Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Penswastaan: Kesan kepada Negara dan Rakyat

Rabu, 15 Disember 2010
  
Dasar penswastaan merupakan agenda besar-besaran dunia sejak diperkenalkan lebih 20 tahun lalu oleh kuasa kapitalis dunia iaitu Amerika Syarikat dan Britain. Dasar ini diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara kapitalis iaitu Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Dengan sokongan organisasi-organisasi seperti Bank Dunia, Tabung Dana Antarabangsa, IMF dan Bank Pembangunan Asia, dasar ini berjaya memberi faedah yang besar kepada kerajaan yang melaksanakannya termasuklah dari segi pendapatan negara dan keutuhan politik. Dasar penswastaan  adalah fenomena politik dan ekonomi yang dilaksanakan sebagai pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Dengan itu, kuasa membuat keputusan kini beralih daripada tangan orang ramai kepada pihak swasta atau pemilik baru organisasi awam.
Malaysia menjadi antara negara terawal melaksanakan dasar ini di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara syarikat awam yang diswastakan sejak tahun 1980an termasuklah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Telekom Malaysia. Terkini, kerajaan juga berhasrat untuk menswastakan air  negeri Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Proses penswastaan air Selangor kepada syarikat SYABAS ini mencetuskan reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah kerajaan negeri Selangor, parti-parti politik serta golongan masyarakat. Keputusan kerajaan persekutuan untuk menswastakan bekalan air Selangor kepada SYABAS ini menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana ia melibatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Selangor khususnya mereka yang berada di sekitar Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya.
Pada dasarnya, saya melihat penswastaan merupakan salah satu langkah kerajaan untuk meningkatkan pendapatan negara. Ini kerana, penswastaan dilihat sebagai peralihan kuasa monopoli kepada pihak swasta untuk memaksimumkan keuntungan. Namun, dari sudut lain, ia akan memberi impak besar kepada masyarakat apabila penswastaan yang dilakukan hanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Dalam hal ini, ketelusan pihak kerajaan dalam melaksanakan dasar ini amatlah memberi kesan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Saya tidak bersetuju dengan cadangan penswastaan air Selangor ini jika alasan yang diberikan adalah kerana kerajaan terpaksa menaggung kerugian yang besar akibat daripada pembaziran dan sikap mereka yang gagal membayar bil air. Alasan yang diberikan adalah tidak munasabah kerana saya melihat perkara ini berkaitan dengan pengurusan. Kelemahan pengurusan sebelum ini  telah memberi kesan kepada kebajikan rakyat Selangor. Justeru, kerajaan seharusnya memantapkan dan menambahbaikkan sistem pengurusan air yang cekap bukannya menswastakan terus kepada SYABAS.
Saya melihat dasar penswastaan air Selangor ini bakal memberi kesan buruk kepada masyarakat khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Tarif dan kadar air yang tinggi selepas penswastaan akan memberi bebanan kepada golongan ini. Mereka terpaksa menaggung kos yang tinggi untuk mendapatkan bekalan air. Selain itu, golongan yang akan turut terjejas dan menanggung kesan langsung ekoran dasar ini adalah rakyat yang tidak berkepentingan di dalam kerajaan atau parti-parti pemerintah. Mereka ini adalah rakyat biasa yang tidak mempunyai jawatan tinggi tetapi terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan. Penswastaan air ini jelas sekali memberi implikasi buruk kepada sektor kebajikan rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bakal menerima kesan akibat dasar penswastaan ini, saya menyeru pihak kerajaan untuk menarik balik dan mengkaji semula cadangan menswastakan air Selangor kepada SYABAS. Apa yang lebih mustahak adalah kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan jabatan berkenaan  termasuk meningkatkan prasarana dan kemudahan yang berkaitan. Pengurusan yang telus dan pemantauan yang cekap  akan menjamin kebajikan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Perlaksanaan apa sahaja dasar kerajaan memerlukan keseimbangan yang teliti yang memberi faedah kepada kerajaan serta rakyat supaya semua pihak dilindungi dan bukan dieksploitasi semata-mata untuk keuntungan segelintir pihak tertentu.

5 comments:

Yusuf berkata...

Assalamualaikum,

Bro. Firwan. Pertama sekali.tahniah sbb sy rasa anda tlh melksanakn tnggjwab anda sbg Preseiden SRC dgn baik skali. Sbg former student UIA, sy rasa anda tlh tunjukkan komitmen yg baik.

Sy minta maaf ats sbb komen sy tidak ada kaitan lnsg dgn post di atas.sy baru shj menrima emailberkenaan prog Islamic Solutions to Current Issues in the World based on 1 Malaysia Concept.. knapa perlu ada 1Malaysia. cuba Firwan baca blik tajuk conference tu..pelik x? mmg x kena lnsung.wktu sy msih lg student dulu, dh 2x sy hadirkan untuk conference ni, tp yg this one disspointed me alot ! so much politicking. im really surprised to know Prof Kamal is joing it ..why?

EsheGuRL berkata...

Blog yang penuh informasi dan berani. Saya sokong.

JEBAT berkata...

Terima kasih di atas semua komen yang diberikan.

Rasa saudara kena hadir dulu conference yang kali ini baru boleh buat penilaian.

Conference kali ini cuba untuk tembusi peringkat antarabangsa berbanding sebelumnya. Prof Kamal akan beri keynote speach.

Most of the content will touch about theIslamic Solutions to Current Issues dan yang 1M seperti umpan pada ikan.

Harap saudara maklum & terima kasih masih mengambil berat dengan UIAM.

EsheGuRL berkata...

Blog yang penuh informasi dan berani. Saya sokong.

Yusuf berkata...

Assalamualaikum,

Bro. Firwan. Pertama sekali.tahniah sbb sy rasa anda tlh melksanakn tnggjwab anda sbg Preseiden SRC dgn baik skali. Sbg former student UIA, sy rasa anda tlh tunjukkan komitmen yg baik.

Sy minta maaf ats sbb komen sy tidak ada kaitan lnsg dgn post di atas.sy baru shj menrima emailberkenaan prog Islamic Solutions to Current Issues in the World based on 1 Malaysia Concept.. knapa perlu ada 1Malaysia. cuba Firwan baca blik tajuk conference tu..pelik x? mmg x kena lnsung.wktu sy msih lg student dulu, dh 2x sy hadirkan untuk conference ni, tp yg this one disspointed me alot ! so much politicking. im really surprised to know Prof Kamal is joing it ..why?

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita