ujrah (1%) x tempoh bayaran balik (tahun)

10. Saya telah cuba mendaftar mengikut jadual yang telah ditetapkan tetapi telah diminta mengemaskini maklumat selepas 1 Januari 2011.

Jawapan : Semakan terperinci perlu dibuat ke atas akaun pinjaman sedia ada anda bagi mengelakkan kesilapan tawaran. Walau bagaimanapun tawaran yang akan diberikan masih berkuatkkuasa pada 1 Jun 2008.

B. BAYARAN BALIK/PENGUATKUASAAN

1. Saya telah diluluskan penangguhan bayaran balik, adakah saya layak menerima tawaran
Ujrah?


Jawapan : Peminjam yang telah diluluskan penangguhan layak menerima tawaran Ujrah.

2. Setelah Ujrah ditawarkan, saya masih tidak mampu membuat pembayaran balik. Adakah saya boleh membuat penangguhan sekali lagi?

Jawapan : Peminjam boleh mengemukakan permohonan penangguhan. Walau bagaimanapun, keputusan permohonan penangguhan tertakluk kepada budi bicara PTPTN.

3. Saya telah dikenakan tindakan penguatkuasaan tetapi masih belum dikenakan tindakan mahkamah, adakah saya layak untuk memohon dan menerima tawaran ini?

Jawapan : Peminjam layak untuk menerima tawaran Ujrah ini selepas menjelaskan tunggakan dan sebarang kos penguatkuasaan yang telah dikenakan kepada peminjam. Bagi membolehkan tawaran dibuat, peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas pembayaran dibuat.

4. Perlukah saya meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah ini?

Jawapan : Peminjam adalah dikehendaki untuk terus membuat pembayaran balik. Sebarang pembayaran balik akan diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah.

5. Saya telah pun mula membuat bayaran balik secara potongan gaji melalui LHDN. Apa yang akan berlaku kepada potongan gaji saya?


Jawapan : PTPTN akan membuat pindaan amaun potongan gaji dengan pihak LHDN. Maklumat berkenaan akan juga diberikan salinan kepada majikan dan juga peminjam.

C. LEJAR/PENYATA

1. Bilakah akaun pinjaman peminjam dikemas kini?

Jawapan : Akaun pinjaman peminjam akan dikemas kini selepas dokumen tawaran diterima dan diproses oleh PTPTN.

2. Apa yang berlaku apabila pengemaskinian dibuat?

Jawapan : Akaun pinjaman yang lama akan diselaraskan ke akaun pembiayaan.

3. Apa berlaku kepada bayaran balik yang dibuat selepas 1 Jun 2008?

Jawapan : Bayaran balik yang telah diterima selepas 1 Jun 2008 akan diselaraskan dengan jadual bayaran balik pembiayaan, dengan mengambil kira jumlah Ujrah (upah) sepatutnya dan kos pentadbiran yang telah dikenakan bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga tarikh semasa. Sebarang lebihan akan digunakan untuk menyelesaikan ansuran bulanan
ke hadapan.
Read More...

Anak Muda Malaysia: Kearah Melahirkan Modal Insan Bertaraf Dunia

Selasa, 23 November 2010

Menongkah  arus kemodenan di era yang penuh cabaran ini bukanlah perkara mudah bagi masyarakat di seluruh dunia. Persaingan pesat dalam  sektor ekonomi, teknologi, sosial dan sebagainya memerlukan keseimbangan dan kestabilan politik di dalam dan luar negara. Perkembangan ekonomi,  politik dunia dan serantau memberi implikasi besar kepada negara- negara di seluruh dunia termasuklah  kepada Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh pertubuhan- pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Organisation of Islamic Conference (OIC), Association of South East Asian Nations (ASEAN) dan sebagainya amat membantu dalam memastikan persaingan yang sihat dalam aspek ekonomi, sosial dan politik.

