Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Industri perfileman dan drama Malaysia sebagai wadah pembentukan sahsiah remaja.

Rabu, 7 Julai 2010

Perkembangan indusrti hiburan tanahair terutamanya dalam industri perfileman dan drama dianggap sebagai satu pencapaian yang terbaik dan cukup bermakna bagi sesetengah pihak terutamanya mereka yang terlibat secara terus dalam industri ini. Secara umumnya, Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Malaysia turut berbangga dengan pencapaian industri hiburan tanahair malah pihak kementerian juga memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar untuk perkembangan industri ini.

Namun, dalam rancaknya industri ini berkembang, saya melihat kematangan dan kualiti filem serta drama negara ini masih belum cukup membanggakan. Ini kerana, kebanyakan filem dan drama yang diterbitkan juga kurang diselitkan unsur-unsur dan elemen-elemen pembentukan jati diri, moral dan pengajaran yang berkesan kepada masyarakat. Sebagai seorang mahasiswa, saya lebih cenderung untuk melihat industri perfileman dan drama ini dijadikan sebagai satu wadah pembentukan akhlak dan sahsiah masyarakat terutamanya golongan remaja. Jika dilihat situasi hari ini, rata-rata filem dan drama yang dihasilkan adalah hanya bersifat hiburan semata-mata tanpa membantu dari sudut perkembangan minda dan intelektual masyarakat. Filem dan drama yang dihasilkan juga gagal mendidik golongan remaja yang ada pada hari ini lantaran kebanyakan filem dan drama yang dipaparkan di skin kaca tv mahupun di panggung wayang itu lebih menjurus kepada elemen-elemen budaya kuning atau budaya hiburan melampau yang mana jelas becanggahan dengan nilai-nilai ketimuran.

Saya berpendapat bahawa, masyarakat khususnya remaja hari ini sudah matang dalam memilih bentuk hiburan yang bermanfaat buat mereka, tetapi agak malang sekali kerana kita sebenarnya kekurangan filem serta drama yang berkualiti untuk dilayarkan kepada umum. Jika dibandingkan dengan industri perfileman dan drama Indonesia, mereka jauh lebih maju ke depan malah bijak mengunakan peluang yang ada dalam industri ini. Kebanyakan filem dan drama yang dihasilkan juga mampu memberi impak positif dan mendidik jiwa masyarakat yang menonton. Saya merasakan tindakan ini penting dan wajar dijadikan contoh kerana ianya menggambarkan kematangan industri perfileman dan drama sesebuah negara. Selain itu, saya juga berpendapat bahawa industri perfileman dan drama seharusnya dijadikan saluran utama dalam menyampaikan unsur-unsur dakwah sebagaimana yang kita lihat barat juga turut menjadikan hiburan sebagai agenda dakyah mereka.

Oleh itu, bertepatan dengan arus modenisasi dan cabaran hedonism, saya mencadangkan pihak industri perfileman dan drama tanahair supaya menekankan dan menerapkan elemen moral dan pembagunan jati diri melalui filem dan drama yang diterbitkan. Filem dan drama yang diterbitkan mestilah lebih matang dalam membentuk dan membantu perkembangan sahsiah yang baik untuk kesinambungan generasi yang cemerlang sesebuah negara terutamanya generasi remaja. Saya melihat langkah ini penting dalam merealisasi dan memperkukuhkan lagi hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan kelas pertama kerana kita tidak mahu hanya cemerlang, gemilang serta terbilang dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur atau fizikal semata-mata, tetapi juga turut cemerlang dalam pembangunan manusia itu sendiri yang mana ianya adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Hasrat murni kerajaan ini boleh dicapai dengan kerjasama semua pihak termasuklah pihak yang terlibat dalam industri perfileman dan drama Malaysia.

Selain itu, FINAS juga disaran supaya memperhalusi polisi yang sedia ada dalam meluluskan filem dan drama yang diterbitkan. Sebagai pihak yang bertanggungjawab, saya mencadangkan FINAS memperketatkan polisi yang digunapakai demi untuk melahirkan filem dan drama yang berkualiti dalam semua aspek dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Saya yakin dan percaya industri perfileman dan drama tanahair mampu berkembang dengan lebih jauh dan berjaya di persada antarabangsa jika pembaharuan dalam industri ini dilaksanakan.


0 comments:

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita