Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

BH - Jan 27, 2011 - Pembangunan terancang elak pembaziran.

Khamis, 27 Januari 2011

http://nawrif.blogspot.com/2011/01/pembangunan-terancang-menjamin.html
Read More...

Parlimen Mahasiswa: Antara Kebebasan dan Keterbatasan.

Rabu, 26 Januari 2011


Kuasa kebangkitan mahasiswa menuntut kebebasan dan keadilan terhadap beberapa isu berkaitan hak-hak mereka sebagai mahasiswa yang mana ianya telah diperjuangkan sejak beberapa tahun lalu. Kebangkitan generasi intelek ini merupakan revolusi yang mampu mencetuskan satu transformasi terbaru kepada negara pada masa hadapan. Peranan golongan mahasiswa diakui amat bernilai dalam membantu proses menggerak dan membangunkan sistem negara pada masa hadapan. Mahasiswa terus dilihat sebagai agen pengkaderan dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berwawasan tinggi.

Penubuhan Parlimen Mahasiswa di setiap institut pengajian tinggi (IPT) seperti yang dicetuskan oleh mantan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutamanya daripada gerakan-gerakan mahasiswa yang memperjuangkan hak dan kebebasan mereka di kampus. Cadangan penubuhan parlimen mahasiswa ini sudah dipersetujui oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan telah mendapat respon positif daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah. Beliau berkata, kementerian memberi kebebasan kepada IPT membentuk Parlimen Mahasiswa bagi memberi ruang kepada golongan tersebut untuk meluahkan pendapat yang mampu membangunkan universiti dan negara tetapi ianya perlulah mengikut modul yang dibenarkan oleh pihak universiti sahaja.

Secara umumnya saya melihat penubuhan Parlimen Mahasiswa ini sebagai satu agenda yang positif di mana ianya seolah-olah menunjukkan bahawa mahasiswa sudah diberi lesen besar untuk mengurus perkara dan isu berkaitan mahasiswa. Ini merupakan suatu peningkatan dari sudut kredibiliti dan kuasa yang diberikan kepada mahasiswa dalam merencanakan agenda-agenda mereka di peringkat kampus. Saya melihat idea penubuhan Parlimen Mahasiswa ini sebagai satu cadangan yang berani dan berwawasan untuk kepentingan pada masa depan. Ini kerana kampus merupakan lapangan latihan kepada mahasiswa sebelum mereka beraksi di luar selepas melalui proses graduasi. Parlimen Mahasiswa seharusnya berfungsi sebagai medan utama untuk membawa suara mahasiswa, melatih kepimpinan, mencambahkan fikiran mahasiswa agar tidak terlalu tertutup dan dibelenggu oleh mana-mana pihak. Sudut pidato yang sudah dilaksanakan di semua kampus merupakan permulaan yang baik ke arah membentuk Parlimen Mahasiswa.

Idea dan cadangan ini secara dasarnya dilihat sangat cantik dan bernas. Namun, saya mempunyai pandangan tersendiri  terhadap penubuhan Parlimen Mahasiswa ini. Dari sudut teorinya, ianya sangat gah tetapi dari sudut parktikalnya, saya merasakan ada sesuatu yang mustahak yang perlu diteliti dengan lebih mendalam, antaranya persoalan berkenaan Parlimen Mahasiswa ini masih lagi tertakluk dan dibatasi oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan mungkin bakal terikat dengan sebuah lagi akta seandainya Parlimen Mahasiswa ini dilaksanakan di setiap universiti di Malaysia. Jika dilihat dari sudut  takrifan parlimen itu sendiri, ianya merujuk kepada sebuah majlis yang mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang. Justeu, saya merasakan Parlimen Mahasiswa tidak perlu lagi diikat dan dibatasi oleh AUKU,   yang mana jelas bercanggahan dengan konsep penubuhan parlimen itu sendiri. Saya berpendapat bahawa jika sekiranya pihak kementerian ingin meluluskan dan mengarahkan setiap kampus melaksanakan Parlimen Mahasiswa, maka sudah tiba masanya mereka melepaskan mahasiswa daripada terus diikat oleh AUKU. Sekiranya Parlimen Mahasiswa masih dibelenggu dan disekat oleh AUKU, saya tidak melihat Parlimen Mahasiswa ini boleh berfungsi dengan baik. Mahasiswa perlu bertindak sebagai ‘check and balance’ kepada seluruh persekitarannya. Justeru, Parlimen Mahasiswa perlu berfungsi dengan bebas tanpa perlu terikat dengan akta yang akan menyebabkan kebebasan mereka dicantas.

Parlimen Mahasiswa merupakan platform terbaik untuk mahasiswa menyuarakan pendapat dan pandangan mereka berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan mahasiswa dan Negara. Namun, saya khuatir seandainya Parlimen Mahasiswa ini dilaksanakan, ianya akan menyebabkan pertindanan kuasa dan gerak kerja dengan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang sedia ada. Selain itu juga, gerak kerja dan bebanan MPP juga akan bertambah. Pertindanan dan pertambahan gerak kerja ini jika tidak diuruskan sebaiknya, maka ianya akan memberi kesan yang buruk kepada MPP tersebut termasuklah juga kepada universiti. Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang sedia ada sebenarnya sudah merangkupi ruang lingkup membawa suara mahasiswa ke peringkat nasional. Jika fungsi MPPK dan parlimen ini boleh disatukan dan suara Mahasiswa didengar oleh pihak kerajaan, maka saya merasakan bahawa Parlimen Mahasiswa tidaklah begitu mustahak untuk dilaksanakan pada masa ini. Sebaliknya, fungsi platform mahasiswa yang sedia ada seperti MPPK, MPMN (Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional) dan Jemaah YDP perlu diperkasakan dan dibaikpulih supaya peranannya dirasai oleh seluruh mahasiswa termasuk masyarakat secara keseluruhannya. Platform-plafform ini perlu berfungsi dan berperanan agar suara mahasiswa didengari oleh pihak atasan.

Saya agak tertarik dengan dasar dan konsep yang digunakan di dalam United Kingdom Youth Parliament di mana parlimen ini adalah parlimen belia atau golongan muda United Kingdom yang membawa suara anak muda mereka termasuklah hal-hal berkaitan pendidikan, ekonomi, sosial dan politik. Mereka lantang mengeluarkan idea dan pandangan kearah perubahan. United Kingdom Youth Parliament ini bertindak sebagai platform yang mewakili suara anak muda di universiti yang memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa, antaranya mereka memperjuangkan yuran pengajian, membantah cadangan kerajaan yang menetapkan 50% pelajar perlu menyambung pengajian di universiti dan sebagainya. Saya merasakan United Kingdom Youth Parliament ini berjaya berfungsi untuk membawa suara kebebasan dan hak mahasiswa atas beberapa faktor antaranya United Kingdom Youth Parliament ini tidak tertakluk dan terikat oleh mana-mana akta dalam membawa gerakan mereka. Mereka lebih berdikari dan bebas untuk membuat keputusan, berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia di mana Parlimen Mahasiswa seperti yang sudah ada di USM masih lagi terikat dan tertakluk di bawah AUKU.

Melihat kepada pelbagai kemungkinan yang bakal memberi kesan akibat perlaksanaan Parlimen Mahasiswa ini, saya secara peribadinya merasakan perbincangan secara lebih mendalam dan serius perlu dilakukan melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar di semua universiti dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Apa sahaja dasar dan cadangan daripada kerajaan yang melibatkan mahasiswa perlu kepada perbincangan dua hala. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil kira pandangan MPP setiap universiti berhubung semua isu yang melibatkan mahasiswa. Tindakan ini sangat penting kerana MPP merupakan agen suara mahasiswa yang mewakili kampus masing-masing. Jika suara MPP tidak dipandang dan didengari oleh pihak kementerian, maka saya merasakan kuasa yang ada pada MPP seolah-olah tidak bernilai. Justeru, sudah tiba masanya kerajaan perlu mengambil cakna dengan slogan dasar pandang kepada mahasiswa kerana mereka merupakan aset terpenting negara dalam melahirkan modal insan bertaraf dunia. Konklusinya, saya melihat penubuhan Parlimen Mahasiswa ini sebagai titik permulaan mahasiswa untuk bebas bersuara dan bukan hanya retorik politik semata-mata.



Read More...

BH - Jan 20, 2011 - Kebebasan media cerminan demokrasi negara

Jumaat, 21 Januari 2011



Read More...

Pembangunan Terancang Menjamin Kestabilan Sosio Negara.

Selasa, 18 Januari 2011


Dalam mendepani persaingan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, China dan beberapa buah negara maju lain, Malaysia bijak mengatur strategi dalam memastikan kestabilan ekonomi, politik dan sosial negara berada di paras yang utuh sama ada di peringkat nasional mahupun  di persada antarabangsa. Persaingan kuasa-kuasa besar ini memberi kesan positif juga negatif terhadap pembangunan dan kestabilan Malaysia. Pembangunan infrastuktur, teknologi dan perkhidmatan terus dipertingkatkan kearah menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Tindakan strategik dan sistematik terhadap setiap pelan pembangunan negara adalah sangat mustahak untuk dipraktikkan bagi memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan di Malaysia adalah pembangunan terancang dan bersifat mesra masyarakat agar keharmonian dan kesejahteraan rakyat dapat dipelihara. Saya sangat optimis dengan apa jua cadangan pembangunan oleh kerajaan kerana saya pasti setiap pembangunan yang dicadangkan adalah untuk mengangkat nama negara dipersada antarabangsa malah ianya sekaligus dapat membuka peluang kepada Malaysia dalam banyak aspek terutamanya aspek ekonomi dan hubungan serantau. Namun, setiap pembangunan yang dicadangkan haruslah mengambil kira pandangan dan kesesuaian keadaan sosio masyarakat pada hari ini. Setiap pembangunan dan cadangan kerajaan akan memberi kesan kepada masyarakat. Justeru, saya merasakan mereka mempunyai hak untuk menyatakan pendirian mereka terhadap setiap cadangan yang dibuat.
Menara Warisan dengan ketinggian 100 tingkat merupakan satu lagi projek pembangunan mega negara yang dibentangkan di dalam Bajet Belanjawan 2011 baru-baru ini. Projek mega bersepadu yang bernilai RM 5 Billion ini akan dibina bersebelahan Stadium Negara dan Stadium Merdeka yang akan dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan dijangka siap pada tahun 2015 nanti. Menara Warisan ini dikatakan antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.
Secara realitinya, Malaysia masih lagi berada dalam kemelut krisis ekonomi dunia. Dalam keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya ini, saya merasakan projek Menara Warisan ini tidak begitu mustahak untuk dilaksanakan pada masa ini. Masih banyak perkara yang lebih penting perlu diutamakan oleh kerajaan contohnya menyelesaikan projek projek terbengkalai, melangsaikan hutang negara, mengurangkan kadar rasuah, menaiktarafkan infrastruktur di kawasan pedalaman termasuklah di Sabah dan Sarawak agar ianya setara dengan tahap prasarana yang ada di negeri-negeri lain. Pada pendapat saya, dalam melaksanakan sesuatu pelan pembangunan, kerajaan perlu memberi dan melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan beberapa faktor antaranya jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita bagi memastikan negeri dan masyarakat  miskin tidak terbeban. 

Saya bukanlah golongan yang anti pembangunan. Cuma saya merasakan, projek Menara  Warisan ini tidak perlu dilaksanakan setelah melihat kepada kesan jangka panjang terhadap sosio masyarakat di negara ini. Ya, saya faham bahawa jika projek Menara Warisan ini benar-benar dilaksanakan, ianya akan memberi peluang kepada Malaysia dalam aspek ekonomi seterusnya dapat menarik perhatian dunia kepada negara ini. Namun, persoalannya adakah ianya akan memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat, atau ianya hanya kepada segelintir golongan sahaja? Dalam masa yang sama, adakah rakyat bawahan mendapat kesan positif dengan pembinaan Menara Warisan ini? Secara jujurnya saya merasakan, kemungkinan besar ianya tidak menyeluruh dan mungkin tidak memberi kesan langsung.
Kesan sosial dari pembinaan ini akan menyebabkan taraf hidup masyarakat meningkat dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada rakyat itu sendiri. Cukai akan dikenakan dan harga barangan akan menjadi lebih tinggi. Kos dan taraf hidup yang tinggi akan membebankan rakyat terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah. Hal-hal sebegini perlu diteliti sepenuhnya selaras dengan Program Transformasi Ekonomi ( PTE) dan Model Ekonomi Baru (MEB) kearah membaik pulih taraf hidup dan tahap kemiskinan di Malaysia.
Saya faham bahawa kerajaan mengemukakan cadangan pembangunan ini untuk kepentingan jangka panjang, tetapi kerajaan juga seharusnya faham bahawa setiap tentangan dan bantahan terhadap pembangunan Menara Warisan ini juga adalah setelah mengambil kira kesan jangka panjang kepada negara dan rakyat. Tidak mempunyai banyak bangunan pencakar langit tidak bermaksud negara tidak membangun. Sebagai rakyat Malaysia, saya menginginkan kemajuan dan pembangunan yang terancang supaya pembangunan yang membazirkan dapat dielakkan.
Read More...

Malaysiakini - Jan 15, 2010 - 'Pedulisme' jamin masa depan gemilang

Ahad, 16 Januari 2011




Read More...

BH - Jan 13, 2011 - Kesan penswastaan kepada negara

Sabtu, 15 Januari 2011
 



Read More...

Anak Muda Pedulisme Menjamin Masa Depan yang Gemilang.

Khamis, 13 Januari 2011

Gelombang kebangkitan golongan muda terhadap perkembangan negara dalam arena ekonomi, politik dan sosial mula tercetus semasa era reformasi pada tahun 1998. Bermula era reformasi ini, masyarakat khususnya golongan anak muda mula celik dan sensitif dengan permasalahan dan isu-isu yang berlaku dalam  negara. Anak muda mula peduli dengan permasalahan negara dan mula merasakan mereka juga bertanggungjawab dan berperanan dalam memastikan kestabilan negara agar ianya terus dipertahankan.

Kebangkitan kuasa anak muda ini seterusnya diterjemahkan dalam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) pada tahun 2008 yang lepas. Berdasarkan kajian terperinci yang dijalankan terhadap  keputusan PRU 12 yang lepas, ianya telah menunjukkan bahawa faktor kemenangan dan kekalahan sesebuah parti politik itu bergantung kepada golongan anak muda. Melihatkan fakta ini, saya merasakan betapa besarnya peranan dan kuasa anak muda dalam menentukan masa depan negara. Jika dilihat dalam perspektif yang positif, saya merasakan ia merupakan langkahan dan ayunan yang baik yang dicetuskan oleh golongan muda dalam memastikan kelangsungan prestasi negara berada dalam pada tahap yang stabil.

Bahang Pilihanraya Umum ke-13 kian hangat terasa dan sentiasa berlegar diminda dan menjadi bualan masyarakat dasawarsa ini. Bagi golongan mahasiswa, mereka bukan sahaja perlu berdepan dengan pilihanraya umum tetapi mereka juga bakal menghadapi cabaran pilihanraya kampus tidak lama lagi. Kedua-dua pihanraya ini merupakan agenda penting dalam kamus seorang mahasiswa kerana agenda ini bakal menentukan wajah kepimpinan negara mahupun di peringkat kampus. Pilihanraya merupakan suatu acara penting dalam memanifestasikan sistem demokrasi di Malaysia. Sistem demokrasi melalui pilihanraya ini merupakan satu wasilah kepada masyarakat untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa depan. Justeru, keterlibatan golongan masyarakat khususnya anak muda bakal memberi impak besar terhadap  masa depan Malaysia. Ini kerana, lakaran masa depan negara berada ditangan generasi muda hari ini.

Kesedaran politik  berkait rapat dengan persoalan sejauh mana masyarakat peka dan sensitif dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka. Tahap kepekaan masyarakat ini sangat penting dalam mengukur keberkesanan dan kepedulian mereka terhadap isu yang berlaku termasuklah isu kepimpinan, penyelewengan, masalah serta hal berkaitan dengan masa depan negara. Berdasarkan penyelidikan dan pemerhatian terhadap fenomena anak muda zaman ini, saya sedikit terkilan melihatkan tahap kesedaran dan kepekaan anak muda tentang  isu-isu dan perkara yang berlaku di sekeliling mereka berada ditahap yang rendah. Untuk jangka masa panjang, saya melihat hal ini akan membawa keburukan kepada negara. Sebagai seorang mahasiswa, saya merasakan keadaan ini tidak harus dipanjangkan kerana ianya merupakan budaya yang tidak sihat dalam usaha menjulang nama negara dipersada antarabangsa.
Polemik anak muda  hari ini yang hanya  menerima segala benda yang berlaku dalam masyarakat dilihat sebagai budaya yang kurang bijak. Menerima secara membuta tuli terhadap segala yang berlaku dalam masyarakat tanpa menilai samada ianya adalah positif atau negatif haruslah segera dihapuskan Jika terlalu terbuka dalam menerima sesuatu isu, saya bimbang sekiranya isu rasuah, pembunuhan, rogol, keruntuhan akhlak dan kepincangan dalam masyarakat dilihat sebagai fenomena dan budaya biasa dalam kehidupan masyarakat hari ini. Masyarakat seolah-olah sudah tidak merasa pelik dengan perkara-perkara seperti ini
Berbalik kepada persoalan sejauh mana kepekaan dan kesedaran anak muda Malaysia terhadap politik dan isu-isu yang berlaku dalam masyarakat mencerminkan tahap kepintaran masyarakat itu sendiri. Saya cuba membawa isu ini dari sudut yang positif, jika anak muda Malaysia peka dan sensitif terhadap isu-isu yang berlaku, saya percaya, kita dapat menerajui negara dengan cemerlang pada masa akan datang. Pendedahan dan kepekaan anak muda terhadap  isu-isu berkaitan kenegaraan, politik, ekonomi dan sosial dilihat sebagai salah satu nilai tambah kepada negara pada masa depan. Daripada sudut strateginya, saya melihat perkara ini adalah salah satu langkah kearah membentuk pemimpin dan generasi yang  bermentaliti dan berkualiti dalam mentadbir dunia. Maka ,jika itu yang berlaku, saya bersetuju dengan slogan yang mengatakan kuasa anak muda bisa mengubah dan menggegarkan dunia  termasuklah kepada dunia Islam.
Prestasi pencapaian Malaysia dalam aspek politik, ekonomi, teknologi dan sosial  wajar dipuji. Namun, disebalik prestasi dan realiti ini, saya melihat sesuatu yang mustahak perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Jika dilihat dan dicermati sebaiknya, jenayah bunuh, rasuah, rompak ,rogol masih lagi menjadi isu yang besar dalam masyarakat Malaysia hari ini. Keadaan ini harus diubah dan dipulihkan dengan segera melalui peranan anak muda. Justeru, melahirkan dan membangunkan anak muda yang peka dan sensitif terhadap keadaan-keadaan ini adalah sangat mustahak.
Sebagai anak muda khususnya golongan mahasiswa, peranan yang perlu dimainkan pada saat ini bukan sekadar duduk dan mendengar sahaja pemerintah berbicara. Tetapi,  mereka perlu  merasakan dan menyedari kepentingan sikap prihatin terhadap keadaaan Malaysia. Anak muda perlu berjuang dan bercita-cita untuk memberi kesan yang besar terhadap tranfomasi Malaysia agar ianya menjadi  lebih baik dan bermartabat.
Read More...

Wireless problem in Mahallah Ameenah

Rabu, 12 Januari 2011
 
Request:
 
salam.. br0.. erm.. i dunno if i can tell u.. but.. can u add a wireless problem in mahallah ameenh t0o?? last time we didnt get c0nnecti0n at all.. but since this week s0me of sister said they get c0nnecti0n, but me and my friend still not get.. i think there s0me limitation t0o..
thanks
 
Respond:
 
InsyaAllah, thanks. I'm Communication Engineering's student. So, in terms of networking, the connection of the wireless is limited.

Easy example; If you have several pipes in pvc pipe, the more pipe is been used, the slower the water will go out.

For the AP (Access Point), the max of user is around 50-60 user (based on our meeting with ITD), thus if one AP been used by more than 50-60 users. It will slow down the connection.

However, if more people used the internet to download anything (movies, music, games, etc.), the connectivity will be much lower (same, as if we open the pipe more, more water will go out, slower the water pouring in the other pipe).

Anyhow, ITD is in the progress to increase the speed because right now they are just focusing to be get connected only.

Thanks
 
*For further details, kindly visit http://src-iium.blogspot.com
Read More...
banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita