Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

MPP sokong mahasiswa berpolitik kepartian

Rabu, 11 Ogos 2010


Saya meluru menuju ke Dato' Saifuddin Abdullah , Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sebaik sahaja beliau turun daripada pentas. Kami meminta YB Dato' untuk membacakan Resolusi Konvensyen MPP 2010 berkenaan keterlibatan mahasiswa dengan rancah politik tanah air. Terima kasih Dato' kerana sudi naik semula ke pentas untuk membacakan hasil dapatan dan pendirian kami. InsyAllah, ini adalah permulaan kepada perubahan lanskap politik tanah air kepada politik yang lebih segar dan bersih.
Hasil daripada culaan dan undian MPP yang terlibat dalam Konvensyen MPP 2010:

Bersetuju: 191 (57.01%)
Tidak bersetuju: 128 (38.21%)
Tidak pasti: 16 (4.78%)

Jumlah MPP yang terlibat: 355 orang

Yang Dipertua @ Presiden: 13/17 bersetuju mahasiswa terlibat dengan politik tanah air.

Semua yang hadir memberikan pandangan tanpa mendengar sebarang hujah daripada kedua-dua belah pihak. Saya merasakan, sekiranya undian diadakan sekali lagi, kemungkinan besar peratusan bersetuju @ tidak bersetuju @ tidak pasti akan berubah.

BANGI – Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (MPP IPTA) 2010 semalam membuat resolusi menyokong pembabitan mahasiswa IPTA dalam parti-parti politik.

Pengerusi Jemaah Yang Dipertua MPP IPTA Malaysia, Ahmad Wafi Sahirdan, 20, berkata, resolusi itu dicapai apabila 191 daripada 335 anggota MPP pelbagai IPTA yang hadir pada konvensyen itu menyokong dasar tersebut.

“Hanya 128 wakil MPP tidak bersetuju dan selebihnya kurang pasti. Maka kami mengikut keputusan majoriti wakil MPP IPTA seluruh Malaysia yang meminta kerajaan membenarkan pelajar daripada IPTA menyertai politik,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup Konvensyen MPP IPTA 2010 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di sini semalam - Kosmo Online

2 comments:

JEBAT berkata...

Mahasiswa perlu buktikan kewajaran tuntutan aktif berpolitik — Noor Mohamad Shakil Hameed ~ http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/mahasiswa-perlu-buktikan-kewajaran-tuntutan-aktif-berpolitik-noor-mohamad-shakil-hameed/

Kindly copy the links to get basic view regarding "Mahasiswa dan Politik"

JEBAT berkata...

Mahasiswa perlu buktikan kewajaran tuntutan aktif berpolitik — Noor Mohamad Shakil Hameed ~ http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/mahasiswa-perlu-buktikan-kewajaran-tuntutan-aktif-berpolitik-noor-mohamad-shakil-hameed/

Kindly copy the links to get basic view regarding "Mahasiswa dan Politik"

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita