Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Baby Hatch: Antara penyelesaian dan pembuka masalah.

Selasa, 15 Jun 2010
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Orphan Care telah melancarkan pusat perlindungan bayi (Baby Hatch) pada 29 Mei 2010 lalu. Pelancaran Baby Hatch ini bertujuan untuk mewujudkan tempat khas kepada ibu-ibu yang terdesak daripada membuang bayi mereka. Saya secara amnya sangat bersetuju dengan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menubuhkan Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang dilihat sebagai langkah untuk menangani gejala pembuangan bayi yang semakin serius pada hari ini.

Namun, saya berpandangan bahawa penubuhan Baby Hatch ini bukanlah penyelesaian yang terbaik kepada masalah yang wujud ini. Apa yang dilakukan itu hanyalah sebahagian jalan keluar daripada banyak lagi jalan keluar yang lain. Penubuhan 'Baby Hatch' ini akan mendatangkan kesan yang besar kepada masyarakat khususnya kepada golongan remaja. Penubuhan 'Baby Hatch' ini seolah-olah memberi lampu hijau kepada mereka untuk melakukan zina, ini kerana mereka sudah tidak perlu risau apabila melahirkan bayi kerana sudah ada tempat khas untuk ditempatkan bayi tersebut. Justeru, penubuhan 'Baby Hatch' ini dilihat seolah-olah menjadi penerus kepada gejala sosial yang berlaku.



Dalam hal ini, saya berpendirian bahawa, sudah sampai masanya kerajaan perlu kembali kepada pendekatan agama disamping memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat bagi menangani gejala ini. Kerajaan pada hari ini, seharusnya bertindak menggubal undang-undang Syariah yang lebih tegas dan seterusnya bertindak melaksanakannya secara berperingkat kepada mereka yang terlibat. Sebagai contoh, perlaksanaan hukuman sebat ke atas penzina yang belum berkahwin dan hukuman rejam kepada penzina yang telah berkahwin sepertimana yang dianjurkan oleh syariat Islam. Ini merupakan jawapan yang paling tegas bagi menangani isu yang tidak pernah berkesudahan. Diketahui umum, setelah lebih bertahun-tahun, undang -undang jenayah Syariah di Malaysia ini masih tetap tidak berubah dengan angka maksimanya iaitu 3 tahun penjara, RM 5,000.00 denda dan 6 sebatan. Seharusnya perkara ini diteliti dengan lebih mendalam oleh pihak yang terlibat, ini kerana hukuman bagi jenayah Syariah di negara ini dipandang enteng oleh sesetengah golongan masyarakat yang berkemampuan untuk membayar denda yang dianggap tidak seberapa itu. Perkara yang sama telah dibangkitkan oleh Tuan Hj. Zainul Rijal semasa Seminar Isu-isu Mahkamah Syariah ke -10 Peringkat Kebangsaan yang bertempat di UIAM dengan tema “KE ARAH MEMPERKASAKAN PENTADBIRAN KEADILAN JENAYAH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA” pada 12-13 NOVEMBER 2008 / 14-15 ZULKAEDAH 1429H.

Saya juga berpendapat bahawa kelemahan dalam Sistem Pendidikan dan Sistem Sosial Malaysia menjadi faktor utama yang menyumbang ke arah peningkatan jenayah pembuangan bayi di negara ini. Justeru, kerajaan perlu mengkaji dengan lebih terperinci mengenai keberkesanan kedua-dua sistem terbabit agar masalah ini dapat dibendung secepat mungkin. Penyemakan semula sistem pendidikan negara terutamanya sistem pendidikan Islam dan perlaksanaannya dalam masyarakat sangat perlu dilakukan sebagai nilai tambah kepada usaha kerajaan untuk membendung gejala sosial di negara ini.

Oleh yang demikian, saya melihat isu penubuhan Baby Hatch ini bukanlah satu penyelesaian yang mutlak kepada pengurangan masalah pembuangan bayi di negara ini. Sebagai golongan mahasiswa, saya lebih suka jika kerajaan mengambil pendekatan yang bersifat menyeluruh iaitu dengan membendung gejala ini dari akar umbi lagi. Justeru itu, semua pihak termasuklah kerajaan, media massa, ibu bapa, institusi pendidikan, golongan agamawan serta masyarakat perlu berperanan dalam menangani jenayah pembuangan bayi ini daripada terus membarah dalam masyarakat Malaysia. Seperti mana slogan yang mengatakan “Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat.”

4 comments:

maziyah baderun berkata...

salam
sekadar perkongsian artikel perbahasan tentang pusat penjagaan bayi yang ana terjumpa di laman web rasmi PMRAM.

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=963:perbahasan-tentang-pusat-perlindungan-bayi-baby-hatch&catid=7:ilmiah&Itemid=69
wassalam

Tanpa Nama berkata...

Salam. Saya ingin menjadi salah seorag dari ibu angkat kepad seorang bayi yg telah ditinggalkan oleh bapa si bayi megikut berita haran hari ini. jika ianya masih baru, saya harap bolehlah kiranya pihak 'baby hatch' memberi sy peluang menjaga baby yg lain. Saya dan suami sudah berkahwin lebih dari 5 tahun. sampai skrg kami tidak dpt anak hasil uaha kami slama ini. Kami mahukan anak perempuan kalau boleh. Saya harapkan belas kasihan pd sesiapa yg baca msg ini. 0123586113

Tanpa Nama berkata...

salam. sy setuju yang baby hatch bukanlah penyelesaian kepada masalah seks bebas. tapi kita perlu sedar bahawa seks bebas dan buang anak adalah 2 gejala yg berbeza walaupun saling berkait. masalah sosial bukanlah dpt diselesaikan dlm masa yg singkat. contohnya, pelacuran, tidak dpt diselesaikan hingga skrg. tp yg berbezanya, seks bebas adalah gejala sosial yg melibatkan kehidupan dan nyawa makhluk lain; anak yg tidak berdosa. adakah kita menafikan hak mereka sebagai seorang insan? baby hatch bertujuan menyelamatkan bayi yang tidak bersalah, bukan sebagai galakan seks bebas. do we even realize that those irresponsible people who involved in the premarital sex, they didn't even want a baby at the first place. It sure is a gray area, but it is the best solution in the worse scenario, in order to save those innocent unwanted babies from unnecessary death. Wassalam.

maziyah baderun berkata...

salam
sekadar perkongsian artikel perbahasan tentang pusat penjagaan bayi yang ana terjumpa di laman web rasmi PMRAM.

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=963:perbahasan-tentang-pusat-perlindungan-bayi-baby-hatch&catid=7:ilmiah&Itemid=69
wassalam

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita