Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengutuk serangan Israel ke atas kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza

Rabu, 2 Jun 2010
Seluruh dunia dikejutkan lagi dengan peristiwa serangan terkutuk tentera Israel ke atas kapal misi bantuan berprofil tinggi ke Gaza yang membawa lebih 700 penumpang bagi menghantar 10,000 tan bekalan makanan, perubatan, pendidikan dan lain-lain. Perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu telah membangkitkan kemarahan seluruh masyarakat dunia terutamanya masyarakat Islam. Serangan bermula apabila Israel mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang cedera parah. Tindakan rejim Israel ini adalah suatu tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusian.

Saya Muhammad Firwan Norliza selaku Presiden MPP UIAM, menyeru seluruh lapisan masyarakat, tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik agar mengutuk dan mengecam sekerasnya tindakan biadap Israel ke atas kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza ini. Kami generasi mahasiswa ingin menegaskan bahawa penindasan dan pembunuhan ke atas rakyat Palestin dan kapal “MV Mavi Marmara” jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan dan undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa sesebuah negara tidak berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu dilihat sebagai satu tindakan yang amat kejam dan jelas melanggar undang-undang yang digariskan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Sehubungan dengan itu, kami mendesak Majlis Keselamatan PBB dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil tindakan yang drastik terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza ini. Malaysia selaku anggota OIC perlu segera mengadakan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini. Sikap berdiam diri OIC sebagai badan yang bertanggungjawab dalam isu ini dilihat sebagai tindakan yang tidak munasabah dan merugikan dunia Islam. Kami juga ingin mendesak Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar segera mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan permasalahan ummah ini.

Kami juga berpendirian bahawa negara-negara Islam di seluruh dunia perlu bersatu untuk menjatuhkan rejim Israel ini. Kami yakin dan percaya, kesatuan dan kekuatan umat Islam dari seluruh dunia akan berjaya menjatuhkan rejim zionis ini. Kekuatan dari sudut teknologi, ekonomi dan ketenteraan yang dimiliki oleh negara-negara Islam seperti Iran, Iraq, Turki, Arab Saudi, Brunei dan lain-lain perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk menjatuhkan rejim Israel ini. Justeru, semua pihak harus berperanan dalam menjayakan misi ini termasuklah mahasiswa, golongan professional, intelektual, ulama’, kementerian, NGO dan seluruh masyarakat. Kesedaran tentang kepentingan ‘bersatu untuk Palestin’ perlulah dilakukan dengan lebih meluas kerana isu Palestin ini merupakan isu yang besar yang melibatkan agama, ummah dan kemanusiaan.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh umat Islam agar melazimkan Qunut Nazilah dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah memberi bantuan kepada mereka yang terlibat dalam konvoi ini. Bersatu atas kesedaran akidah dan kemanusiaan.



2 comments:

JC IIUM berkata...

takbiR. AllahuAkbar...

UNITE FOR PALESTINE

JC IIUM berkata...

takbiR. AllahuAkbar...

UNITE FOR PALESTINE

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita