Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Selasa, 1 Jun 2010
Mahasiswa berpendiriaan tegas membantah dan mendesak kerajaan Malaysia untuk menarik balik lesen yang telah diluluskan kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang bermula Jun ini.

Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi ini ternyata membangkitkan rasa kurang senang dari pelbagai pihak termasuklah masyarakat yang bukan beragama Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa, rakyat Malaysia juga tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Hujah Timbalan Menteri Kewangan bahawa tindakan sedemikian adalah untuk mengurangkan masalah pertaruhan haram daripada berleluasa dilihat tidak munasabah kerana perbuatan judi ini ditegah oleh agama. Sekalipun judi dihalalkan oleh undang-undang di negara kita, namun perbuatan ini dengan jelas telah dinyatakan pengharamannya dalam Al-Quran tanpa apa-apa kompromi. Dengan kata lain, matlamat tidak menghalalkan cara.

Mahasiswa berpendirian bahawa, tindakan meluluskan lesen judi untuk perlawanan bola sepak Piala Dunia ini sangat tidak wajar kerana hal ini melibatkan sensitiviti dan maruah agama. Jika sebelum ini Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, maka agak pelik sekiranya pemimpin sebuah negara Islam meluluskan satu perkara yang bertentangan dengan hukum Islam.

Selain itu, kami juga berpendapat, tindakan ini akan memberi kesan negatif kepada masyarakat Malaysia khususnya para remaja. Kegiatan judi seperti ini dibimbangi akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam masyarakat yang sememangnya sudah parah dengan masalah sosial. Oleh itu, kerajaan Malaysia seharusnya bertindak bijak dalam membuat sebarang keputusan terutamanya dalam hal yang melibatkan hukum agama.

Justeru itu, Mahasiswa menyeru mufti - mufti, para intelektual, rakyat Malaysia yang cintakan kesejahteraan negara dan agama untuk berani bangkit menyatakan bantahan ini agar kerajaan menarik balik kelulusan lesen tersebut.

4 comments:

Apap berkata...

Kami tidak setuju dengan pemberian lesen kepada apa jenis judi sekalipun.Kerajaan Malaysia telah melakukan satu kesalahan@dosa besar dengan sekali lagi menghalalkan maksiat. Tidak cukupkah judi ekor dan casino-casino genting highland dan bukit tinggi yang telah merosakkan kebanyakan umat di Malaysia. Semoga kerajaan sedar bahawa mereka telah membawa Malaysia ke jalan kebinasaan. Allahuakbar!

theonlywan berkata...

Bila la kerajaan nk mula fikir syariat Allah lebih dari kepentingan sendiri...huhu
moga dpt hidayah...

theonlywan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bro. Panda berkata...

Kami tidak setuju dengan pemberian lesen kepada apa jenis judi sekalipun.Kerajaan Malaysia telah melakukan satu kesalahan@dosa besar dengan sekali lagi menghalalkan maksiat. Tidak cukupkah judi ekor dan casino-casino genting highland dan bukit tinggi yang telah merosakkan kebanyakan umat di Malaysia. Semoga kerajaan sedar bahawa mereka telah membawa Malaysia ke jalan kebinasaan. Allahuakbar!

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita