Dikuasakan oleh Blogger.

Services

Services
Sound & Light System, Event Management, Recording, Studio, Books, Boutique, Photography, Wedding Planner, Transportation, Videography, Designing & Printing. Interested with the services?? Kindly text to 012-5829252.

Aku

Jurutera di KTF Engineering (M) Sdn. Bhd. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) di Kulliyyah Kejuruteraan. Tokoh Pelajar Putera 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal, Pulau Pinang. Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan mahasiswa dalam dan luar kampus. Mantan Presiden Persatuan Pelajar Kejuruteraan 2006/2007 (Matrikulasi UIAM), mantan Pengerusi Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2008/2009 dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi sesi 2009/2010. Email : hang_jebat25@yahoo.com

Followers

Mass Spot- Check IIUM

Jumaat, 6 Ogos 2010
Salam, maaf lambat respon. Dah mengikut perbincangan daripada awal tetapi tak sempat nak reply. Terima kasih Jeff, my old friend tolong bagi tahu ke pengetahuan SRC.

http://www.facebook.com/jeffrey87?v=wall&story_fbid=144568482228749
(Sila copy link dan buka new tab)

Untuk makluman, dalam update facebook saya yang lepas-lepas, saya ada mengatakan kemungkinan akan diadakan spot-check besar-besaran dan ada diingatkan supaya bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan tetapi pihak kami pun tidak mendapat makluman yang jelas kerana kami juga students seperti anda, mana mungkin perkara ini akan diberitahu kepada kami.

Stand daripada SRC, yang penting;

1. Pakaian harus menutupi aurat.
2. Pakaian harus bersih dan rapi
3. Untuk lelaki, agar memakai pakaian yang panjang sampai menutupi aurat.
4. Sedangkan wanita, harus menggunakan pakaian yang menutupi anggota tubuhnya kecuali wajah dan kedua telapak tangan.
5. Para lelaki muslim, haram hukumnya menggunakan sutera dan emas. Oleh kerana itu, dilarang bagi lelaki muslim untuk menggunakan barang-barang diatas. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesungguhnya dua benda ini (emas dan sutera) haram atas lelaki
ummatku." (H.R.Abu Daud)

6. Dalam Islam tidak diperkenankan lelaki memakai pakaian wanita dan sebaliknya. kerana hal ini dapat menyebabkan "tassabuh".
7. Dalam ajaran Islam, hukumnya sunat memakai pakaian dengan diawali bahagian kanan.
8. Tidak diperkenankan memakai pakaian yang mewah.
9. Lebih mengutamakan pakaian yang berwarna putih.
10. Hendaklah berpakaian yang rapi dan sopan.

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/207/-Adab-berpakaian-menurut-Islam

Saya yakin sahabat-sahabat faham, stand kami adalah yang digariskan Islam.

Berkenaan isu berselipar dan round-neck, saya bersetuju dengan anda semua. Tapi mungkin alasan daripada pihak yang 'bertanggungjawab', untuk mendidik mahasiswa supaya lebih kemas. Walaubagaimanapun, saya berpendapat, jenis pakaian yang seperti berselipar dan round-neck perlu dilimitkan semasa ke kelas dan masa pejabat. Ketika malam atau discussion, kita perlu lebih bebas dalam berpakaian janji mengikut adab yang digariskan Islam. Tidak dilupakan juga, pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa berdiskusi juga semestinya sentiasa dijaga.

Bagi yang menyaman dalam keadaan tidak adil; hanya local dan tidak international; perkara ini tidak sepatutnya diamalkan di "Taman Ilmu & Budi" ini.

Duit saman kemana?? Akan kami usahakan untuk mendapatkan jawapan daripada pihak berwajib.

Untuk isu di KAED, Faris dan Atiqah telah berusaha sedaya mungkin membantu sahabat-sahabat sekalian. Mereka telah berusaha untuk memastikan studio dibuka semula pada lewat malam. Harap kepada yang salah faham menyangka SRC yang meminta studio ditutup awal untuk melihat kembali repot Faris dan Atiqah di blog SRC http://src-iium.blogspot.com atau di board-board di KAED. Repot-repot ada ditampal di board-board di KAED. Harapnya repot-repot tersebut masih tertampal.

Hopefully, jaga adab kita sebagai hamba Allah dalam berhujah dan menggunakan perkataan. Kita sepatutnya menjadi contoh kepada students universiti lain dalam percakapan, pergaulan, pemakaian dan sebagainya.

Kami akan meneliti perkara ini dan jangan risau, kami juga students seperti anda semua; kami faham keadaan anda semua.

Semestinya juga, selepas ini sahabat2 akan bersama kami berkenaan isu ini. Kami tidak kuat tanpa sahabat-sahabat sekalian.

Hamba yang dhoif.....Doa

ESSET, Bangi,
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK),
4-6 Ogos 2010


6 comments:

Tanpa Nama berkata...

how about hal sisters tak leh pakai shirts & pants? even pakai t-shirt muslimah pun kena compound jugak. dan hal saman keluar berzina tu macam mana?

D berkata...

salam firwan..all those link tak dpt bukak la..please make it in the "link" next time ya..blog tak bole just put the link like dat mcm fb..huhu...anyway..craving for more info..jazakallah atas usaha kalian^_^

JEBAT berkata...

bagi sisters yang tak boleh pakai shirt dan pants, stands saya sama seperti yang digariskan Islam, selagi menutup aurat dan mengikut adab-adab yang ditetapkan, saya bersetuju.

Hal keluar berzina saya tak dapat komen, tidak mendapat maklumat yang lebih lanjut. minta terangkan...

Untuk lins, dah tau tak boleh klik, tapi boleh copy and klik new tab

Tanpa Nama berkata...

hal saman berzina tu, waktu kat main gate, guard tahan sume kereta yang nak masuk. kalau dia nampak lelaki dan perempuan dalam satu kereta, dia saman atas alasan 'anda berzina'. saya rasa benda tu mungkin agak boleh diterima tetapi masalahnya, kalau perempuan lebih ramai dari lelaki pun, kena jugak. dan jika itu abang atau pakcik atau sedara mana pun, dia tetap di kira kena saman berzina. Ini semua cerita dari sisters yang terlibat.

itu sahaja yang saya terima aduan. ^_^

JEBAT berkata...

terima kasih kerana mengambil berat. dalam usaha untuk anjurkan dialog denganpihak admin yang terlibat. doa

Alang Atie berkata...

salam firwan..all those link tak dpt bukak la..please make it in the "link" next time ya..blog tak bole just put the link like dat mcm fb..huhu...anyway..craving for more info..jazakallah atas usaha kalian^_^

Catat Ulasan

banner125125 d'famous_125x125 ads_box ads_box ads_box
 

Politik

Ikon

Berita