Dalam mendepani situasi ini, minda kita sering  kali dibobrokkan dengan kehebatan  kuasa barat  tanpa kita membuka mata dan memandang tentang kebolehan dan kelebihan yang kita ada termasuklah potensi generasi anak muda yang senantiasa berjiwa besar dan bersemangat untuk mengubah arena dan polimik dunia. Saya melihat masa depan dan peluang yang sangat besar berada di tangan Malaysia apabila kali ini kita berpeluang untuk mempengerusikan Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC). Peluang dan tanggungjawab yang besar  ini  perlu diisi dengan sebaik mungkin untuk kebaikan agama dan negara. Melihat kepada masa depan Islam dan situasi polemik dunia pada hari ini, saya merasakan sudah tiba masanya kita mengoptimumkan sebaik mungkin peluang dan peranan yang ada. Perubahan dan cabaran ini tidak dapat diwujudkan dengan mudah tanpa usaha yang gigih daripada semua pihak termasuklah usaha membentuk generasi muda  yang berketerampilan, berdaya saing, berani dan berwawasan. Golongan anak muda seperti ini sangat diperlukan jika kita ingin melihat masa depan agama, negara dan bangsa yang cerah.
Sebagai golongan anak muda abad 21, kita seharusnya perlu sentiasa berjiwa besar dan mempunyai wawasan yang jelas terhadap usaha untuk memartabatkan agama, negara dan bangsa. Saya merasakan hasrat ini bukanlah mustahil untuk digapai sekiranya negara berjaya membentuk generasi  muda yang berkualiti. Saya amat optimis dengan kebolehan anak muda Malaysia dalam menghadapi cabaran semasa. Namun untuk mencapai hasrat murni ini, ianya  memerlukan persediaan rapi antaranya penerapan nilai-nilai murni kedalam diri generasi muda diperingkat awal lagi. Antara nilai-nilai murni yang di maksudkan adalah seperti sifat kepimpinan, berdaya saing, berani, berjiwa besar dan berhemah tinggi. Generasi muda perlu membina jati diri, peribadi, mental dan ilmu agar dapat menjadi insan yang dinamik dan unggul pada masa depan. Generasi muda yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan akan dapat memberikan input yang berharga kepada negara.
Anak muda Malaysia perlu sedar tentang kepentingan peranan mereka terhadap masa depan negara. Tanggungjawab dan peranan mereka adalah amat besar. Justeru, paradigma positif kearah itu adalah sangat mustahak seperti mencabar zon selesa yang mereka ada. Mencabar zon selesa yang saya maksudkan bukanlah bererti mereka tidak boleh hidup dalam keadaan selesa, tetapi perlu sentiasa bersedia memikirkan masa depan Malaysia yang cerah. Ini kerana anak muda mempunyai skop dan pemerhatian yang tajam dan jauh dalam membantu negara untuk terus kukuh dalam aspek sosial, ekonomi dan politik.
Dalam usaha membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia, persaingan antara negara juga semakin meningkat terutamanya negara-negara maju. Mereka mengamalkan dasar keterbukaan yang komprehensif dalam usaha menarik modal insan yang cemerlang termasuk di kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, sikap suka bersaing kearah positif juga mampu melahirkan dan membentuk generasi muda yang berketerampilan dan berdaya saing dalam semua aspek. Tenaga kerja mahir dan berpengetahuan tinggi merupakan ‘cutting edge’ kepada daya saing negara. Dalam hal ini, saya merasakan bahawa kerajaan perlu mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, peningkatan kompetensi graduan IPT juga  memainkan peranan utama dalam menggerakkan misi kearah melahirkan modal insan yang berkualiti di negara ini. Ahli akademik dalam pelbagai kepakaran merupakan peneraju dan  penerokaan idea, konsep dan teori baru yang menjadi tunjang kepada perkembangan ilmu yang terkini.
            Kerjasama daripada semua pihak adalah sangat perlu untuk merealisasikan harapan negara pada masa depan. Saya anologikan situasi ini dengan satu pasukan bola yang mana setiap ahli pasukan mestilah berperanan tanpa mengira posisi. Setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya. Jika sekalipun setiap pemain adalah sebaik Rooney, Messi atau Ronaldo akan tetapi jika pemain pertahanan dan penjaga golnya lemah maka pasukan tersebut berkemungkinan kalah. Oleh yang demikian, untuk berjaya mencapai masa depan Malaysia yang gemilang, kita perlu berusaha bersama-sama agar ianya bukanlah sekadar angan-angan kosong sahaja. Suka atau tidak, negara hari ini berada di persimpangan antara masa depan yang gemilang atau masa depan yang suram. Pilihan kini terletak di tangan setiap rakyat Malaysia.
Read More...
banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita