Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Pengaruh Jemaah Islamiah di kampus: implikasi dan tindakan.

Khamis, 1 Julai 2010


Baru-baru ini kita digemparkan semula dengan isu gerakan Jemaah Islamiah di Malaysia rentetan daripada penangkapan sekumpulan warga negara asing di satu perkampungan di Gombak yang dipercayai terlibat dengan gerakan ini. Saban hari, isu ini semakin menjadi perbualan di kalangan pihak kerajaan, swasta, ahli akademik, ahli politik, pihak universiti dan juga masyarakat umumnya. Pihak kerajaan menganggap gerakan Jemaah Islamiah ini sebagai isu berprofile tinggi serta merbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini.

Lanjutan daripada itu, pihak kerajaan telah mengambil satu inisiatif mengadakan perjumpaan bersama-sama semua naib canselor universiti-universiti di Malaysia dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi membincangkan isu yang dianggap boleh mengancam keselamatan negara ini. Justeru, pihak universiti telah diarahkan untuk mencari dan mengesan mahasiswa yang disyaki terlibat dengan gerakan Jemaah Islamiah ini di semua kampus-kampus pengajian mereka.

Saya melihat isu ini sebagai satu isu penting yang perlu diperjelaskan secara serius oleh pihak kerajaan Malaysia yang mendakwa kononya terdapat penglibatan mahasiswa institut pengajian tinggi tempatan dengan gerakan Jemaah Islamiah di negara ini. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan Malaysia dapat memberikan penerangan yang jelas dan tepat misalnya mengemukakan bukti, fakta kes, senarai mahasiswa-mahasiswa yang terlibat dan apa saja yang berkaitan dengan isu ini kepada semua golongan mahasiswa di IPTA dan IPTS supaya mereka mendapat gambaran yang jelas mengenai isu ini. Di samping itu, saya juga ingin menyeru golongan mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia khususnya mahasiswa UIAM untuk lebih peka dan cakna dengan isu ini serta mengelak daripada melibatkan diri dengan mana-mana kumpulan militan yang boleh mengancam keselamatan mana-mana pihak.

Berikutnya, saya melihat isu Jemaah Islamiah ini akan memberi impak yang besar kepada negara khususnya kepada institusi pengajian tinggi tempatan apabila ada pihak yang mendakwa kononnya pengaruh Jemaah Islamiah ini dibawa oleh mahasiswa luar negara yang menuntut di Malaysia. Akibatnya, hal ini mungkin akan menjejaskan hubungan di antara Malaysia dengan negara-negara yang dikaitkan tersebut. Selain itu, isu ini juga akan memberi kesan yang negatif kepada gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Tambahan pula, isu ini dilihat seolah-olah mengaitkan gerakan Islam dengan keganasan dan secara tidak langsung telah membuka ruang dan peluang kepada musuh Islam untuk menjatuhkan Islam secara senyap. Walau bagaimanapun, saya yakin dan percaya bahawa gerakan Islam di seluruh dunia mempunyai hujah dan pendirian masing-masing dalam menangani isu berkaitan.

Justeru, saya mengharapkan isu ini dapat diperjelaskan dan diselesaikan secara tepat, adil dan bijak oleh pihak kerajaan amnya. Sekiranya isu Jemaah Islamiah ini didapati benar-benar wujud di institusi pengajian tinggi tempatan dan terbukti bahawa terdapat golongan mahasiswa yang terlibat, maka pihak kerajaan harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung isu ini. Secara kesimpulannya, semua pihak harus memberi kerjasama yang adil dan sebaiknya bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dan dikendalikan secara bijak dan matang tanpa mengambil kira kepentingan dan prejudis terhadap mana-mana pihak.


0 comments:

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita