Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Mahasiswa Berpolitik: Lakaran Masa Depan Malaysia

Selasa, 24 Ogos 2010
Penglibatan mahasiswa dalam politik semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Malah, pelbagai pihak juga turut tampil memberi respon terhadap isu tersebut. Sesetengah mereka melihat adanya kepentingan untuk mahasiswa berpolitik dan ada juga yang melihat ianya memberi kesan buruk kepada pembelajaran mahasiswa dan perkembangan negara. Namun, pada pandangan saya, penglibatan mahasiswa dalam berpolitik pada masa ini adalah amat perlu atas beberapa faktor penting kerana ianya melibatkan masa depan negara. Perbincangan yang matang dan holistik terhadap isu ini amat diharapkan dan tidak seharusnya dipolitikkan oleh sesetengah parti-parti tertentu memandangkan ianya melibatkan kepentingan negara.

Pertama, saya melihat penglibatan mahasiswa dalam politik sebagai pengharmonian kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia sebenarnya amat membantu dalam sistem pengurusan dan pentadbiran negara. Contohnya perlaksanaan sistem pilihanraya bagi memilih pemimpin negara pada masa hadapan. Demokrasi dan kebebasan dari sudut memberikan pendapat, berparti, bergerak seharusnya tidak dipersoalkan. Malah setiap warganegara Malaysia yang mencapai umur majoriti juga dibenarkan membuang kertas undi ke dalam kotak undi pada hari mengundi, yang mana juga boleh diistilahkan disini sebagai ‘hari berpolitik’. Jika dilihat latar belakang golongan mahasiswa, majoriti mereka adalah berumur 21 tahun keatas dan layak mengundi untuk menyokong mana-mana parti politik. Ini adalah selaras dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kebebasan bersuara kepada semua rakyat Malaysia. Tambahan lagi, perkara ini juga turut bertepatan dengan prinsip demokrasi yang matang. Maka, dalam hal ini di manakah logiknya menyekat penglibatan mahasiswa dengan politik apabila untuk menyatakan sokongan, simpati dan bangkangan juga diharamkan sedangkan pada masa yang sama mereka dibenarkan untuk membuang undi ketika Pilihanraya Umum. Maka, apakah relevannya mahasiswa hari ini mempelajari ilmu teori demokrasi, kebebasan bersuara, kebebasan mengundi, tanggungjawab mendirikan Negara bangsa dan seumpamanya jika mereka tidak dibenarkan mengadaptasikannya dalam bentuk praktikal? Justeru, saya melihat tiada masalah yang wujud jika kerajaan membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik kerana sistem demokrasi itu sendiri menuntut warganegara Malaysia menyumbang dan berperanan dalam menentukan masa depan negara termasuklah golongan mahasiswa itu sendiri. Sistem demokrasi ini, sepatutnya diamalkan dan difahami sedalamnya oleh semua pihak. Larangan mahasiswa dalam berpolitik ini seolah-olah menafikan sistem demokrasi dan hak kerakyatan mahasiswa sebagai rakyat Malaysia dalam melaksanakan kebebasan berparti.

Tidak dinafikan, istilah demokrasi itu sendiri tidak sewajarnya difahami secara literal sahaja dengan membenarkan rakyat mengamalkan apa sahaja yang mereka mahu tanpa adanya sebarang sekatan. Namun, sekatan yang dikenakan itu juga seharusnya munasabah untuk diaplikasikan. Hakim Dato’ Gopal Sri Ram, dalam satu kenyataan terbarunya menyatakan bahawa sekatan yang boleh dikenakan untuk tujuan pendidikan adalah sekatan yang munasabah sahaja. Dalam konteks ini, ianya jelas bahawa sekatan mahasiswa untuk berpolitik itu sendiri dilihat sebagai tidak munasabah kerana sekatan yang dikenakan adalah bermatlamatkan politik dan untuk kepentingan sesetengah parti politik sahaja. Ternyata, sekatan yang dikenakan tersebut bersifat ‘mala fide’.

Kedua, mahasiswa adalah golongan intelektual dan merupakan produk utama negara dalam melahirkan negara maju, berdaya saing dan bertaraf dunia. Mahasiswa seharusnya dimobilasi sepenuhnya untuk kepentingan negara. Menegah mahasiswa berpolitik adalah merugikan negara apabila aset-aset intelek ini tidak digunakan sebaiknya dalam menentukan corak dan lakaran masa depan Malaysia. Saya percaya bahawa aset-aset intelek ini mampu memberi dan menyumbang kelebihan yang mereka ada sekiranya kerajaan membenarkan mereka berpolitik. Alangkah tidak adil apabila hanya golongan tertentu sahaja yang dibenarkan berpolitik, contohnya para peladang, mekanik, mat rempit sedangkan golongan mahasiswa tidak berpeluang untuk terlibat dengan politik. Sebagai rakyat yang prihatin terhadap masa depan Malaysia, saya merasakan perkara ini haruslah difikir secara lebih kritikal oleh pihak yang berwajib.

Selain itu, saya melihat penglibatan mahasiswa dalam politik banyak memberi manfaat dan added value kepada golongan mahasiswa itu sendiri. Ini kerana, politik merupakan training ground yang berguna kepada golongan mahasiswa sebelum mereka turun di lapangan masyarakat dan beraksi di arena global. Penglibatan dalam politik bermaksud membina kemahiran jati diri seseorang mahasiswa. Keseimbangan dalam membahagikan masa antara belajar dan berpolitik akan memberi kelebihan dan cabaran positif kepada golongan ini. Justeru, jika dilihat dalam skop yang luas dan menyeluruh, mahasiswa berpolitik adalah mahasiswa yang berkemahiran, berdaya saing dan berani menghadapi cabaran.

Pengajaran dan pembelajaran Sains Politik di universiti- universiti seolah-olah tidak memberi sebarang manfaat kepada pembangunan negara sekiranya kerajaan menyekat dan melarang mahasiswa daripada berpolitik. Fakta kes yang boleh kita lihat ialah apabila mahasiswa Sains Politik belajar tentang politik dan sistem pentadbiran negara, namun malangnya, mereka tidak dibenarkan terlibat dengan politik. Persoalan yang harus difikirkan ialah sejauh mana ilmu-ilmu yang dipelajari di kuliah dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka jika larangan ini berterusan. Situasi ini seolah-olah bersifat class knowledge oriented yang hanya menekankan teorinya sahaja tanpa praktikaliti.

Justeru, saya mengharapkan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi mempertimbangkan semula larangan mahasiswa berpolitik. Perbincangan dan penerimaan pendapat daripada semua pihak termasuklah pendapat daripada pemimpin-pemimpin mahasiswa haruslah diambil kira sebaiknya. Beberapa perkara yang perlu diambil endah oleh kerajaan dalam isu ini termasuklah mengkaji semula kerelevanan AUKU dalam Perkara 15 dalam mengawasi pergerakan mahasiswa. Ini kerana, AUKU memberi kesan yang besar terhadap pergerakan dan perkembangan mahasiswa itu sendiri. AUKU menyebabkan mahasiswa takut, kaku, tidak berdaya saing dan tidak berani menyuarakan pendapat. Contoh yang sangat jelas, AUKU menyebabkan mahasiswa takut untuk mendaftar diri sebagai pemilih untuk pilihanraya umum akan datang. Realiti ini akan memberi kesan yang negatif kepada negara dalam menentukan pucuk pimpinan pada masa akan datang. Malah, menurut Mohamad Suhaimi al-Maniri, kewujudan AUKU juga menyebabkan mahasiswa tidak lagi bebas memperjuangkan konsep ‘bersama rakyat’ sepertimana yang dipelopori oleh rakan-rakan mereka sebelum sebelum akta berkuatkuasa. Mahasiswa selepas akta seolah-olah dipenjara dikampus-kampus dengan kehidupan mereka yang tersendiri. Saya merasakan, mana mungkin negara dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia jika banyak pergerakan mahasiswa diikat termasuklah larangan berpolitik. Keterlibatan mahasiswa dalam politik bukanlah bererti menentang pemimpin-pemimpin politik yang ada pada hari ini.

2 comments:

JEBAT berkata...

PM masih terbuka cadangan mahasiswa berpolitik ~ http://www.malaysiakini.com/news/141330

Mahasiswa berpolitik: Kabinet tolak tapi saya masih terbuka, kata Najib ~ http://themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahasiswa-berpolitik-kabinet-tolak-tapi-saya-masih-terbuka-kata-najib/

Mahasiswa perlu buktikan kewajaran tuntutan aktif berpolitik — Noor Mohamad Shakil Hameed ~ http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/mahasiswa-perlu-buktikan-kewajaran-tuntutan-aktif-berpolitik-noor-mohamad-shakil-hameed/

Kindly copy the links to get basic view regarding "Mahasiswa dan Politik"

Tanpa Nama berkata...

PM masih terbuka...
hari ini 30/7/11,ada apa2 tindakankah dari PM??

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita